Pelahiran dan
Kelahiran
Apakah yang dimaksudkan pelahiran?
Pada minggu-minggu terakhir kehamilan, berlaku beberapa perubahan
baru yang menandakan kelahiran yang bakal anda hadapi. Sebagai contoh, anda dapat
merasakan bayi berada lebih bawah di bahagian abdomen dan orang mungkin
menegur yang bayi anda telah "menurun". Keadaan ini dikenali
sebagai "keringanan" dan ia bermaksud bahawa kepala bayi telah
masuk ke bahagian bertulang di pelvis anda. Kadangkala ia berlaku dengan
cepat dan anda akan mendapati secara tiba-tiba lebih mudah untuk bernafas.
Kadangkala proses "keringanan" tidak akan berlaku sehinggalah
selepas proses pelahiran bermula.
Pelahiran atau "labour" bermaksud kerja. Pada masa ini,
anda perlu bekerja keras untuk menolak bayi keluar dari rahim anda ke dunia.
Ia mungkin merupakan salah satu usaha paling sukar yang pernah anda lakukan.
Pangkal rahim yang terbentuk daripada tisu padat, berbentuk seperti
"doughnut" kecil dan berlubang di tengah-tengahnya, telah menutup
sepanjang kehamilan. Kini ia perlu meregang cukup luas supaya bayi dapat
melaluinya. Rahim akan mengecut dan memaksa pangkal rahim membuka lebih
lebar, sedikit demi sedikit selama beberapa jam. Pengalaman pengecutan rahim
adalah berbeza-beza bagi setiap wanita. Sesetengah wanita mengumpamakannya
seperti ombak yang semakin membesar dan membesar sehingga mencapai puncaknya
sebelum menyusut semula.
Kelahiran Palsu
Pengecutan rahim di peringkat akhir kehamilan adalah satu perkara yang
normal. Ia dikenali sebagai "pelahiran palsu" kerana ia tidak
membuka pangkal rahim seperti yang berlaku dalam pelahiran sebenar. Di sini
disenaraikan tanda-tanda yang dapat membantu anda membezakan antara pelahiran
palsu dan pelahiran sebenar:
Pada akhir kehamilan, bahagian bawah abdomen anda mungkin terasa
tegang atau sesekali berlaku pengecutan rahim. Pengecutan ini akan hilang
apabila anda berjalan-jalan atau mempraktikkan teknik pernafasan. Jika ia
tidak hilang, hubungilah doktor segera.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Apakah tanda-tanda
pelahiran yang biasa?
Permulaan proses pelahiran bagi seseorang adalah suatu fenomena yang khusus. Sesetengah wanita tidak menyedari bahawa mereka sedang mengalami tahap pertama pelahiran dan menyalah anggapnya sebagai kembung, pedih ulu hati, sakit belakang, atau ketidakhadaman. Terdapat tiga tanda bermulanya pelahiran. Ia tidak semestinya berlaku mengikut turutan bagi setiap kehamilan.
Hubungi doktor anda dengan segera apabila selaput atau 'kantung air'
mula pecah atau apabila pengecutan menjadi tetap dengan selang masa 15 minit.
Untuk anak pertama, doktor mungkin memberitahu anda supaya datang ke hospital
apabila selang masa pengecutan rahim adalah 5 minit. Jangan risau jika anda
terlewat. Peringkat pertama pelahiran biasanya mengambil masa lebih kurang
8-12 jam untuk bayi yang pertama. Secara amnya, jika anda telah mempunyai
sekurang-kurangnya seorang anak, tempoh proses pelahiran akan lebih pendek
dari kelahiran yang pertama dahulu.
Di Hospital
Apabila sampai di hospital anda akan dihantar ke bahagian pendaftaran dan kemasukan. Jika berkesempatan, maklumat tertentu akan diminta untuk rekod anda. Jika tidak, orang yang membawa anda ke hospital akan memberi maklumat yang diperlukan. Anda akan terus dimasukkan ke wad bersalin atau bilik bersalin di mana anda perlu memakai pakaian seragam hospital. Apabila bayi 'turun' dan memasuki saluran kelahiran, anda akan terasa seperti hendak meneran/membuang air besar. Ia sebenarnya hanyalah tekanan disebabkan oleh kedudukan bayi. Orang yang memberikan sokongan Kebanyakan hospital membenarkan anda ditemani oleh seseorang semasa proses pelahiran (ketika sakit bersalin di dalam wad) dan kadangkala membenarkan anda ditemani sehingga ke dalam bilik bersalin. Biasanya suami yang akan menemani anda, tetapi ibu, kakak, atau pengajar kelas pendidikan kelahiran bayi yang anda hadiri boleh juga menjadi teman. Sila pastikan anda memeriksa polisi hospital dan doktor mengenai peraturan ini, kerana sesetengahnya hanya membenarkan orang yang pernah menghadiri kelas pendidikan kelahiran sahaja untuk menemani anda.
Peringatan kepada bapa
Sepanjang sesi kelas kelahiran bayi, anda dan isteri akan diajar
mengenai proses kelahiran, teknik pernafasan dan cara-cara untuk menenangkan
isteri ketika menghadapi saat-saat bersalin. Namun tidak ada yang benar-benar
dapat menyediakan diri anda untuk menghadapi pengalaman pelahiran dan
kelahiran anda yang pertama. Ingat bahawa saat ini merupakan saat yang sangat
istimewa
bagi sepasang suami isteri. Walaupun anda tidak menghadiri kelas kelahiran bayi, anda mungkin tetap ingin hadir ketika kelahiran bayi anda. Jangan terkejut melihat kelakuan pasangan anda atau apa-apa yang diucapkan olehnya. Bantu pasangan anda sepanjang proses pelahiran dan kelahiran dan jangan putus asa. Dia memerlukan sokongan dan belaian anda. Ia juga merupakan peluang untuk hadir di permulaan kehidupan anak anda.
