Friday, September 5, 2014

Isu Penting Sebelum Hamil

Perkara penting yang anda perlu buat sebelum anda bercadang untuk hamil

Anda dan suami sudah bersedia untuk menimang cahaya mata dan menjadi ibu dan ayah kepada bayi comel, tapi tunggu! Pastikan diri anda berada dalam keadaan optimal dahulu untuk mendapatkan kehamilan yang terbaik. Ada beberapa isu penting yang anda harus buat sebelum melangkah kealam kehamilan.

Makan asid folik

Walaupun anda merasa diri anda sihat dan tidak mengalami sebarang kekurangan zat dan vitamin, anda masih perlu memakan asid folik sekurang-kurangnya 400mcg sehari sekurangkan kurangnya 1 bulan sebelum mengandung. Asid folik, walaupun terdapat dengan banyak dalam makanan dan sayuran seharian, ia mudah rosak apabila semasa proses memasak. Kekurangan asid folik dikaitkan dengan kecacatan saraf seperti spina bifina.

Jangan merokok dan meminum alkohol

Hentikan serta merta sekiranya anda bercadang untuk hamil dalam masa terdekat, banyak penyelidikan yang telah dijalankan menunjukkan merokok dikaitkan dengan bayi yang kecil semasa lahir, bayi pramatang, keguguran dan sebagainya. Ia juga dikaitkan dengan ketidaksuburan dan kekurangan sperma pada lelaki.

Kurangkan minuman berkafin

Terlalu banyak minuman cafin boleh mengurangkan keupayaan usus anda untuk untuk meyerap zat besi dan meninggikan risiko keguguran dan kematian anak dalam rahim. Kurangkan pengambilan secara beransur-ansur dan gantikan ia dengan minuman jus jika anda suka. Walaubagaimanpun anda masih boleh meminum minuman bercafin satu cawan sehari semasa mengandung.

Pastikan berat badan optimal!

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang normal, anda lebih senang untuk hamil. Penyelidikan telah menunjukkan meraka yang mempunyai berat badan yang terlalu rendah dan terlalu tinggi lebih sukar untuk hamil. Sekiranya berat badan anda tidak memuaskan, cuba untuk memperbaiki dengan mengurang atau menambahkan berat. Berbincanglah dengan doktor anda cara terbaik untuk menguruska berat badan anda.

Simpan cuma makanan yang sihat sahaja dalam peti sejuk.

Anda tidak perlu makan untuk dua orang, tetapi dengan amalkan memakan buah-buah dan sayuran 4-5 hidangan sehari ia boleh membekalkan nutrient yang anda perlukan sebagai persedian untuk hamil. Makanlah bijiran whole grain, susu, yogurt atau jus yang kaya dengan kalsium. Sekiranya anda pengemar ikan, kurangkan memakan ikan dari jenis jerung, sword fish dan tuna kerana ia mungkin berlebihan dengan kandungan merkuri, bahan yang boleh memberikan kemudaratan kepada bayi anda.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986  

Thursday, September 4, 2014

7 Sebab Kenapa Anda Selalu Letih

Selalu letih dan tidak bermaya?.... Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum anda cuba menyalahkan cara hidup anda yang sibuk dan urusan rumahtangga, cuba selami sebab-sebab ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda itu.

Sebab 1: Kekurangan darah

Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.
Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.
Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.
Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid

Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.
Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.

Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI)

Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.
UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.
Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.

Sebab ke 4: Terlebih caffeine

Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.
Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.

Sebab ke 5: Alahan makanan.

Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda.

Sebab ke 6: Sleep Apnea

Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur?
‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur.
Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.
Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

Sebab No 7: Lemah Jantung

Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986  

Wednesday, September 3, 2014

Amenorrhoea

Kebanyakan wanita akan mengalami haid setiap bulan. Ia memberikan tanda bahawa yang sistem peranakan anda dalam keadaan yang baik dan anda adalah seorang yang sihat. Walaubagaimanpun, ada juga wanita yang mengalami gangguan haid dimana, selama beberapa bulan haid tidak datang. Sekiranya ini terjadi lebih dari 5 bulan, anda akan dikatakan mengalami amenorrhoea.

Apa Itu Amenorrhea?

