Tuesday, February 28, 2017

Cara Menaikkan Uri Di Bawah




Kali ini pula ida nak kongsikan petua untuk menaikkan uri dibawah ye.Petua ini ida ambil dari sini.Semoga bermanfaat kepada semua ye.

Senaman ini boleh dilakukan sebanyak 2 kali sehari iaitu :-
  • Sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya')

CARA:-
  • Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas,jika tidak mampu mengankat kaki,cuba sandarkan ke dinding.
  • Maksudnya kita baring dalam bentuk 'L' iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh.
  • Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan
  • Paling penting,jangan memaksa diri sendir
  • Kebiasaannya bagi ibu yang sudah hamil 'tua' (trimester ke-3) memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.

TEKNIK PERNAFASAN

  • Tarik nafas perlahan-lahan sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas,pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding).
  • Dengan menggunakan satu nafas,cuba tahan nafas anda selama yang mampu.
  • Cara menarik nafas juga penting,iaitu dengan menggunakan perut dan bukan hidung.
  • Maksdnya,bila kita menarik nafas menggunakan perut,kita rasa perut kita naik ke atas sedikit.
  • Lepaskan nafas secara perlahan-lahan,dalam jangkamasa yang sama (lenih kurang sama ketika menahan nafas)
  • Buat senaman dalam 10 - 15 kali untuk satu sesi senaman
  • Ulang senaman selepas bangun pagi,sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.
  • Selain daripada senaman,cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan..
  • Pujuk bayi agar pusing ke bawah dan biasanya uri akan naik keatas mengikut pergerakan bayi
  • Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal.
Semoga senaman ini dapat membantu semua ibu hamil.Dan semoga dipermudahkan semuanya.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986_

Monday, February 27, 2017

HERB-LAX SHAKLEE

Salam Sejahtera semua,

Fakta dan info menarik mengenai salah satu produk Shaklee yang agak HOT dan diminati ramai iaitu Herb-Lax Shaklee.Herb-Lax antara produk Shaklee yang mendapat permintaan tinggi kerana ia salah satu produk yang digunakan untuk proses DETOX.

Ishhh apa pula proses DETOX ni ye.Di sini ida terangkan serba sedikit apa itu proses DETOX untuk pengetahuan kita bersama ye.


DETOX adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin,lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.Selepas dinding usus kita bersih,barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.Kerana itulah DETOX sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplemen supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar yang paling optimum.

Ok itu apa yang dimaksudkan dengan proses DETOX sekarang kita berkenalan pula dengan Herb-Lax Shaklee ni ye.Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat.


9 HERBA SEMULAJADI Herb Lax Shaklee.

Bukhorn Bark
Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan kelembapan pada usus.

Licorise root
Membantu proses detoksifikasi

Fennels Seeds
Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol,membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.

Anise Seeds
Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan

Rhubarb Root
Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik

Blue Malva Flower
Membantu proses Detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit

Culver's root
Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma

Alfalfa Leaf
Membersihkan usus,darah dan hati

Senna Leaf
Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut,mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.


PERBEZAAN Herb Lax Shaklee dengan Laksatif lain

Herb Lax Shaklee mengandungi 9 herba semulajadi yang mana ia berfungsi untuk proses detox (pembersihan) secara lembut dan tidak meyakitkan serta terbukti secara klinikal untuk digunakan dengan selamat oleh tubuh badan kita.

KEBAIKAN Herb Lax.