Peringkat pelahiran
Pelahiran boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Semasa peringkat pertama, pangkal rahim akan membuka seluas yang mungkin untuk membolehkan bayi melaluinya. Peringkat kedua pula bermula apabila anda menolak bayi keluar daripada rahim ke dalam saluran kelahiran dan ia berakhir apabila bayi dilahirkan. Peringkat ketiga ialah apabila uri (selepas kelahiran) dikeluarkan. Keseluruhan proses pelahiran ini mengambil masa selama 12-14 jam untuk bayi yang pertama dan lebih kurang 7 jam untuk kelahiran bayi yang seterusnya. Peringkat Pertama: Semasa peringkat pertama pelahiran, anda akan kerap diperiksa untuk mengetahui perkembangan bukaan pangkal rahim. Ini dilakukan melalui pemeriksaan faraj. Doktor akan mengukur bukaan pangkal rahim di dalam ukuran sentimeter. Apabila pangkal rahim membuka pada tahap maksimum iaitu 9 -10 sentimeter, bukaan adalah cukup besar untuk bayi melaluinya. Peringkat pertama pula boleh dibahagikan kepada pelahiran awal dan pelahiran aktif:
Peringkat Kedua
Apabila pangkal rahim telah membuka dengan cukup besar, kepala bayi
akan mula melaluinya. Jika air ketuban masih belum pecah, ia akan menyebabkan
pancutan cecair dari faraj.
Pada peringkat ini, bayi akan ditolak melalui pangkal rahim yang
terbuka, menerusi faraj dan dilahirkan. Peringkat ini lebih singkat dari
peringkat pertama, iaitu 1.5 jam untuk bayi pertama dan 30 minit atau kurang
bagi anak yang seterusnya. Pengecutan ketika ini adalah dalam selang masa 2-3
minit dan berlanjutan selama 1 minit.
Semasa bayi bergerak, sedikit demi sedikit melalui saluran kelahiran, ia akan mengenakan tekanan di rektum dan menyebabkan anda seperti hendak meneran najis. Doktor dan jururawat mungkin akan meminta anda melakukan teknik pernafasan yang khusus semasa meneran. Meneran selalunya akan melegakan sedikit ketidakselesaan dan memendekkan proses pelahiran. Namun adalah penting untuk tidak mula meneran sehinggalah doktor mengarahkan anda untuk melakukannya. Peringkat ini akan berlanjutan sehinggalah bayi dilahirkan dan mungkin mengambil masa selama 10 minit hingga 2 jam lamanya. Anda hendaklah berada dalam kedudukan meneran yang paling selesa dan efektif. Gunakan sepenuh tenaga untuk meneran dan rehat seketika di antara proses meneran itu. Ikut arahan doktor dan jururawat. Jika perlu, episiotomi mungkin dilakukan. Di akhir peringkat ini, bayi anda akan dilahirkan. Pada peringkat ketiga pelahiran, uri dan membran akan dikeluarkan melalui bukaan faraj. Ia biasanya berlaku dalam masa 5-30 minit selepas bayi dilahirkan
Episiotomi
Episiotomi merupakan torehan kecil yang dibuat antara bahagian faraj
dan anus bagi memberikan ruang yang lebih besar untuk bayi keluar. Torehan
ini akan menghalang tisu faraj daripada terkoyak dan ia hanya dilakukan
apabila perlu. Beberapa jahitan akan dilakukan untuk menutupnya kembali.
Jahitan ini akan diserap ke dalam kulit semasa pantang dan tidak perlu
ditanggalkan. Bertanyalah doktor atau jururawat mengenai polisi untuk melakukan
episiotomi. Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk mengelakkan
prosedur ini.
Peralatan yang digunakan semasa bersalin
Forsep digunakan semasa bersalin hanya jika doktor merasakan tekanan
pada kepala bayi perlu dikurangkan dan jika proses kelahiran bayi terbantut.
Forsep hanya digunakan apabila perlu dan dalam keadaan yang tidak
memudaratkan bayi .
Persediaan pelahiran
Kelas persediaan melahirkan bayi diadakan supaya anda memahami
tentang kehamilan, pelahiran, dan melahirkan bayi dengan sedikit atau tanpa
anestesia, ubat melegakan kesakitan, episiotomi atau apa-apa peralatan. Ibu
dan bapa akan diajar teknik pernafasan dan kaedah merehatkan otot. Semasa
pelahiran, teman siibu akan memastikannya berada dalam keadaan selesa,
menolongnya melakukan teknik untuk pernafasan dan berehat semasa pengecutan,
dan memberi sokongan serta galakan. Sesetengah wanita yang menggunakan kaedah
kelahiran bayi tidak memerlukan anestetik atau ubat melegakan kesakitan
semasa proses bersalin. Namun menghadiri kelas ini tidak bermakna anda tidak
boleh mendapatkan ubat melegakan kesakitan atau anestetik jika anda dan
doktor membuat keputusan anda memerlukannya. Jika anda berminat untuk
menyertai sesi kelahiran bayi, berbincanglah denan doktor atau jururawat.
Penglibatan mereka sangat perlu supaya kaedah ini menjadi lebih efektif.
Doktor anda boleh membantu mencarikan kelas atau pengajar untuk mengajarkan anda teknik kelahiran bayi. Terdapat banyak buku yang boleh digunakan untuk mempelajari teknik ini. Walaupun kaedah ini bukan untuk anda, namun anda masih boleh mendapat faedah dari kelas prenatalnya yang biasa. Pembedahan Caesaerean
Kelahiran Caesarean atau Irisan C merupakan pembedahan di mana bayi
dilahirkan menerusi insisi di bahagian abdomen dan bukan melalui faraj.
