Tuesday, February 28, 2017

Cara Menaikkan Uri Di Bawah




Kali ini pula ida nak kongsikan petua untuk menaikkan uri dibawah ye.Petua ini ida ambil dari sini.Semoga bermanfaat kepada semua ye.

Senaman ini boleh dilakukan sebanyak 2 kali sehari iaitu :-
  • Sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya')

CARA:-
  • Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas,jika tidak mampu mengankat kaki,cuba sandarkan ke dinding.
  • Maksudnya kita baring dalam bentuk 'L' iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh.
  • Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan
  • Paling penting,jangan memaksa diri sendir
  • Kebiasaannya bagi ibu yang sudah hamil 'tua' (trimester ke-3) memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.

TEKNIK PERNAFASAN

  • Tarik nafas perlahan-lahan sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas,pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding).
  • Dengan menggunakan satu nafas,cuba tahan nafas anda selama yang mampu.
  • Cara menarik nafas juga penting,iaitu dengan menggunakan perut dan bukan hidung.
  • Maksdnya,bila kita menarik nafas menggunakan perut,kita rasa perut kita naik ke atas sedikit.
  • Lepaskan nafas secara perlahan-lahan,dalam jangkamasa yang sama (lenih kurang sama ketika menahan nafas)
  • Buat senaman dalam 10 - 15 kali untuk satu sesi senaman
  • Ulang senaman selepas bangun pagi,sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.
  • Selain daripada senaman,cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan..
  • Pujuk bayi agar pusing ke bawah dan biasanya uri akan naik keatas mengikut pergerakan bayi
  • Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal.
Semoga senaman ini dapat membantu semua ibu hamil.Dan semoga dipermudahkan semuanya.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986_

No comments:

Post a Comment