  • Permbersihan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • Mengempiskan perut
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.Sesuai diamil seperti biasa atau dicampur dalam air panas sebagai minuman teh herba
SIAPA yang perlu amalkan Herb Lax.
  1. Pengamal tegar ubat tahan sakit
  2. Mereka yang ada masalah pembuangan,oerkumuhan kurang lancar dan sembelit
  3. Mereka yang banyak jerawat
  4. Pesakit gout
  5. Mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak-jinak dengan supplement
Harga bagi sebotol Herb Lax Shaklee (120 biji ) ini ialah :-


  • Semenanjung - Harga Runcit RM52.50
  • Sabah & Sarawak - Harga Runcit RM55.00
Satu botol Herb Lax ini boleh bertahan selama 2-3 bulan.Jadi begitu banyak penjimatan anda akan peroleh dengan pembelian sebotol Herb Lax Shaklee ini.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986_

Friday, February 24, 2017

Cara Atasi Kemurungan

PRINSIP untuk membantu memecahkan kitaran kemurungan:
  • Terima kenyataan � kemurungan adalah penyakit serius dan ubat anti kemurungan adalah komponen penting dalam rawatan
  • Berbincang dengan doktor � mengenai perasaan dan kemajuan rawatan. Jangan takut untuk bertanya
  • Fahami simptom kemurungan melalui rawatan � berfikiran positif dan meminta bantuan bila perlu adalah konsep penting dalam proses mengatasi kemurungan
Maklumat mengenai kemurungan dan ubat anti kemurungan:
Kemurungan disebabkan ketidakseimbangan bahan kimia otak (serotonin dan norepinefrin) yang bertugas mengawal emosi
Setiap orang mempunyai gerak balas rawatan yang berbeza. Sesetengah individu melihat keberkesanan rawatan selepas beberapa minggu dan ada yang akan alami kesan sampingan
Kemurungan akan kembali jika rawatan tidak betul � Anda hanya boleh pasti kemurungan tidak kembali jika objektif menghapuskan simptom kemurungan berjaya dicapai
Berkomunikasi adalah kunci kejayaan rawatan. Berkomunikasi secara terbuka dengan doktor boleh memaksimumkan kejayaan rawatan, manakala berbicara dengan ahli keluarga dan kawan mampu menghapuskan bayangan kemurungan dan menguatkan sistem sokongan anda
Mengambil ubat tanpa nasihat doktor sebenarnya memperdaya diri sendiri
Ubat anti kemurungan terbukti berkesan dan tidak menyebabkan ketagihan
Kemurungan adalah penyakit serius tetapi boleh dirawat. Anda perlu memainkan fungsi aktif untuk mengatasinya
Kesan sampingan ubat anti kemurungan berbeza antara individu dan biasanya ia berlaku pada awal rawatan
  • Usah berhenti mengambil ubat, kecuali selepas mendapat nasihat doktor.
  • Ubat anti kemurungan perlu diambil dalam tempoh tertentu kerana keberkesanannya hanya dapat dilihat selepas beberapa minggu dan anda akan merasai kesan positif pada perangai dan emosi.
  • Kesan ubat berbeza antara individu dan cara terbaik untuk mendapat manfaatnya ialah mengambil ubat seperti diarah doktor