Walaupun kelahiran melalui Caesarean dianggap pembedahan besar, risikonya
adalah sangat kecil. Kelahiran Caesarean hanya akan dilakukan apabila
kelahiran normal (melalui faraj) amat berisiko. Biasanya ia dilakukan apabila
kelahiran normal akan membahayakan nyawa bayi dan ibu, jika bayi terdahulu
dilahirkan melalui pembedahan Caesarean, atau kerana disebabkan penyakit atau
keadaan tertentu.
Bayi Songsang
Biasanya kepala bayi akan masuk ke dalam saluran kelahiran terlebih
dahulu. Jarang berlaku keadaan di mana bayi memasuki saluran kelahiran dalam
posisi yang berlainan. Bayi songsang adalah keadaan dimana punggung atau kaki
memasuki saluran kelahiran terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan proses
pelahiran lebih lama dan lebih sukar untuk bayi, jadi anda perlu menjalani
pembedahan Caesarean jika bayi berada dalam keadaan songsang. Doktor akan
memaklumkan kepada anda jika bayi anda songsang dan akan memberitahu apa yang
harus dilakukan.
Selepas Bersalin
Sebaik sahaja selepas bersalin, bayi dipegang dengan kepalanya lebih
rendah untuk membenarkan pengaliran keluar cecair amniotik, mukus dan darah.
Picagari 'bulb' yang kecil digunakan untuk menyedut mulut dan hidung bayi.
Tali pusat akan dipotong, bayi akan dikeringkan, dan dibalut dengan selimut untuk
memanaskannya atau diletakkan dibawah lampu pemanas atau dalam tempat
tidur/buaian yang dipanaskan. Selalunya bayi akan diletakkan di atas dada
sebaik sahaja dilahirkan untuk memberikan sentuhan kulit ke kulit.
Ubat mata akan dititikkan ke dalam mata bayi supaya dapat mencegah sebarang jangkitan dan gelang pengenalan akan dipakaikan pada tangan anda dan bayi sebelum keluar dari bilik bersalin. Cap jari tangan dan kaki bayi juga akan diambil. Bilik Pemulihan
Sebelum memasuki bilik, anda akan dimasukkan ke bilik pemulihan untuk
1-2 jam. Di sini anda akan diperhatikan dengan teliti dan diperiksa dengan
teliti untuk menentukan tiada pendarahan berlebihan atau perubahan tekanan
darah yang luar biasa. Bapa bayi dibenarkan masuk ke dalam bilik pemulihan bersama
anda. Jika tiada bilik pemulihan, anda dibenarkan tinggal di bilik bersalin
untuk 1 jam berikutnya.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986_
|
Monday, June 15, 2015
Kaedah Bersalin
Saturday, June 13, 2015
Tiga Peringkat Kehamilan Yang Perlu Anda Tahu
Kehamilan Melalui Tiga Peringkat Penting
"SUDAH berapa bulan kandungan awak, dan sudahkah awak bertemu doktor?" tanya Aminah kepada rakannya Rogayah yang sedang hamil.
"SUDAH berapa bulan kandungan awak, dan sudahkah awak bertemu doktor?" tanya Aminah kepada rakannya Rogayah yang sedang hamil.
"Kenapa
perlunya saya jumpa doktor? Saya tahu saya sedang hamil tiga bulan, melalui
ujian air kencing yang saya beli dari farmasi," jawab Rogayah.
PERBUALAN di atas mungkin pernah berlaku di kalangan masyarakat. Ramai orang yang mengambil remeh tentang jagaan kesihatan sewaktu mengandung. Apabila mengetahui diri sedang mengandung, mereka tidak bergegas untuk bertemu doktor.
PERBUALAN di atas mungkin pernah berlaku di kalangan masyarakat. Ramai orang yang mengambil remeh tentang jagaan kesihatan sewaktu mengandung. Apabila mengetahui diri sedang mengandung, mereka tidak bergegas untuk bertemu doktor.
Namun, tahukah
anda bahawa jagaan kesihatan sewaktu mengandung bukan sahaja boleh menentukan
kesihatan diri ibu dan bayi di dalam kandungan?
Sebenarnya setiap
ibu yang mengandung amat penting untuk mendapatkan rawatan dari doktor.
Sekurang-kurangnya dalam tempoh sembilan bulan mengandung, mereka perlu datang
ke klinik sebanyak enam kali. Ini penting kerana ia dapat mengurangkan kadar
kematian ibu dan bayi sewaktu melahirkan.
1.
|
Khususnya pada
peringkat tiga bulan pertama
|
|
2.
|
Peringkat tiga
bulan peringkat pertengahan kandungan
|
|
3.
|
Peringkat tiga
bulan terakhir sebelum melahirkan
|
|
Melalui rawatan
daripada doktor dapat mengesan masalah kesihatan yang dialami oleh si ibu.
Selain itu doktor juga boleh mengesan sebarang gejala atau faktor yang
boleh mengancam kesihatan ibu disebabkan kandungan tadi.
Seseorang yang mengandung sebenarnya mengalami satu tekanan dari segi fizikal dan mental, kerana ke semua organ dalam badannya perlu bekerja keras untuk menampung bayi.
Fungsi jantung
orang yang mengandung meningkat sebanyak 40 peratus untuk membekalkan darah
pada bayi. Oleh kerana itulah kadang-kadang orang yang mengandung cepat
mengalami mengah apabila terlalu banyak berjalan.
Pada peringkat awal mengandung pula ada yang merasakan tubuhnya panas. Ini berlaku kesan peningkatan metabolisme. Perubahan-perubahan sebegini juga menyebabkan tekanan kepada mereka. Lebih-lebih lagi kalau tidak mendapat sokongan penuh daripada suami.
Kebanyakan
golongan suami memberi sokongan moral dan kasih sayang kepada isteri mengandung
khususnya jika mengandung anak sulung.
