PRINSIP untuk membantu memecahkan kitaran kemurungan:
- Terima kenyataan � kemurungan adalah penyakit serius dan ubat anti kemurungan adalah komponen penting dalam rawatan
- Berbincang dengan doktor � mengenai perasaan dan kemajuan rawatan. Jangan takut untuk bertanya
- Fahami simptom kemurungan melalui rawatan � berfikiran positif dan meminta bantuan bila perlu adalah konsep penting dalam proses mengatasi kemurungan
Maklumat mengenai kemurungan dan ubat anti kemurungan:
Kemurungan disebabkan ketidakseimbangan bahan kimia otak (serotonin dan norepinefrin) yang bertugas mengawal emosi
Setiap orang mempunyai gerak balas rawatan yang berbeza. Sesetengah individu melihat keberkesanan rawatan selepas beberapa minggu dan ada yang akan alami kesan sampingan
Kemurungan akan kembali jika rawatan tidak betul � Anda hanya boleh pasti kemurungan tidak kembali jika objektif menghapuskan simptom kemurungan berjaya dicapai
Berkomunikasi adalah kunci kejayaan rawatan. Berkomunikasi secara terbuka dengan doktor boleh memaksimumkan kejayaan rawatan, manakala berbicara dengan ahli keluarga dan kawan mampu menghapuskan bayangan kemurungan dan menguatkan sistem sokongan anda
Mengambil ubat tanpa nasihat doktor sebenarnya memperdaya diri sendiri
Ubat anti kemurungan terbukti berkesan dan tidak menyebabkan ketagihan
Kemurungan adalah penyakit serius tetapi boleh dirawat. Anda perlu memainkan fungsi aktif untuk mengatasinya
Kesan sampingan ubat anti kemurungan berbeza antara individu dan biasanya ia berlaku pada awal rawatan
- Usah berhenti mengambil ubat, kecuali selepas mendapat nasihat doktor.
- Ubat anti kemurungan perlu diambil dalam tempoh tertentu kerana keberkesanannya hanya dapat dilihat selepas beberapa minggu dan anda akan merasai kesan positif pada perangai dan emosi.
- Kesan ubat berbeza antara individu dan cara terbaik untuk mendapat manfaatnya ialah mengambil ubat seperti diarah doktor
Jangan biarkan kesan sampingan menghalang kejayaan
Apa yang keluarga dan kawan perlu tahu:
- Akui bahawa individu berkenaan menghidap penyakit serius dan memerlukan rawatan
- Ketahui bahawa gejala kemurungan boleh mengubah kelakuan seseorang
- Pesakit kemurungan selalu berfikiran negatif dan cepat berputus asa
- Mudahkan kerja harian pesakit (bantu kerja rumah)
- Fahami keluarga akan mengalami masa tegang. Jangan lupa luangkan masa untuk diri sendiri
Langkah berguna:
- Luangkan lebih masa dengan orang tersayang melakukan aktiviti berguna
- Bersentuhan dengan orang yang tersayang
- Beri perhatian untuk memperbaiki teknik mendengar (kumpulkan isi penting yang diperkatakan dan pastikan kedua-dua pihak faham)
- Cuba sebaik mungkin untuk selesaikan masalah bersama-sama
- Bina tabiat untuk menyatakan anda ambil berat dan berterima kasih terhadap keluarga. Bersedia untuk memuji keluarga dan beri perhatian kepada kelebihan mereka
Perkara yang perlu diingat:
- Jangan sisih pesakit daripada menyertai perbincangan atau hal keluarga
- Jangan salahkan pesakit atas perubahan kelakuan mereka
- Jangan berulang kali menyuruh pesakit menjadi ceria
- Jangan lakukan segala-galanya untuk pesakit kerana membantu mereka melakukan semua pekerjaan seolah-olah menafikan kebolehan mereka
- Jangan takut untuk bertanya dan minta bantuan
- Jangan biarkan pesakit membuat keputusan penting mengenai kehidupan mereka (perkahwinan, perceraian, menukar kerjaya atau berpindah rumah sehingga mereka sihat kembali)
- Jangan biarkan pesakit meneruskan tabiat buruk ketika tempoh pemulihan
Cara mudah melepaskan tekanan:
1. Rehat dan riadah
- Keluar berjalan-jalan di luar rumah
- Penuhi masa dengan hobi dan aktiviti cergas
- Membela haiwan peliharaan
- Luahkan perasaan dengan aktiviti kreatif seperti menulis atau melukis
- Jauhkan diri dari pusat beli belah
- Bersenam
- Berehat dan mendengar muzik
- Meluahkan perasaan kepada kawan atau ahli keluarga
- Mandi air suam untuk merehatkan minda dan melancarkan aliran darah
2. Diet
- Jangan hadapi tekanan dengan makan berlebihan
- Makanan seimbang dan vitamin B kompleks boleh bantu kawal kemurungan
- Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan
- Teh suam boleh menenangkan perasaan
3. Kerohanian
- Tukar tanggapan anda pada setiap perkara
- Minta penjelasan secara terus untuk elak keraguan
- Lupakan kekecewaan dulu dan ingat kenangan indah
- Jangan buat keputusan penting ketika murung untuk elak anda melakukan kesilapan yang boleh memburukkan keadaan
- Menangislah untuk meluahkan kesedihan dan ketawa bagi menceriakan hari anda
- Buat segera perkara yang boleh melegakan perasaan
- Perlahankan rentak hidup dan cuba berehat.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986_
No comments:
Post a Comment