Penyusuan Badan
Adakah penyusuan badan akan membantu
rahim saya mengecut ke saiz sebelum mengandung?
Ya. Jika anda
menyusu badan, kelenjar pituitari mengeluarkan hormon oxytocin, yang bertindak
untuk menegangkan otot yang lembut seperti pundi susu di payudara anda. Ini
menyebabkan susu anda bergerak ke hadapan payudara, memyediakan susu kepada
bayi anda. Dengan setiap penyusuan, oxytocin akan menyebabkan sel-sel otot ini
di dalam rahim menegang, mengakibatkan rahim mengecut kembali ke saiz asal.
Oxytocin mempunyai 1 lagi kesan yang penting, perasaan sayang dalam diri
ibu-ibu terhadap bayi-bayi mereka. Kadang-kadang hormon ini juga dikenali
sebagai 'hormon sayang'.
Adakah penyusuan ini membantu berat
badan saya turun?
Ketika anda
mengandung, badan anda secara semulajadi menambah tisu-tisu lemak supaya anda
mempunyai lemak yang mencukupi untuk mula dan menyokong penyusuan. Selepas
mempunyai bayi, jika anda makan pelbagai makanan dan seimbang, penyususan akan
menolong menurunan berat badan tanpa mempengaruhi kesihatan anda atau bayi
dengan berdiet. Dan anda secara natural membakar lemak untuk menghasilkan susu
setiap kali anda menyusu badan.
Wanita yang
mengamalkan diet, bersenam dengan kerap, atau kurang makan mungkin dapat menurunkan
berat badan dengan segera, tetapi mereka juga akan melepaskan tahap toksin yang
tinggi ke susu badan mereka. Namun, susu ini tetap merupakan susu yang paling
sihat untuk bayi, jadi jangan jadikan kenyataan ini untuk berhenti menyusu.
Buatlah penurunan secara teratur, makan ketika lapar dan pastikan minum air
yang secukupnya. Ini adalah cara yang terbaik dan selamat untuk kurangkan berat
badan.
Adakah penyusuan menyebabkan nafsu seks
saya terganggu
Mungkin, tetapi ia
tidak akan berlarutan. Terdapat beberapa faktor yang mungkin mempengaruhi nafsu
pada ibu-ibu baru ini. Paling ketara adalah kepenatan ketika berpantang,
kepenatan yang mungkin berlebihan jika anda sahaja yang dapat memenuhi kehendak
bayi baru anda seperti menyusu pada setiap beberapa jam (selain menidurkan,
menukar lampin dan mendukung bayi anda) mungkin menyebabkan anda keletihan
pada akhirnya dan kurang berminat kepada pasangan anda.
Akhirnya,
penyusuan akan menahan ovulasi selepas beberapa bulan bersalin – iaitu cara
semulajadi mengelak dari mengandung semula. Ini juga bermakna, jumlah estrogen
yang beredar dalam badan anda berada jauh bawah dari paras normal,
menyebabkan vaginal kekeringan dan kekurangan keinginan.
Tetapi setiap
wanita adalah berbeza, kebanyakan wanita yang menyusu mengatakan penyusuan
tidak memberi kesan ini kepada mereka, malah terdapat yang merasa lebih
seksual. Mereka mendapati penyusuan adalah sesuatu yang menarik , yang
menyebabkan mereka berperasaan berahi terhadap pasangan mereka. Penyusuan juga
memberi wanita perasaan lebih menghargai badan mereka, altitud yang menyebabkan
keinginan untuk bersama timbul.
Jika anda adalah
mereka yang tidak bernasib baik, ingatkan diri anda dan pasangan anda, adalah
normal seks ibu yang menyusu ini adalah kurang. Pastikan berkomunikasi secara
terbuka dan cari cara lain (seperti mandi bersama, saling urut –mengurut)
Paling penting, letakan semua ini dalam satu perspektif – Kebanyakan ibu
bapa baru ini mengatakan ini hanyalah sementara untuk mendapat kebaikan yang
lebih daripada penyusuan itu.