Tidak dinafikan ada juga suami yang tidak mengindahkan isteri dengan membiarkan isteri bersendirian. Sehingga ada yang sanggup mengabaikan si isteri dan berfoya-foya dengan wanita lain. Ini akan menambah tekanan mental kepada si isteri.
Oleh itu, amat
penting di kalangan suami, keluarga dan rakan-rakan terdekat untuk memberi
sokongan kepada mereka yang mengandung.
Mereka yang mengandung perlu juga mengamalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Jadi, dengan menemui doktor, doktor boleh menilai tahap pemakanan mereka.
Kebanyakan para
ibu yang mengandung akan mengalami peningkatan selera makan selepas 4 bulan
kandungan. Akibatnya ada yang tidak memikirkan makanan seimbang sehingga
terlebih mengambil makanan manis dan berkarbohidrat.
Makanan terlalu manis boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada ibu, antaranya darah tinggi, kencing manis atau bayi yang dikandung terlalu besar sehingga menyurkannya bersalin secara normal.
Berat badan ibu
mengandung biasanya akan meningkat. Namun, peningkatan berat badan ibu
mengandung yang ideal ialah antara 10-15 kilogram sehingga sebelum melahirkan.
Pada tempoh
kandungan 5 bulan kandungan, seharusnya peningkatan berat badan hanya 5
kilogram (purata peningkatan satu kilogram sebulan).
Biarpun berat badan ibu yang mengandung meningkat, namun, ia termasuk juga dengan berat uri dan air yang bertakung dalam badan. Apabila selepas melahirkan, berat badan akan berkurangan.
Para doktor selalu menasihatkan agar ibu-ibu mengandung memakan lebih banyak makanan yang mempunyai protein yang tinggi. Contohnya seperti susu, tauhu, tempe, minuman soya, kacang hijau, ikan, daging dan ayam.
Sementara bagi mereka yang mengalami kurang darah, sekali sekala perlu memakan hati atau limpa untuk menggalakkan pembentukan darah. Selain itu, sayur-sayuran dan buah-buahan juga penting sebagai sumber vitamin dan makanan berserat yang boleh memudahkan lawas.
Demikian juga dengan pengambilan zat besi dan kalsium kerana zat besi untuk membina darah ibu dan anak. Sementara kalsium untuk pembentukan tulang bayi.
Ramai orang tidak memakan kalsium secara tablet atau daripada sumber lain seperti susu dan ikan bilis, mengalami masalah sakit gigi, gigi berlubang, sakit sendi dan sakit tulang.
Apabila kandungan
berusia 5 bulan dan ke atas, para ibu juga digalakkan untuk memakan makanan
tambahan seperti minyak ikan. Pada tempoh ini pembentukan otak bayi berlaku,
minyak ikan boleh merangsang pertumbuhan otak bayi.
Apabila kandungan sudah mencapai tempoh tiga bulan terakhir sebelum bersalin, mereka masih perlu bertemu doktor. Ia penting bertujuan untuk menyediakan mereka dari segi mental untuk hadapi kelahiran dan penjagaan bayi selepas bersalin.
Saat melahirkan
merupakan sesuatu yang cemas, bukan sahaja dari segi masa, tetapi dari segi
keselamatan diri ibu dan bayi.
Pada bulan terakhir kandungan, doktor akan dapat menentukan sama ada si ibu boleh melahirkan secara normal atau perlu dibedah. Oleh sebab itulah penjagaan sewaktu mengandung amat penting untuk mengetahui sama ada bayi berada dalam keadaan normal atau sebaliknya. Selain itu, pertumbuhan bayi di dalam kandungan juga boleh diawasi oleh doktor. Tidak dinafikan kadang pertumbuhan bayi terjejas atau kadang berlaku masalah pendarahan, masalah penyakit tertentu atau masalah berpunca dari uri.
Tugas uri yang membekalkan oksigen dan makanan kepada bayi, kadang-kadang gagal berfungsi sepenuhnya. Akibatnya pertumbuhan bayi terjejas. Semua aspek ini boleh diketahui jika ibu mengandung bertemu doktor.
Melalui proses imbasan (ultrasound) ketika bayi berusia 8 bulan, kedudukan bayi boleh dilihat sama ada berada dalam kedudukan normal atau menyongsang.
Kebiasaannya
kepala bayi sudah berada di bahagian bawah. Sekiranya usia kandungan 8 bulan,
berada dalam kedudukan menyongsang, ia bermakna akan dilahirkan dalam
keadaaan sedemikian. Namun biasanya doktor akan membetulkannya dengan
menggunakan kaedah tertentu tanpa melakukan paksaan dengan ganas. Jika usaha
yang dilakukan tidak berjaya, kelahiran perlu dilakukan secara caesarian.
Selain itu, dengan
melalui ultrasound, kedudukan uri boleh kesan dari semasa ke semasa. Jika
kedudukan uri berada di bawah rahim sewaktu kandungan antara 32-34 minggu ia
dinamakan sebagai 'placenta previa'. Bayi perlu dilahirkan secara pembedahan.
Warna uri yang sihat sewaktu proses ultrasound ialah putih. Namun jika didapati tompok-tompok hitam, maknanya uri rosak. Jika ia berlaku ia boleh menjejaskan pertumbuhan bayi.
Ia juga boleh menjadi punca kematian bayi sewaktu di dalam kandungan. Jika uri tidak sihat, para doktor boleh melakukan pembedahan untuk kelahiran lebih awal dari jangka waktu yang ramalkan.
Pakar perbidanan yang melakukan pemeriksaan ke atas ibu mengandung mempunyai peranan untuk membuat penilaian sama ada kandungan itu selamat dilahirkan normal atau tidak.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986_
Friday, June 12, 2015
Perkara Berkaitan Kitaran Haid Dan Kesuburan Yang Anda Perlu Tahu
Assalamualaikum...