Amenorrhea merujuk kepada ketiadaan haid. ia adalah masalah yang agak kerap, pada 2-5% populasi wanita. Haid yang normal terjadi satu kali setiap 21-35 hari. Kedatangan Haid adalah disebabkan oleh tindakbalas hormon yang kompleks dalam badan kita. Semasa kita mengandung atau menopos, walaupun tiada haid ia adalah keadaan normal dan semula jadi. Selain dari itu, ia sama sekali tidak normal kemungkinan disebabkan oleh pelbagai faktor berbeza.
Terdapat 2 Jenis Amenorrhea
Amenorrhea primer: Gadis yang masih tidak mengalami haid pertamanya pada usia 16 tahun dikatakan mengalami amenorrhea primer.Pada usia ini, bagi gadis yang biasa yang sudah mengalami puberti atau baligh, hormon-hormon yang terlibat dalam proses untuk memulakan haid sudahpun cukup dan haid akan datang setiap bulan. Tapi bagi mereka yang mempunyai Amenorrhea primer, hormon yang ada dalam badannya tidak cukup untuk memulakan haid. Ia banyak berlaku pada wanita yang sangat kurus dan ahli sukan kerana mereka tidak ada cukup lemak untuk menyimpan hormon estrogen didalam badan mereka.
Amenorrhea secondari: Berlaku sekiranya anda mengalami haid setiap bulan tetapi tiba-tiba haid tidak berlaku untuk lebih dari 3 bulan. Ia disebabkan oleh penurunan tahap hormon atau ketidakseimbangan hormon.

Sebab-Sebab Amenorrhea

Sekiranya anda mempunyai masalah ini, ia berpunca dari beberapa faktor yang menyebabkan kekurangan hormon seperti estrogen dan progesteron kerana sekiranya kehadiran hormon ini tidak mencukup dalam sistem badan kita,ovulasi tidak akan berlaku dan haid tidak akan bermula.
Antara Sebab-Sebab Amenorrhea Ialah:
  • Masalah pada kelenjar pituitari, hypothalamus dan ovari
  • Kehilangan dan kenaikkan berat badan yang keterlaluan
  • Pemakanan yang tak normal seperti anorexia dan bulimia.
  • Senaman yang keterlaluan
  • Tekanan perasaan
  • Masalah nutrisi yang teruk

Amenorrhea dan Kesuburan

Amenorrhea boleh memberi kesan negatif kepada kesuburan anda. Ramai wanita yang mengalami amemorhoea mempunyai masalah ovulasi dalam masa yang sama.
Ia juga mungkin disebabkan oleh:
  • PCOS
  • Hiperprolactinaemia-masalah hormon prolaktin berlebihan
  • Hipertyroidism-masalah hormon tiroid yang berlebihan
Selalunya, ketika kali pertama anda berjumpa dengan doktor, anda akan ditanya seolan-soalan yang berkaitan dengan gejala ini. Jadi amat penting untuk anda berjumpa dengan doktor sekiranya dalam masa yang sama anda mempunyai masalah sukar hamil

Rawatan

Rawatan bergantung kepada penyakit yang menyebabkan anda mengalami amenorrhoea. Ia termasuklah ubat hormon seperti, pill, terapi hormon atau clomiphene. Perubahan dalam pemakanan dan diet seperti makan dalam kalori yang lebih tinggi sekiranya anda seorang yang terlalu, kurangkan tekanan dan rawatan untuk masalah eating disorder seperti anorexia dan bulimia.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986  

BULAN INI BULAN PROMO MEALSHAKE!!!

Kalau Beli 3 dapat free 1!
Jom kongsi dengan kawan-kawan atau adik beradik...mak, ayah dan anak boleh ambil sekali...lagi jimat!
(Harga retail seunit RM113)
NOW dengan promo ini harga bagi 3 units hanya RM273 sahaja! Itu maksudnya harga 1 tin RM68.25 sahaja!(dengan syarat perlu beli 3 units+1 free unit) dan confirm lah bersyarat jadi ahli shaklee
1 tin boleh tahan 1-2 bulan bergantung pada pengambilan. 
Untuk 1 unit sahaja, PM saya untuk harga yang lebih kaw kaw! Menyesal kalau tak beli bulan nih sebab offer best!


