Sebab2 DIET gagal
■ kekurangan nutrisi
□ sukar utk mengikuti program diet yang telah diaturkan
■ tidak sabar - hasil yang lambat
□ menggunakan produk2 yang tidak selamat
■ merendahkan kadar metabolisma
Istilah yg diperkenalkan oleh Kelly D. Brownell dari Yale University.
Merujuk kepada keadaan di mana pergerakan turun naik seperti yo-yo dalam amalan diet penurunan berat badan. Mereka kelihatan berjaya menurunkan berat badan, namun menghadapi masalah untuk mengekalkannya dalam jangka panjang; lalu penambahan berat berlaku semula. Kitar berulang apabila diet kembali diamalkan untuk menurunkan berat badan.
Sebab dari amalan pemakanan yang tidak betul
Anda ingin diet, lalu anda menolak beberapa jenis makanan contohnya seperti nasi. Selepas beberapa lama, akibat dari diet yang melampau, anda berasa tertekan dan letih lalu anda kembali mengamalkan tabiat makan yang lama dengan perasaan marah kerana berat anda gagal turun walaupun dengan diet ketat. Dan biasanya emosi berlebihan sering menyebabkan seseorang makan lebih banyak lalu penambahan berat badan berlaku semula.
Sebab tidak tahu bagaimana fisiologi tubuh semasa diet
Pada kebanyakan diet, kita akan kehilangan lemak dan otot. Apabila kita kehilangan otot, kita hilang keupayaan untuk membakar lemak, lalu metabolisme menjadi rendah.
OTOT=METABOLISME
Apabila kita tidak meneruskan lagi diet tersebut, kita tidak boleh membakar kalori seperti yang kita lakukan sebelum ini. Sebaliknya, berat badan akan bertambah berat. Kitaran ini berulang setiap kali kita meneruskan diet. Inilah sebab sebenar terjadinya kesan yo-yo.
Bagaimana diet yang betul dan berkesan?
Diet yang betul haruslah mempunyai ciri-ciri:
♥Mampu mengekalkan jisim otot tanpa lemak
♡Mampu menyokong metabolisme dan memberi kepuasan
♥Hilang berat apabila kehilangan lemak, bukan otot
♡Membantu mengatasi rasa lapar
Program diet berkesan haruslah mempunyai:
1. Berlaku pemecahan lemak
Lemak yang tidak diperlukan mestilah dipecahkan terlebih dahulu. Lemak di pecahkan dengan cara mengambil suplemen pemecah lemak seperti Lecithin Shaklee yang bertindak sebagai 'pembersih' salur darah, mempercepatkan pembakaran lemak, membantu mengemulsi dan metabolisme lemak, kolesterol dan trigliserida dalam tubuh.
2. Pengangkutan toksin/lemak yang dipecahkan keluar dari tubuh.
Setelah lemak di pecahkan, ia perlu diangkut keluar dari tubuh. Apabila toksin terlampau banyak dan tidak di keluarkan dari tubuh, ia menyukarkan penyerapan nutrien daripada pengambilan makanan tambahan ataupun diet harian. Shaklee mempunyai agen pengangkut yang berkesan seperti Herb-lax dan Alfalfa complex.
3. Pembinaan otot
Adalah penting untuk mengekalkan otot selepas anda memecahkan lemak. Ini kerana otot berperanan penting untuk meningkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak. Pernahkan anda lihat orang yng berdiet tapi tubuhnya kelihatan 'flabby' atau menggeleber kerana otot turut hilang semasa proses menurunkan berat badan? Sebenarnya orang itu cuma kehilangan otot namun berat tidak diturunkan. ESP dan Cinch Shakes bukan sahaja membantu anda mengatasi rasa lapar, menurunkan berat malah mampu memelihara otot yang sihat.
Jika anda ingin berdiet dan menurunkan berat badan, hanya ikuti 3 langkah berkenaan dan In Shaa Allah berat anda dapat di turunkan secara konsisten.
Perlu diingat, dalam apa jua yang anda lakukan, anda mestilah sentiasa sabar dan tidak putus asa. Kesan pengambilan produk makanan tambahan untuk diet mungkin berbeza antara setiap individu. Namun percayalah, ramai yang dah berjaya dengan keazaman yang tinggi dan patuh dengan 3 langkah di atas.
YANG PATUT ANDA BUAT JIKA INGIN TURUNKAN BERAT BADAN
1. Tetapkan matlamat jangka pendek / set target. Contohnya nak kurus dalam masa 3 bulan.Kenapa 3 bulan? Sebab mana ada org boleh kurus dalam masa sehari..hehe.. Dan orang yang cepat turun berat biasanya akan cepat rebound balik. Letih la mcm tu kan?
2. Tahu bagaimana konsep sebenarnya penurunan berat badan iaitu lemak terbuang, otot terpelihara.Bagaimana nak buang lemak? Suplemen yang membantu dalam proses ini ialah Lecithin, dan Herblax.
3. Banyakkan minum air masak. Setiap 25kg berat memerlukan 1 liter air. Jika berat anda 75kg, anda perlukan 3liter air kosong sehari. Fungsinya? Air diperlukan untuk menyerap nutrien dari diet harian/ supplemen yg kita makan. Air berperanan mengangkut segala lemak2 dan toksin keluar dari tubuh melalui usus. Sebab itu, ada sesetengah orang akan mengalami sembelit semasa proses ini.
4. Wajib ambil sarapan pagi. Jangan abaikan sarapan pagi kerana setelah tidur selama 6-8 jam, perut kita akan berada dalam keadaan berasid. Sarapan atau sekurang2nya segelas air akan meneutralkan keasidan perut buat seketika.
5. Jangan tinggal waktu makan. Ada orang takut untuk mengambil makanan setiap kali tiba waktu makan. Makanlah walaupun sedikit untuk mengelakkan starving mood. Paling tidak anda cuma perlu snek ringan seperti biskut / buah-buahan/ atau sayuran (salad).
6. Lebihkan fiber sehingga 75%, kurangkan karbohidrat sehingga 50%.Jangan tinggal makan nasi. Makanlah sekurang2nya sekali sehari. Ini kerana nasi adalah sumber karbohidrat terbaik berbanding mee dan pasta. Karbohidrat juga diperlukan untuk mengekalkan tenaga. Namun tidak boleh berlebihan. Jika anda makan nasi, lebihkan sayur2an.
7. Biasakan mengambil buah sebelum makan nasi. Ini kerana kandungan serat dan air dalam buah akan membuat kita berasa kenyang dan kita akan makan nasi dalam kuantiti yg sedikit sahaja.
8. Lakukan aktiviti fizikal untuk membakar kalori. Paling ringan, berjalan keliling rumah/taman selama 10 minit dan tambah masa selepas beberapa hari.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986
No comments:
Post a Comment