Jangan biarkan kesan sampingan menghalang kejayaan
Apa yang keluarga dan kawan perlu tahu:
  • Akui bahawa individu berkenaan menghidap penyakit serius dan memerlukan rawatan
  • Ketahui bahawa gejala kemurungan boleh mengubah kelakuan seseorang
  • Pesakit kemurungan selalu berfikiran negatif dan cepat berputus asa
  • Mudahkan kerja harian pesakit (bantu kerja rumah)
  • Fahami keluarga akan mengalami masa tegang. Jangan lupa luangkan masa untuk diri sendiri
Langkah berguna:
  • Luangkan lebih masa dengan orang tersayang melakukan aktiviti berguna
  • Bersentuhan dengan orang yang tersayang
  • Beri perhatian untuk memperbaiki teknik mendengar (kumpulkan isi penting yang diperkatakan dan pastikan kedua-dua pihak faham)
  • Cuba sebaik mungkin untuk selesaikan masalah bersama-sama
  • Bina tabiat untuk menyatakan anda ambil berat dan berterima kasih terhadap keluarga. Bersedia untuk memuji keluarga dan beri perhatian kepada kelebihan mereka
Perkara yang perlu diingat:
  1. Jangan sisih pesakit daripada menyertai perbincangan atau hal keluarga
  2. Jangan salahkan pesakit atas perubahan kelakuan mereka
  3. Jangan berulang kali menyuruh pesakit menjadi ceria
  4. Jangan lakukan segala-galanya untuk pesakit kerana membantu mereka melakukan semua pekerjaan seolah-olah menafikan kebolehan mereka
  5. Jangan takut untuk bertanya dan minta bantuan
  6. Jangan biarkan pesakit membuat keputusan penting mengenai kehidupan mereka (perkahwinan, perceraian, menukar kerjaya atau berpindah rumah sehingga mereka sihat kembali)
  7. Jangan biarkan pesakit meneruskan tabiat buruk ketika tempoh pemulihan
Cara mudah melepaskan tekanan:
1. Rehat dan riadah
  • Keluar berjalan-jalan di luar rumah
  • Penuhi masa dengan hobi dan aktiviti cergas
  • Membela haiwan peliharaan
  • Luahkan perasaan dengan aktiviti kreatif seperti menulis atau melukis
  • Jauhkan diri dari pusat beli belah
  • Bersenam
  • Berehat dan mendengar muzik
  • Meluahkan perasaan kepada kawan atau ahli keluarga
  • Mandi air suam untuk merehatkan minda dan melancarkan aliran darah
2. Diet
  • Jangan hadapi tekanan dengan makan berlebihan
  • Makanan seimbang dan vitamin B kompleks boleh bantu kawal kemurungan
  • Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Teh suam boleh menenangkan perasaan
3. Kerohanian
  • Tukar tanggapan anda pada setiap perkara
  • Minta penjelasan secara terus untuk elak keraguan
  • Lupakan kekecewaan dulu dan ingat kenangan indah
  • Jangan buat keputusan penting ketika murung untuk elak anda melakukan kesilapan yang boleh memburukkan keadaan
  • Menangislah untuk meluahkan kesedihan dan ketawa bagi menceriakan hari anda
  • Buat segera perkara yang boleh melegakan perasaan
  • Perlahankan rentak hidup dan cuba berehat.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986_