Lama anis tak jengah blog kesayangan ni. Jom anis kongsikan info yang kadang anda dah tahu atau tidak tahu.
Jarak antara
haid
Jarak antara dua haid selalunya ialah 28 hari. Ia adalah jarak antara hari pertama haid bulan ini dengan bulan sebelumnya. Sekiranya ia tidak tetap, kira puratanya. Sekiranya anda tidak pasti, letak 28 sebagai nombor yang diperlukan. Fasa luteum
Selepas proses ovulasi (pengeluaran telur dari follikel yang telah
matang), follikel akan membentuk corpus luteum. Corpus luteum inilah yang mengeluarkan
hormon progesterone. Keadaan ini selalunya berpanjangan sehingga 12 - 13 hari
kecuali dalam keadaan mengandung. Sekiranya tidak mengandung, corpus luteum
akan berhenti membuat progesterone dan haid akan datang dalam masa sehari
atau dua selepas itu.
Bagi kebanyakan perempuan, fasa luteum ini adalah 14 hari. Ada wanita yang tidak subur yang mengalami fasa ini dengan lebih singkat. Untuk tujuan pengiraan sekiranya anda tidak tahu, fasa luteum ini diambil sebagai 14 hari.
Conception
The day you became pregnant - is estimated to have occurred about 14
days after the first day of your last menstrual period.
|
Tip
|
Only 5% of
women have their baby on their due date.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
|
Wednesday, June 10, 2015
Soalan-Soalan Berkaitan Bersalin Yang Perlu Anda Ambil Tahu
Teknik epidural
atasi sakit bersalin
Soalan:
Saya seorang ibu kepada tiga anak perempuan. Ketika saya melahirkan anak
bongsu, saya mengalami masalah uri melekat di dinding rahim. Saya ingin
mengetahui punca berlakunya uri melekat dan adakah cara untuk mengelakkannya?
Saya diberitahu saya berisiko untuk mengalaminya lagi pada kelahiran akan
datang.
Suami berhasrat untuk menambah lagi seorang anak tetapi saya masih berasa fobia kerana kesakitan mengeluarkan uri yang melekat lebih sakit daripada sakit melahirkan bayi. Diharap doktor dapat membantu. Terima kasih.
Jawapan:
Uri itu dikatakan melekat jika ia masih tidak dapat dikeluarkan dalam masa 30 hingga 60 minit selepas kelahiran bayi. Pengeluaran uri berlaku apabila rahim sudah mula mengecut, membenarkan uri itu bercerai dari tempat melekat pada lapisan dalam rahim. Proses ini berlaku dengan lancar membabitkan 98 peratus wanita yang bersalin. Kebanyakan uri yang ‘melekat’ sebenarnya mengambil masa yang lebih lama untuk diceraikan. Bila diberi masa lagi, didapati ia boleh dikeluarkan dengan normal tanpa masalah. Tetapi baki dua peratus lagi, uri tidak terpisah atau melekat dalam keadaan yang tidak normal sehingga tidak boleh dipisahkan langsung. Bila ini berlaku, keadaan yang paling bahaya yang boleh terjadi ialah pendarahan tidak terkawal. Di Malaysia, penyebab utama kematian wanita mengandung ialah pendarahan selepas bersalin - iaitu membabitkan 23 peratus daripada semua kes kematian ibu hamil dan lepas bersalin. Daripada jumlah ini, salah satu sebabnya ialah uri melekat luar biasa. Punca utama uri melekat antaranya ialah mungkin pernah berlaku luka di bahagian rahim (pembedahan pernah dilakukan pada rahim) atau apabila terjadi uri melekat tidak normal yang di panggil ‘placenta accreta’. Uri biasanya berada pada satu lapisan saja dalam rahim. Tetapi, ada yang boleh menembusi lapisan ini untuk melekat pada bahagian yang lebih dalam iaitu di lapisan otot rahim. Bila otot mengelilingi bahagian uri ini, memang berlaku uri meletak dengan kuat dan tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, selepas bersalin, rahim tidak dapat mengecut dengan sempurna untuk menghentikan pendarahan. Dalam keadaan yang normal apabila uri sudah berpisah dan dikeluarkan, salur darah pada rahim yang terdedah akan tertutup semula apabila saiz rahim mengecil dengan mengecut. Mereka yang lebih berisiko tinggi ialah mereka yang pernah ada uri melekat pada kandungan sebelum itu dan yang pernah mengalami luka pada rahim seperti pembedahan untuk fibroid. Pembedahan cesarean juga memberi risiko yang lebih tinggi untuk placenta accreta dan dalam kes uri di bahagian bawah rahim (placenta praevia) yang melalui pembedahan, kejadian placenta accreta lebih tinggi pada kandungan yang seterusnya. Lain-lain risiko termasuk kelahiran tidak cukup bulan dan mereka yang sudah kerap kali bersalin. Bagaimanapun, dengan pengawasan dan perhatian yang rapi, keadaan yang cemas boleh dielakkan. Harus diingati kebanyakan kes uri melekat ialah kerana ia mengambil masa yang lebih lama daripada biasa, atau cuma sebahagian kecil dari uri sahaja yang terbabit. Apa yang biasa dilakukan ialah memberi masa yang lebih lama sebelum cuba menarik uri lagi. Barangkali inilah yang terjadi pada puan. Ia terasa lebih sakit kerana pemeriksaan yang dilakukan ke dalam faraj lebih dalam, lebih-lebih lagi selepas bersalin, tisu sekelilingnya amat sensitif dan ada juga bahagian yang luka. Jika ini masih tidak berjaya, persiapan untuk mengeluarkan uri di dewan bedah akan dilakukan seandainya berlaku pendarahan yang teruk. Jika perdarahan tidak boleh dikawal, pembedahan untuk mengeluarkan rahim mungkin perlu untuk menyelamatkan nyawa. Selain itu, penggunaan ubat-ubatan yang semakin khusus yang ada sekarang menurunkan insiden kes perdarahan yang serius. Ubat-ubatan ini menolong dalam kontraksi rahim yang efektif dan berpanjangan. Antara cara untuk menahan sakit bersalin ialah dengan teknik epidural - satu jenis bius separuh badan. Dengan cara ini, sakit bersalin tidak dirasai termasuk pelbagai lagi pemeriksaan yang perlu dilakukan. Ia diberi ketika mula sakit hendak bersalin. Mungkin puan boleh mencuba cara ini untuk mengelak rasa sakit bersalin dan kalaulah (harapnya tidak) uri melekat sekali lagi, sakit untuk mengeluarkannya tidak akan dirasai seperti dulu. |