APA ITU SHAKLEE MEALSHAKE?
Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
• Sarapan segera yang berkhasiat
• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium
Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
FACTS ABOUT MEAL SHAKES
1. Complete Nutrients – Provides 24 types of A to Z essential vitamins, minerals and trace minerals. Deficiency in trace minerals will affects the absorption of vitamins and causes inactive enzymes. It also contains soy lecithin that works hand-in-hand with fat soluble vitamins.
2. Supplies Key nutrient to cells – Rich in protein (contain no lactose) that helps in forming skin, nails, hair, organs, blood, immunised cells etc.
3. Aids in Growing Up – Contains folic acid, biotin, rich in calcium and magnesium that are needed for building bones and cells in the growing up process.
4. Anti-Oxidants – Contains vitamins A, C, E, zinc, selenium which are the anti-oxidant components for anti-ageing.
5. Restore skin complexion – Contains complete vitamin B-Complex, iron, copper to form healthy red blood cells, thus improves the skin colour complexion. Detoxification – Rich in soluble fibre that helps the (peristalsis of colon and stomach/bowel movement) to excrete excess fat and waste from the colon and stomach.
6. Great Taste for young and old – Delicious drink with natural fructose; quick replenishment of the necessary nutrients for the body; contain no artificial colouring and artificial sugar.
Setiap bancuhan Shaklee Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Naturally good nutrition n great taste.No artificial flavor,colors,sweeteners or preservatives added.
*Siapa yang perlukan Meal Shake?
Basically,ia sesuai utk :
1. semua kanak2 terutamanya yang kurang selera mkn atau yang sembelit atau pun kanak2 obese.
2. Juga sesuai utk sesiapa sahaja (Ibu2 mengandung,menyusu,pesakit2 dlm proses pemulihan selepas operation, mereka2 yg inginkan kulit cantik, ingin kekal sihat) .
3. Especially mereka yang tak gemarkan supplemen dalam bentuk tablet kerana Mealshake ni datang dlm bentuk serbuk,dibancuh jd minuman yg lazat.
4. Meal Shake ni juga bagus utk mereka yang ingin menambah/memantau berat badan..
BAHAYA KEKURANGAN PROTEIN:
Berisiko utk menghadapi masalah: anemia, penyakit buah pinggang, penyakit hati, ulcer perut & usus, penglihatan kurang baik, pengaliran darah yg x lancar, kolesterol tinggi, low blood sugar, tekana darah rendah, saraf x stabil, kurg daya penyembuhan luka, ketahanan badan rendah terhadap jangkitan, kelesuan, penat, water retention.
JUMLAH PROTEIN HARIAN:
Kanak2:
Bawah 12 tahun
1-3 yrs o: 23gm
4-6 yrs o: 30gm
7-10: 34gm
Perempuan 11 -18 yrs o: 46gm
Lelaki 11-14 yrs o: 45gm
Dewasa
Lelaki (15+): 56gm
Wanita (19+): 44gm
Hamil: 74gm
Menyusu: 64gm
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986  

Tuesday, September 2, 2014

Ostematrix Shaklee boleh atasi masalah 'simpul biawak'?

Simpul biawak? Pernah dengar tak istilah ni? Simpul biawak ni sebenarnya nama lain untuk masalah kekejangan otot yang biasanya berlaku di kawasan betis di kalangan wanita hamil. Kekejangan betis ni biasanya berlaku pada waktu malam dan pastinya mengganggu tidur ibu hamil. Biasanya ia berlaku pada trimester kedua dan ketiga.
Apa punca yang menyebabkan 'simpul biawak' berlaku?
Masalah ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot dan membuatkan otot jadi kejang. Otot yang sering menjadi mangsa adalah otot betis. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan beberapa minit, tetapi tidak sampai merosakkan otot betis anda. Antara punca berlaku kekejangan betis semasa hamil adalah:
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukan daripada simpanan badan ibu.
  • Uterus (rahim) semakin membesar dan memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki dan kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki.
Sekiranya anda terkena simptom 'simpul biawak' ini, apa yang perlu anda buat?
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh bejalan seperti biasa.

Tips untuk elakkan kekejangan betis: 

Jom saya ingin kongsikan mengenai tips untuk mengelakkan berlakunya kekejangan betis atau 'simpul biawak' ni:
  • Buat senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulang dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  • Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air.
Selain itu, puan juga boleh mengamalkan pengambilan Ostematrix Shaklee sepanjang tempoh kehamilan untuk membantu mencukupkan bekalan kalsium dan magnesium yang diperlukan oleh badan. 

OsteMatrix adalah lebih daripada sekadar kalsium. Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
Untuk membantu meredakan kekejangan otot, Ostematrix akan memainkan peranan untuk membekal Kalsium, Magnesium dan Vitamin D yang mencukupi untuk ibu dan bayi yang dikandung. Seperti yang saya katakan di awal entri ini tadi, 'simpul biawak' boleh terjadi disebabkan oleh kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986  

6 fakta tentang Mealshake yang mungkin anda tidak tahu..


1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral'.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.

*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.
6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.
~ Rasa yang lazat digemari tua dan muda.Minuman lazat dengan fruktosa semulajadi,nutrien yang perlu untuk badan,tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar


♥ sms/whatsApp: 019-3878986 

Monday, September 1, 2014

Penyelesaian masalah buasir ketika mengandung dan berpantang

Buasir ketika hamil dan berpantang adalah perkara biasa yang berlaku kepada 1 org daripada 10 wanita yang mengandung dan bersalin. Namun, ia begitu jarang sekali dibincangkan secara umum. Malu barangkali. Saya sendiri berpengalaman menghadapi masalah buasir ketika mengandung trimester ketiga dan berlarutan sehingga lepas bersalin. Tekanan perasaan yang sukar untuk digambarkan kerana risau "kalaulah buasir ini tidak baik semula lepas bersalin macam mana?"... 