Thursday, February 23, 2017

Jisim Tulang Merosot

BU BAPA dinasihat mengurangkan sikap memanjakan anak dengan membeli pelbagai permainan elektronik atau perisian komputer yang menyebabkan mereka leka dan akhirnya terperap di dalam rumah sepanjang hari.
Bahkan, tindakan sesetengah ibu bapa yang menaruh harapan terlalu tinggi kepada anak untuk menjadi pelajar cemerlang sehingga mereka dibebankan dengan bermacam kelas tambahan sehingga tiada masa untuk bermain juga boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak.
Dunia kanak-kanak sepatutnya diisi dengan kehidupan yang riang dan aktif. Bermain dengan rakan sebaya, berbasikal dan berlari saling kejar mengejar adalah sebahagian daripada proses penting dalam proses pembinaan jisim tulang.
Ketika usia ini proses pembinaan tulang paling cepat berlaku sehingga seseorang individu baligh. Kegiatan aktif pada zaman kanak-kanak dan remaja di samping pemakanan seimbang serta mendapat sumber kalsium secukupnya membantu seseorang mencapai jisim tulang yang optimum.
Jisim tulang kita terus bertambah sehingga berumur 30 tahun. Selepas umur ini, jisim tulang merosot perlahan-lahan. Maknanya tulang mulai hilang ketumpatannya dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah tulang reput atau osteoporosis.
Walaupun osteoporosis biasanya berlaku di kalangan wanita, ia masih boleh terjadi kepada lelaki. Wanita perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana mereka berisiko empat kali lebih tinggi untuk mengalami osteoporosis yang diakibatkan:
l Tulang wanita yang lebih kecil dan nipis.
l Kekurangan hormon estrogen, terutama selepas menopaus. Kajian mendapati wanita boleh kehilangan jisim tulang sehingga 20 peratus dalam lima hingga tujuh tahun pertama selepas menopaus disebabkan penurunan paras hormon estrogen.
Untuk mencegah masalah ini, penjagaan tulang perlu dilakukan sejak muda dengan memastikan mendapat bekalan kalsium harian yang mencukupi melalui pemakanan seimbang dan mengambil banyak sumber kalsium.
Kalsium adalah garam galian yang penting untuk gigi, tulang, rambut dan kulit. Ia juga garam galian yang paling banyak dalam badan manusia dan simpanan kalsium paling banyak ialah di tulang dan gigi (99 peratus) iaitu dalam bentuk garam kalsium fosfat. Baki satu peratus lagi ada dalam sel saraf, darah, tisu dan cecair badan yang lain.
Tulang kita adalah struktur yang hidup, mengalami kehilangan dan pembentukan tisu sepanjang masa; dan kalsium diperlukan bagi memastikan proses ini dapat dikekalkan.
Proses ini lebih ketara ketika pembentukan gigi dan tulang (untuk bayi dalam kandungan), wanita mengandung dan menyusukan anak, tumbesaran (pada kanak-kanak sehingga baligh).
Kalsium bukan hanya untuk tulang dan gigi, malah turut diperlukan supaya badan dapat menjalankan fungsi lain seperti pembekuan darah, penghantaran maklumat pada saraf, aktiviti otot, degupan jantung, merangsang pengeluaran hormon dan aktiviti enzim.
Kalsium juga sangat diperlukan untuk mengawal tekanan darah. Kajian menunjukkan pengambilan makanan yang kaya kalsium dapat memperbaiki kawalan tekanan darah tinggi dengan berkesan dan cepat.
Ini sebabnya jika bekalan kalsium harian tidak mencukupi, badan mengambil kalsium daripada tulang supaya boleh berfungsi dengan baik. Jika kita mengamalkan diet kurang kalsium, lama kelamaan badan mengalami masalah kekurangan kalsium.
Pakar pemakanan, Ingrid Pilz, berkata badan kita mengalami kehilangan kalsium setiap hari melalui perkumuhan (peluh dan najis), membaiki serta menggantikan tisu dan ia mesti diganti semula.
�Malangnya, kajian menunjukkan kebanyakan orang Asia tidak mendapat bekalan kalsium harian yang mencukupi. Keperluan kalsium ditentukan melalui keseimbangan kalsium yang diserap daripada makanan dengan kalsium yang hilang melalui proses perkumuhan dan pembaikan tisu.
�Keperluan kalsium berbeza mengikut peringkat umur. Secara umumnya wanita mengandung, menyusukan anak dan warga tua memerlukan lebih banyak kalsium. Kanak-kanak dan remaja juga memerlukan banyak kalsium supaya pertumbuhan tulang berlaku dengan lebih baik,� katanya.
Pilz berkata, susu dan produk tenusu membekalkan banyak kalsium. Setiap hari kita disaran mengambil dua hingga tiga hidangan produk tenusu.
Segelas susu 200 mililiter bersamaan dengan satu hidangan dan jika kita minum dua atau tiga gelas susu sehari bermakna kita mendapat bekalan kalsium yang cukup.
Bagaimanapun, wanita yang tidak gemarkan susu boleh mendapat bekalan kalsium daripada sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, kubis Cina, ikan bilis, sardin (dalam tin) dan kekacang (contohnya air soya dan produk dari kacang soya).
Bekalan kalsium juga boleh didapati daripada pil makanan tambahan. Ketahui keperluan anda (berdasarkan Jadual 1) dan bandingkan kandungan kalsium dalam sebiji pil bagi memastikan anda mendapat bekalan yang cukup setiap hari.
Namun, menjaga pemakanan saja belum mencukupi untuk mendapat tulang kuat. Pengukuhan tulang boleh dilakukan dengan mudah melalui perubahan gaya hidup.
Artikel ini ditulis oleh: NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986_