|||
Kaedah epidural
beri kesan minimum
Soalan:
SAYA melahirkan dua cahaya mata melalui pembedahan pada 2003 dan 2005 dengan menggunakan kaedah epidural. Adakah penggunaan epidural ini boleh mendatangkan kesan sampingan kepada tubuh saya dalam jangkamasa panjang? Jawapan: Jika epidural itu dilakukan dengan mudah dan selepas pembedahan juga tiada komplikasi, kesan sampingan jangka masa panjang adalah sangat minimum. Apa yang sering diperkatakan ialah sakit belakang yang terjadi selepas epidural sehingga dapat dirasai beberapa tahun selepasnya. Kajian terbaru menunjukkan risiko mendapat sakit belakang selepas epidural sama seperti risiko bagi wanita yang bersalin tanpa epidural. Oleh itu, masalah sakit belakang ini berpunca ketika mengandung lagi, dan tidak berkait dengan kesan berpanjangan dari teknik epidural. Walaupun sakit belakang dirasai selepas epidural, ia adalah sementara saja dan akan pulih seperti biasa. Ada dua cara pembiusan yang digunakan sebelum melakukan pembedahan caesarean, iaitu pembiusan secara tidak sedar yang memerlukan intubasi di mana gas anestetik diberikan atau biusan separuh badan. Kaedah epidural dan spinal ialah dua cara pembiusan separuh badan. Dalam kaedah ini, pesakit itu sedar dan teknik untuk membius ialah dengan memasukkan ubat ke kawasan epidural atau spinal pada bahagian tulang belakang. Ubat ini akan melalikan urat saraf yang merangsang bahagian badan yang terbabit termasuk bahagian kulit, rahim dan kedua-dua belah kaki. Prosedur ini hanya dilakukan pakar bius. Kawasan epidural dan spinal adalah berbeza, epidural ialah lapisan sebelum ruang spinal. Akar saraf yang keluar dari saraf tunjang berada di lapisan ini. Bila ubat pelali dimasukkan di kawasan ini melalui kateter yang halus, ia akan membasahi akar saraf ini menyebabkan pembiusan yang efektif. Kelebihannya ialah ia boleh diberi secara berterusan selagi kateter itu tidak dikeluarkan atau tidak beralih. Ia menjadi cara pembiusan yang sangat sesuai untuk digunakan dalam kes pembedahan yang mengambil masa lama dan juga untuk menahan sakit bersalin. Selepas pembedahan, kateter ini masih boleh ditinggalkan selama mana yang perlu. Kaedah spinal pula ialah memasukkan ubat terus ke dalam ruang spinal. Kesan pembiusan bermula sejurus selepas ubat dimasukkan, tetapi ia akan tahan selama mana jangkamasa ubat pelali itu saja, biasanya lebih kurang dua jam. Ini sudah mencukupi kerana pembedahan caesarean tidaklah mengambil masa lama. Kesan sampingan yang biasa terjadi ketika epidural ialah penurunan tekanan darah (ini dielakkan dengan pemberian cecair melalui infusi sebelum prosedur dimulakan dan diteruskan ketika penggunaan epidural) dan susah untuk membuang air kecil kerana hilang sensasi. Bila ini berlaku, air kencing akan dikeluarkan melalui tiub. Komplikasi lain ialah luka dan pendarahan di tempat suntikan dan luka kepada saraf akibat terkena jarum atau kateter epidural. Satu masalah yang khusus untuk epidural dan spinal ialah bila cecair spinal terkeluar selepas jarum atau kateter dikeluarkan. Ini menyebabkan sakit kepala yang teruk, lebih-lebih lagi bila ada pertukaran posisi disebabkan tekanan cecair dalam otak yang berkurangan. Ia biasanya pulih dengan sendiri dan dengan mengambil minuman berkafein, tetapi dalam kes lebih serius, cara dilakukan ialah memasukkan sedikit darah ke kawasan ini seolah-olah untuk menampal tempat yang luka itu. |
|||
Episiotomi untuk
kelahiran pertama
Soalan:
a) Saya melahirkan anak menggunakan forcep dan juga vacum kerana saiz anak yang besar 11 bulan lalu. Doktor yang menyambut kelahiran memberitahu, lubang najis terpaksa dikoyakkan untuk memberi jalan melahirkan yang lebih luas. Masalah saya, sehingga sekarang saya sukar membuang air besar berikutan lubang najis yang terlalu sempit dan apabila najis itu keluar ia disaluti darah. Selain itu, kemaluan saya berasa sakit jika saya mencangkung atau ketika meneran seperti seolah-olah ada sesuatu yang akan terkeluar dari alat sulit. b) Saya bersalin pada 2005 dan anak sudah berusia setahun sebulan. Sejak selepas bersalin hingga kini semacam ada letusan angin keluar dari kemaluan membuat saya rasa kurang selesa. Untuk pengetahuan doktor saya melahirkan anak dengan kaedah endoposotami.