Saya masih menyusu anak saya yang
berumur 7 bulan dan saya baru sahaja mengalami period yang pertama selepas
bersalin. Adakah kitaran period saya akan tetap walaupun saya masih menyusukan
bayi?
Kebanyakan ibu akan mendapati kitaran period mereka akan kembali apabila mereka
mula memperkenalkan makanan pejal kepada bayi mereka atau apabila bayi mula
tidur lebih lama iaitu 4 ke 6 jam.
Bila kitaran akan
mula tetap tidak dapat dipastikan, setiap wanita mempunyai pengaruh hormonal
yang berbeza terhadap penyusuan badan. Namun 1 perkara yang pasti ialah anda
perlu beringat anda telah mula subur. Bermulanya period anda adalah petanda
ovulasi telah bermula. Jika anda tidak bercadang menambah ahli keluarga anda,
jumpalah doktor anda mengenai pilihan untuk mengawal kelahiran. Hanya pil
progestin yang boleh digunakan ketika menyusu bayi, tetapi terdapat kajian
mengatakan ianya akan mengubah komposisi susu badan. Maka ramai pakar
mencadangkan ibu-ibu yang menyusu bayi menggunakan kaedah lain seperti penggunaan
diaphragm atau kondom.
Teknik Menyusukan Bayi
1.
Kedudukan badan
·
Pastikan anda selesa. bayi perlu diampu dengan baik. Anda
boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau anda
duduk bersandar di atas kerusi
·
Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga
susah ia mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membonkok sehingga
terlalu rapat denan bayi
·
Gunakan bantal, kusyen atau bahan yang lembut untuk
bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan
2.
Cara memegang bayi
·
Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam
keadaan selari
·
Muka bayi menghadap payudara, hidung
bayi bertentangan puting payudara ibu
·
bayi rapat dengan ibu(perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu
bayi diampu
3.
Cara memegang payudara
·
Cara yang betul adalah Pegangan C iaitu
ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting
·
Cara yang salah adalah Pegangan Gunting
iaitu ibu jari dan jari telunjuk di
atas puting dan jari lain di bawah puting
Posisi Penyusuan
1.
Posisi mendukung/buai
·
Ibu duduk memangku bayi dengan lengan
·
muka dan kepala bayi menghadap
payudara
2.
Posisi mendakap/di sisi
1.
ibu duduk dengan badan bayi disokong sepanjang lengan dan
kaki dibalut
longgar
2.
ibu memangku bahu bayi dan memegang kepala
3. pastikan runag mencukupi bagi bayi
tanpa membongkokkan kepala ibu ke
hadapan untuk menyusukannya
3.
Posisi mendukung bersilang/bersilang
buai
· Bayi dipangku sepanjang lengan dan ibu
juga boleh menukar pegangan bayi.
Ibu juga boleh mengawal kepalanya
· Posisi ini sesuai untuk bayi pramatang
yang sukar untuk melekap
4.
Posisi baring
· bayi baring mengiring menghadap ibunya.
Seluruh badannya melekap dekat ibu. Posisi ini sesuai untuk ibu yang
hendak berehat
Penyusuan pasangan kembar
·
Bayi kembar boleh menyusu pada
kedua-dua payudara pada masa serentak
Pelekapan
Cara yang betul menyusukan bayi
·
Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya
terbuka luas
·
gerakkan badan bayi ke arah payudara
·
pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam
payudara(areola)
· pastikan bayi melekap dengan betul dan
ampu sedikit payudara
Cara pelekapan yang betul
·
mulut bayi terbuka luas
·
dagunya mencecah payudara
·
bibir melekup keluar
·
pipi gelembung
·
payudara nampak penuh dan bulat
· terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan
Cara pelekapan yang salah
·
dagu bayi jauh
·
tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi
·
dagu tidak menyentuh payudara
·
ibu rasa sakit
· payudara bolehbengkak dan puting luka
Rujukan
Pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Disember 2006
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986_