Wednesday, February 22, 2017

Tips Penjagaan Jantung Anda

antung merupakan salah satu organ yang amat penting terdapat dalarn tubuh kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dan awal diberikan kepada jantung.
Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh. Namun disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung.
Seperti yang dimaklumi, serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang.
Bagaimanakah caranya?
Pertamanya, kita mesti memulakan tabiat baik sejak kanak-kanak lagi agar ia (amalan baik) itu berterusan sehingga dewasa kelak.
Terdapat banyak cara dan petua diberikan berhubung cara bagaimana menjaga jantung kita.
Buku-buku mengenai hal yang sama juga banyak terdapat di pasaran. Salah satunya ialah yang ditulis oleh Dr. Jamilah Jamaludin berjudul Jantung – Antara Hidup dan Mati (1997), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Di dalam buku ini, beliau menurunkan beberapa petua menjaga jantung bagi dijadikan panduan. Antaranya ialah mengawal berat badan, menjaga pemakanan, berhenti merokok, bersenam, mengurangkan tekanan atau stres dan melakukan perubahan gaya hidup.
Kawalan berat badan
Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu.
Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh makanan berlebihan yang mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan.
Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja-kerja jantung.
Pemakanan
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan.
Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya. Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik.
Pemakanan yang seimbang membantu menjaga kesihatan jantung anda
Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk men-jamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya.
Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.
Berhenti merokok
Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.
Bersenam
Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung.
Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.
Bersenam antara aktiviti yang boleh menyihatkan jantung anda
Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.
Perubahan gaya hidup
Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya.
Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986

Tuesday, February 21, 2017

8 Tips Merawat Kulit Wajah Sebelum Tidur

Untuk mendapatkan kulit wajah yang sehat tidak hanya melakukan perawatan pada siang hari saja. Namun perawatan kulit pada malam hari sebelum tidur pun sangat lah penting dilakukan. Tetapi banyak orang yang malas atau bahkan mengabaikan perawatan kulit wajah pada malam hari ini. Padahal ketika malam hari regenerasi kulit lebih aktif di bandingkan pada siang hari.
Perawatan kulit wajah yang dilakukan pada malam hari memiliki banyak manfaat bahkan menurut salah satu dokter spesialis kulit melakukan perawatan kulit wajah pada malam hari sebelum tidur wajib untuk dilakukan. Apabila anda melakukan perawatan ini secara rutin sebelum tidur maka baik untuk meremajakan kulit dan meregenerasi kulit. Regenerasi kulit akan membuat kulit menjadi lebih sehat, bersih, lembut dan terhindar dari garis-garis penuaan. Lantas apa saja tips yang harus dilakukan untuk merawat kulit wajah sebelum tidur? Nah, untuk anda yang ingin tahu bagaimana tips merawat kulit wajah sebelum tidur mari kita simak pembahasan di bawah ini.

Berikut Tips Yang Harus Dilakukan Dalam Merawat Kulit Wajah Sebelum Tidur

Gunakan Cleansing Milk

Sebelum tidur membersihkan wajah sangat lah penting, hal ini dilakukan agar kotoran atau sisa make up terangkat. Cara yang harus di lakukan dalam membersihkan wajah ini yaitu menggunakan cleansing milk atau susu pembersih. Selain menggunakan cleansing milk bisa juga menggunakan make up remover, gunakanlah kapas saat pembersihan.

Gunakan Facial Foam Atau Cleanser

Sesudah membersihkan wajah dengan menggunakan cleansing milk atau make up remover, kemudian di lanjutkan dengan menggunakan facial foam atau cleanser. Caranya yaitu basahi seluruh wajah, usapkan facial foam atau cleanser lalu pijatlah wajah anda. Setelah selesai bersihkanlah wajah anda menggunakan air bersih.