Jawapan:
Kedua soalan di atas membuka peluang untuk penerangan mengenai episiotomi, iaitu pemotongan di bahagian kulit pembukaan bawah faraj untuk membesarkan ruang keluar ketika kelahiran. Topik ini mencetus banyak perbincangan, kerana lebih kurang 20 tahun lalu ia menjadi amalan rutin. Tetapi kebelakangan ini, dari tahun 90an, ramai pakar perubatan tidak bersetuju kaedah ini dan tidak menggalakkan kegunaannya secara rutin, kecuali untuk kes tertentu saja. Faraj wanita adalah suatu rongga yang tertutup. Saiznya lebih kurang tiga inci panjang. Bayangkan seorang insan kecil yang kepalanya sebesar saiz bola sepak takraw ditolakkan melalui saluran yang kecil ini untuk keluar memulakan hidupnya. Yang menakjubkan ialah kebolehan faraj mengembang beberapa kali ganda untuk membenarkan bayi itu melaluinya tanpa mengalami apa-apa carikan atau kecederaan. Bahagian yang akan terluka ialah di pembukaannya kerana di sinilah ia bertembung dengan kulit. Kulit tidak dapat meregang begitu banyak - oleh itu bila ia diregang ke tahap yang maksimum, ia akan mula koyak dan luka, dan otot-otot di bahagian bawahnya juga akan turut luka dan terkoyak. Luka ini boleh berlaku di banyak bahagian pembukaan faraj dan boleh menyebabkan luka teruk yang mendalam dan membabitkan dubur. Untuk mengelakkan luka tidak terkawal, episiotomi dilakukan supaya luka itu terjadi hanya di satu tempat saja dan senang untuk dijahit dan dibaiki semula. Bahagian dubur tempat najis keluar tidak akan terbabit dalam episiotomi, sebaliknya ia dielakkan supaya fungsinya tidak terganggu. Bagaimanapun jika kepala bayi terlalu besar untuk pembukaan faraj itu, koyakan di kawasan episiotomi itu boleh merebak ke bawah dan ke dalam dan secara tidak sengaja, ia juga akan carik. Selepas bersalin, episiotomi itu akan dijahit semula seperti keadaan sebelumnya. Ia memang tidak selesa, dan ibu yang baru bersalin itu mungkin tidak dapat duduk dengan betul untuk beberapa minggu. Jika sudah pulih, ia tidak akan menyebabkan apa-apa masalah lagi. Tetapi semestinya setiap prosedur ada komplikasi. Di antaranya ialah sakit semasa melakukan perhubungan intim dan sakit di pembukaan faraj. Itulah sebabnya ia tidak digalakkan untuk dilakukan untuk setiap wanita yang bersalin. Biasanya episiotomi dilakukan untuk mereka yang bersalin buat kali pertama kerana ketegangan kulit masih kuat lagi ketika ini, bila kelahiran dibantu dengan forseps atau vakum dan jika dianggar saiz bayi itu besar untuk mengelakkan carikan yang lebih teruk. Sakit yang puan alami sudah terlalu lama. Sesudah habis pantang, luka dari episiotomi tidak sepatutnya menyebabkan sakit yang teruk atau masalah untuk membuang najis. Bila ini masih lagi berlaku, pemeriksaan yang lebih teliti perlu dilakukan. Kekeringan yang dialami mungkin tidak kena mengena dengan episiotomi. Perdarahan semasa membuang najis mungkin tidak ada kena mengena dengan tempat episiotomi tetapi masalah khusus di dubur seperti buasir. Bahagian ini harus diperiksa untuk memastikan tiada ketumbuhan lain di dalamnya. Semasa perhubungan intim, cecair yang keluar semasa stimulasi ialah dari kelenjar di dalam faraj. Tetapi jika sakit dialami di bahagian jahitan, ia akan mengurangkan stimulasi dan cecair yang keluar akan berkurangan menyebabkan terasa kekeringan. Selepas bersalin, ketegangan di otot-otot sekeliling faraj juga akan berkurangan dan biasanya tidak kembali ke keadaan sebelum bersalin. Oleh itu, angin yang dirasai keluar dari kemaluan ialah kerana otot-otot ini sudah lemah. Ini boleh dikurangkan dengan melakukan senaman khas untuk menegangkan otot pelvis yang dipanggil senaman pelvik Kegel. Senaman lain seperti pilates dan yoga juga dapat menolong keadaan ini. Pada zaman perubatan moden sekarang, jika anda bersalin di hospital atau pusat rawatan, sudah tentu anda tidak akan dibiarkan meneran selama sehari. Masa inilah yang paling kritikal untuk bayi dan ibu - bila serviks membuka dengan sepenuhnya, kepala bayi sudah berada di dalam faraj menanti masa untuk keluar dan ia bergantung sepenuhnya atas kebolehan ibu untuk menolaknya keluar. Ia mengambil masa lebih kurang sejam atau lebih sedikit dari itu, dan keadaan ibu dan bayi sentiasa diperhatikan. Jika didapati tanda-tanda bayi itu mulai lemas atau ibu sudah terlalu letih, doktor akan menolong dengan menggunakan vakum atau forseps untuk menariknya keluar. |
|||
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
|
Wednesday, June 3, 2015
GLA DAN KESIHATAN
. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan/ Sukar Hamil.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf.