Melalui pembacaan saya dan nasihat doktor, dikatanya ramai wanita yang sembuh daripada buasir sebaik sahaja selepas melahirkan bayi. tetapi... masih ada juga kemungkinan ianya akan berlarutan. Jom saya nak jemput kita semua kupas mengenai apa itu buasir, macam mana boleh terjadi kepada wanita hamil dan bagaimana cadangan untuk mengatasinya? 

Apa itu buasir?
Buasir (piles) ialah sejenis urat simpul (vena varikos) yang berlaku di bahagian dubur, dan ia boleh menyebabkan kesakitan. Terdapat beberapa salur darah lembut di dalam salur dubur. Salur dubur ialah tiub pendek yang menghubungkan rektum dengan dubur (anus). Ia membantu anda mengeluarkan najis dengan cara merembeskan mukus semasa anda membuang air besar. 

Salur darah di dalam salur dubur ini boleh membengkak dan terkeluar semasa atau selepas anda membuang air besar. Anda mungkin boleh merasanya sebagai benjolan kecil dan lembut di dalam atau di sekeliling dubur anda. 

Simptom-simptom lain yang boleh dikesan adalah:

-  Darah merah terang selepas anda membuang air
-  Gatal di sekeliling dubur.

Mengapakah wanita hamil mengalami buasir?
Semasa anda hamil, jumlah darah dalam badan anda bertambah. Pada masa yang sama, tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan dinding salur-salur darah. 

Salur-salur darah di bawah uterus (rahim) anda pula lebih berkemungkinan untuk membengkak dan meregang akibat tekanan yang diterima daripada berat bayi anda yang sedang membesar. Inilah sebabnya mengapa anda lebih berkemungkinan mengalami buasir dan urat simpul apabila anda hamil. Sembelit, satu lagi masalah berkaitan kehamilan, juga boleh menyebabkan buasir.

Anda juga mungkin mendapat buasir apabila bersalin, iaitu semasa anda meneran untuk mengeluarkan bayi. Dianggarkan seorang dalam lima orang ibu mendapat buasir sehari selepas melahirkan. Biasanya buasir akan surut beberapa minggu selepas anda bersalin.

Buasir adalah perkara biasa semasa hamil. Jika anda pernah mengalaminya sebelum hamil, anda mungkin akan mengalaminya lagi. Ramai juga wanita yang mendapat buasir untuk kali pertama semasa mereka hamil. Dianggarkan kira-kira seorang daripada 10 wanita mendapat buasir dalam trimester ketiga. 


Bagaimanakah saya boleh merawat buasir?
  • Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit. Elakkan dari menggaru tempat yang gatal kerana ini hanya akan membuatkannya lebih teruk.
  • Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.
  • Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas anda membuang air besar. Selepas mencuci, lap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkannya.
  • Gunakan tisu tandas putih yang tidak mempunyai bau.
  • Cuba tolak masuk buasir yang terkeluar itu secara perlahan-lahan menggunakan jari yang bersih apabila anda mandi.
Anda juga boleh minta doktor anda mempriskripsikan ubat sapu yang lembut atau ubat jenis supositori (yang perlu dimasukkan ke dalam dubur) untuk melegakan kesakitan. Terdapat banyak produk di pasaran untuk merawat buasir, tetapi periksa dahulu jika ianya selamat diguna semasa hamil.

Dalam kebanyakan kes, buasir akan kecut atau hilang dengan sendiri apabila badan anda sembuh selepas melahirkan bayi. tapiii....ada juga kes buasir yang berlarutan sehingga menggangu keselesaan sehingga lepas bersalin dan berpantang. 

Sekiranya priskripsi ubat yang diberikan oleh doktor tidak berkesan atau anda sendiri segan dan malu untuk berjumpa dengan doktor, saya akan sarankan anda cuba amalkan beberapa jenis supplemen daripada Shaklee dan ternyata berkesan untuk merawat dan mengecutkan buasir. Saya sendiri mengamalkannya dan ternyata buasir baik semula selepas 2 minggu saya bersalin. Supplemen yang saya maksudkan adalah seperti berikut:

1) Omega Guard
 Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan dan menyembuhkan bengkak.
2) Zinc Complex 

 Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. Dalam kes buasir ini, zinc complex akan berfungsi untuk merawat luka akibat buasir itu tadi. 
3) Ostematrix


 OsteMatrix adalah lebih daripada sekadar kalsium. Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
 Untuk kes merawat buasir, ostematrix akan berfungsi untuk membantu melawaskan penghadaman dan dapat elakkan daripada berlakunya sembelit. Masalah sembelit ketika mana kita sedang mengalami buasir memang tersangat menakutkan sebenarnya. Ngeri dan trauma ketika hendak membuang. 
Jom saya kongsikan testimonial menggunakan set buasir Shaklee ketika berpantang



Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986