Gunakan Air Hangat

Sebelum membersihkan wajah di anjurkan menggunakan air hangat untuk membasuh wajah anda terlebih dahulu, setelah itu barulah mengusapkan facial foam atau cleanser pada wajah. Air hangat ini dapat membuka pori-pori sehingga kandungan yang ada dalam pembersih akan meresap dan kotoran akan terangkat sempurna.

Gunakan Toner

Setelah menggunakan air hangat pada saat membersihkan wajah anda, untuk menutup kembali pori-pori wajah anda sebaiknya anda menggunakan toner sebagai pendinginnya. Toner selain dapat menutup pori-pori wajah anda juga dapat menyegarkan wajah anda serta membersihkan sisa kotoran atau make up yang masih tertinggal di wajah.

Gunakan Moisturizer

Jika anda memiliki jenis kulit yang kering, penggunaa moisturizer ini sangat cocok untuk melembabkan kulit wajah. Pada pelembab biasanya terdapat kandunga AHA atau alfa hidroxy acid yang berfungsi untuk meregenerasi kulit. Untuk jenis kulit yang sensitif pakailah tipis-tipis saat malam hari. Pelembab boleh dugunakan sesuai dengan kebutuhan. Maksudnya yaitu butuh pelembab tetapi kulit sensitif, berarti tidak disarankan menggunakan pelembab yang mengandung whitening agingnya karena ditakutkan akan terjadi iritasi.

Gunakan Vitamin Atau Serum

Penggunaan vitamin atau serum biasanya di lakukan pada siang hari, namun jika anda ingin menggunakannya pada malam hari hal ini tidak akan menjadi masalah dan justru akan mendapatkan hasil yang baik.

Gunakan Masker

Penggunaan masker ini tidak di anjurkan setiap hari cukup sekali dalam seminggu. Perlu anda ingat penggunaan masker ini tidak boleh di barengi dengan penggunaan krim malam, karena masker memiliki fungsi yang berbeda satu dengan yang lainnya. Dalam hal ini anda di anjurkan untuk menggunakan masker alami, meskipun cara kerjanya lambat atau bertahap tetapi masker ini sangat minim resiko efek samping.

Gunakan Krim Malam

Dalam penggunaan krim malam sebaiknya harus anda sesuaikan dengan jenis kulit anda. Pada usia 20 tahun ke atas sebaiknya gunakan krim malam yang mengandung retinoid acid atau whitening karena pada usia 20 tahun kulit masih segar dan belum timbul kerutan. Pada usia 30-40 tahun mulailah tampak tanda-tanda penuaan atau timbulnya kerutan, untuk itu sangatlah cocok menggunakan krim malam yang mengandung antiaging penuaan. Dalam memilih krim malam anda harus memastikan bahwa krim yang anda gunakan tidak mengandung merkuri atau zat kimia yang berbahaya.
Itulah cara merawat kulit wajah sebelum tidur, apabila anda ingin mendapatkan hasil yang maksimal maka terapkanlah cara tersebut setiap malam sebelum tidur. Selamat mencuba semoga bermanfaat.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986_

Wednesday, February 15, 2017

Cara Makan Vitamin Shaklee Paling Berkesan.