. Membaiki masalah prostat (lelaki)
Testimoni dr Pengamal GLA
GLA complex membantu menangani simptom menapause
✯ GLA ni sangat sesuai untuk wanita menapause. Ibu saya lepas menapause naik ekzema sbb kulit dia sangat kering, sbb hormon dah tak stabil. Teruk juga, naik bintik-bintik macam kena gigit nyamuk, gatal-gatal dan akan bertambah teruk. Lepas makan GLA, Alhamdulillah ekzema hilang. Kulitnya pun moist dan tak kering. Makcik-makcik juga kena benda yg sama dan kini pengguna tegar GLA. - Ifaz
✯ Satu lagi kesan GLA untuk wanita menapause. Testimoni ni khas untuk wanita berkahwin. Kawan kepada ibu, juga sudah menapause, mengalami kesan 'bahagian wanita'nya kering.. Sudah bertahun tidak 'bersama' dengan suami sehingga redha jika suaminya mencari yang lain. Selepas ibu memperkenalkan GLA kepada beliau, rumahtangga beliau kembali ceria. Dah tak sakit lagi bila 'bersama'. Kesyukuran yg tak terhingga. ALHAMDULILLAH. - Ida
✯ ni testimonial mak saya. mak saya dlm proses nk menopause selalu sakit kepala,penat dan sampai migrain la.dia dl suka EPO.itu mmg wajib stp bulan.lps ambik GLA, dia lg suka GLA dr EPO. Lain sgt dia ckp. Malah badan bertenaga, perut kempis & awet muda lagi. - Ainul
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986
Monday, June 1, 2015
Set Kecantikan Bajet Vitamin C dan VItamin E
VITAMIN E DAN VITAMIN C SHAKLEE
(GABUNGAN MANTAP HASIL MENAKJUBKAN)
JANGAN KETINGGALAN DAPATKAN KEDUA-DUANYA DENGAN HARGA ISTIMEWA
KEBAIKAN VITAMIN C
-Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
-Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
-Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
-Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang
berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
-Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
-Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.
KEBAIKAN VITAMIN-E Shaklee ialah
1 - Mengekalkan kelembapan kulit
==>pengambilan supplement mengandungi vitamin E mencegah dehidrasi kulit. jika anda lihat seorang wanita yang berusia tetapi kelihatan muda dengan wajah yang sihat berseri, itu bererti dia mengambil vitamin E secukupnya, hmm...
2 - Membantu di dalam menyerap vitamin A
==>vitamin A seperti yang terdapat di dalam karot penting untuk penglihatan dan kulit yang sihat. walau dalam kuantiti yang sedikit, vitamin A ini perlu diserap oleh tubuh bagi kegunaan di atas. pengambilan vitamin E dapat menolong menyerapnya.
3 - Melawan dan mencegah jerawat
==>menyapu vitamin E sangat membantu mencegah jerawat atau jeragat dari timbul di permukaan kulit.
4 - Mencegah penuaan kulit
==>Vitamin E ialah sejenis antioksidan. vitamin E melawan radikal bebas dan membuang toksin dalam tubuh. jadi vitamin E penting sebagai agent 'anti-penuaan' kerana bahan-bahan mekap yang mengandungi vitamin E dirumus khas untuk mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di muka. pengambilan supplement dalam 400 milligram (400 IU) vitamin E setiap hari pula akan memperbaiki tekstur kulit anda, dan elakkan daripada dimusnahkan oleh pancaran matahari.
5 - Elok untuk kulit yang terbakar (sunburn)
==>Vitamin E ni sejuk dan sangat berkesan menghalang rasa terbakar. sapukan pada kulit sebelum terkena pancaran matahari bagi melihat kesannya secara positif.
6 - Mengurangkan parut
==>bagi perempuan yang mengandung, anda pasti mempunyai 'stretch mark' di perut. sapukan vitamin E di bahagian tersebut akan menghilangkan kesan parut. ini kerana parut terbentuk oleh collagen dan vitamin E dapat mengurangkan kekuatan ikatan molekul dalam collagen itu.
7 - Mencegah barah kulit
==> Vita- E merupakan satu antioksida dan juga kerana ia dapat melindungi kulit daripada panahan pancaran matahari, gabungan kedua-dua ini sangat bagus dalam melindungi tubuh daripada kanser kulit ataupun masalah kulit yang teruk.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986
-Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
-Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
-Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang
berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
-Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
-Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.
==>pengambilan supplement mengandungi vitamin E mencegah dehidrasi kulit. jika anda lihat seorang wanita yang berusia tetapi kelihatan muda dengan wajah yang sihat berseri, itu bererti dia mengambil vitamin E secukupnya, hmm...
==>vitamin A seperti yang terdapat di dalam karot penting untuk penglihatan dan kulit yang sihat. walau dalam kuantiti yang sedikit, vitamin A ini perlu diserap oleh tubuh bagi kegunaan di atas. pengambilan vitamin E dapat menolong menyerapnya.
==>menyapu vitamin E sangat membantu mencegah jerawat atau jeragat dari timbul di permukaan kulit.
==>Vitamin E ialah sejenis antioksidan. vitamin E melawan radikal bebas dan membuang toksin dalam tubuh. jadi vitamin E penting sebagai agent 'anti-penuaan' kerana bahan-bahan mekap yang mengandungi vitamin E dirumus khas untuk mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di muka. pengambilan supplement dalam 400 milligram (400 IU) vitamin E setiap hari pula akan memperbaiki tekstur kulit anda, dan elakkan daripada dimusnahkan oleh pancaran matahari.
==>Vitamin E ni sejuk dan sangat berkesan menghalang rasa terbakar. sapukan pada kulit sebelum terkena pancaran matahari bagi melihat kesannya secara positif.
==> Vita- E merupakan satu antioksida dan juga kerana ia dapat melindungi kulit daripada panahan pancaran matahari, gabungan kedua-dua ini sangat bagus dalam melindungi tubuh daripada kanser kulit ataupun masalah kulit yang teruk.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986
Wednesday, May 20, 2015
Vitalea atau Multivitamin Shaklee
Kebaikan UTAMA Vita-Lea Iron Formula Shaklee
#Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun berkerja seharian
#Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran semata (vegetarian) dan juga anemia.
#Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
#Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
#Elemen Penting pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tirod.
Melindungi Organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
Melindungi Organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986
Subscribe to:
Posts (Atom)