♥ Senaman utk ibu hamil ♥
Kelebihan Senaman Sewaktu Hamil
1. Berjalan
Bentuk senaman kardiovaskular adalah yang paling baik untuk wanita
hamil. Salah satunya adalah berjalan. Berjalan membina kecergasan tanpa
menyakitkan lutut dan pergelangan kaki. Ia juga mudah untuk dilakukan di
mana-mana dan tidak memerlukan peralatan melainkan kasut yang baik
sebagai sokongan kaki. Ia juga selamat untuk dilakukan selama sembilan
bulan kehamilan.
2. Berenang
Pakar kecergasan dan penyedia
penjagaan kesihatan menyatakan berenang ada lah senaman terbaik dan
paling selamat untuk wanita hamil. Senaman lebih ideal kerana ia
menggerakkan kumpulan otot yang besar (lengan dan kaki), memberi
kelebihan kardiovaskular dan meringankan berat badan wanita hamil yang
biasanya bertambah beberapa kilo sewaktu hamil.
3. Aerobik Berimpak Rendah
Satu perkara yang menarik tentang kelas aerobik adalah jadual waktunya
yang konsisten untuk setiap senaman. Sekiranya anda mengambil kelas
untuk wanita hamil, anda akan berkongsi pengalaman bersama bakal ibu dan
dapat memastikan setiap gerakan yang dilakukan adalah selamat untuk
diri anda dan bayi.
4. Tarian
Jantung akan dipam setiap
kali anda menari mengikut rentak dan perlu selesa ketika melakukannya.
Boleh dilakukan di rumah atau mengikuti kelas tarian yang ditawarkan
namun elakkan daripada rutin yang memerlukan anda melompat mahupun
berpusing-pusing.
5. Regangan
Senaman berbentuk regangan
amat baik untuk menstabilkan gerakan badan dan merehat serta melindungi
otot dari kecederaan. Jangan lupa untuk menambahkan senaman regangan
dalam rutin senaman kardiovaskular anda.
6. Latihan Mengangkat Berat
Anda tidak perlu berhenti dari melakukannya latihan mengangkat berat
sekiranya ia telah menjadi sebahagian daripada rutin harian anda. Namun,
anda dinasihatkan agar mengurangkan jumlah berat sebelum ini. Latihan
sebegini dapat membantu menguatkan otot jika dilakukan dengan langkah
yang selamat dan teknik yang betul (pergerakan perlahan dan terkawal).
Ketahui 5 Peraturan Senaman Selamat
1. Dapatkan Nasihat Daripada Doktor
Jika anda telah biasa bersenam dan kandungan anda tidak mempunyai
masalah, senaman boleh diteruskan seperti biasa. Bagi sesetengah wanita
hamil yang kehamilannya berisiko, mereka perlu mendapatkan nasihat
doktor untuk meneruskan rutin senaman harian.
2. Lebihkan Pengambilan Kalori
Ambil sekurang-kurangnya 300 ke 500 kalori tambahan setiap hari
terutama apabila anda melakukan senaman ketika hamil. Makan dengan baik
bagi mendapatkan tubuh yang lebih sihat.
3. Elakkan Senaman Berbahaya
Aktiviti menunggang kuda misalnya tidak sesuai untuk wanita hamil.
Lebih berbahaya kerana mereka berisiko untuk terjatuh ketika
melakukannya.
4. Pakai Pakaian Yang Bersesuaian
Pakaian
yang longgar dan selesa perlu menjadi keutamaan. Jika boleh pakai
pakaian berlapis, jika panas anda boleh membuang lapisan baju yang
pertama. Pastikan juga anda memakai coli yang menyokong pergerakan anda
dengan baik. Dapatkan juga kasut yang bersesuaian untuk wanita hamil
seperti anda.
5. Memanaskan Badan
Senaman memanaskan badan
membolehkan otot dan sendi bersedia untuk melakukan kerja-kerjanya
sekali gus membuatkan denyutan jantung naik secara perlahan-lahan. Jika
anda terus melakukan senaman, anda boleh menyebabkan kecederaan.
=========================================
No comments:
Post a Comment