Cara Makan Vitamin Shaklee
Sebelum nak cerita cara makan Vitamin Shaklee, perlu di ketahui susunan Produk Shaklee mengikut kepentingannya.
1.Esp- sekiranya hanya ada satu pilihan suplimen sahaja, bermulalah dengan Shaklee ESP. ESP berperanan membaik pulih sel-sel secara keseluruhan. Sel adalah ibarat batu bata bagi sebuah bangunan. Kukuh batu bata maka kukuhlah bangunan itu.
2.Vitalea – ibarat makan makanan seimbang dan dapat memenuhi keperluan setiap sel dari hujung rambut sampai hujung kaki.
(Nota: Dengan mengamalkan 2 produk di atas, lnsyallah 50% pembaikan telah berlaku – untuk lain-lain keperluan vitamin, sila tanda  Checklist Kesihatan dibawah tajuk Bagaimana Tahap Kesihatan Anda ).
ESP
Mulakan hari kita dengan segelas ESP (protin). Bancuh 1 sudu besar penuh ESP dengan 3/4 gelas air sejuk atau air suam, kacau rata dan diminum segera.
Bolih juga dicampur dengan susu atau jus kegemaran anda, ikut citarasa masing-masing.
Sekiranya mengambil collagen boleh dicampurkan bersama esp, rasanya menjadi lebih lemak/ sedap.
 Cara Makan Vitamin Shaklee
Lecithin & Omega, Alfalfa  & Zinc – vitamin sebelum makan
Lecithin pemecah lemak dan Omega pemecah kolesterol sebaiknya dimakan 15 minit sebelum makan tengahari dan makan malam supaya telah bersedia untuk mengurai lemak dan kolesterol yang terdapat di dalam makanan.
Alfalfa disamping mengandungi banyak mineral dan fitonutriens, merupakan sumber serat yang tinggi. Peranan serat apabila diambil bersama air yang mencukupi akan menjadi seperti jala yang memerangkap segala benda asing di dalam darah seperti lemak, kolesterol, gula, toxic, logam berat dsb, dalam perjalanannya dari mulut ke usus besar.
Pembuangan air besar akan menjadi lawas apabila cukup fiber dengan syarat minum air yang mencukupi. alfalfa juga baik untuk masalah angin dalam badan dan gastrk dan alergik.
* Sebelum Makan Tengahari dan Malam – Sukatan 3 kapsul lecithin + 1 kapsul omega + 5 alfalfa.
 Tapi kalau terlupa dan sebagainya, ambil sahaja selepas makan bersama vitamin-vitamin yang lain. Tidak memudaratkan cuma antara baik dan lebih baik.
Cara Makan Vitamin Shaklee
Selain Lecithin, Omega, Alfalfa dan Zinc, semua vitamin di cadangkan diambil selepas makan.
Walaubagaimanapun sebaiknya tidak mengambil semua vitamin serentak tetapi mengagih-agihkannya diantara selepas beberapa waktu makan seperti lepas sarapan pagi, lepas lunch, lepas minum petang dan lepas makan malam, untuk penyerapan yang terbaik dan perlindungan berterusan sepanjang hari.
Contoh:
* Selepas minum pagi – 1 Vita C & 1 B- Complex, dll.
* Selepas makan tengahari  – 1 vita lea,  1 Vita C, dll
* Selepas makan malam -1 vitalea, 1B co, 1 vita E dll
* Sebelum Tidur – 4 osteomatrix, dtx, 4 herblax  (seminggu sekali) .
 Cara Makan Vitamin Shaklee- Elakkan:
1 Elakkan mengambil Vita Lea dan Osteomatrix serentak. kerana iron di dalam Vita Lea boleh mengganggu penyerapan Calcium di dalam Osteomatrix.
2 Jangan gunakan air panas untuk membancuh ESP sebab akan merosakkan kandungan protin.
3 Elakkan mengambil vitamin bersama nescafe dan tea, minuman mengandungi kafein, sekurang-kurangnya bagi jarak masa 30 minit antara keduanya, mengelak ganguan penyerapan vitamin.
 Cara Makan Vitamin Shaklee dan Ubat-ubatan.
Bagi individu yang sudah berpenyakit dan sedang memakan ubat-ubatan perubatan, juga jarakkan antara pengambilan vitamin dan ubat-ubatan dalam tempoh 30 minit.
Jangan sekali-kali berhenti mengambil ubat-ubatan apabila anda mula mengambil suplimen, kecuali apabila doktor telah mengesahkan anda semakin pulih dan pengurangan ubat adalah atas arahan doktor anda, kerana mendapati anda semakin sihat.
Berminat menjadi ahli bolehlah memberikan butiran anda seperti Nama, KP, Alamat dan Hp no, ke pemilik blog di bawah seperti di bawah. Terima Kasih.
” Have A Nice Day “
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986_