Wednesday, June 17, 2015

Diabetes semasa hamil

Apakah Diabetes Melitus?

Diabetes Mellitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan. Karbohidrat ringkas (gula di dalam minuman ringan, kek, atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa. Glukosa dalam aliran darah kemudiannya akan dicernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawalatur oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas iaitu organ kecil yang terletak di belakang perut. Tanpa insulin, glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan menyebabkan diabetes melitus.

Apakah yang dimaksudkan Diabetes Mellitus semasa kehamilan?

Diabetes Mellitus (GDM) semasa kehamilan merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita.

Apakah bezanya antara diabetes semasa kehamilan dengan diabetes yang lain?

Di luar kehamilan, diabetes dikelaskan sama ada jenis 1 (Diabetes Mellitus bersandarkan insulin, IDDM) atau jenis 2 (diabetes melitus tidak bersandarkan insulin, NIDDM). Sebanyak 10% pesakit Diabetes menghidap

Diabetes jenis IDDM. Bagi kes IDDM, insulin yang dihasilkan oleh sel b-islet di dalam pankreas adalah tidak mencukupi atau tiada langsung. Manakala bagi NIDDM, reseptor insulin yang tidak sensitif dianggap menjadi penyebab utama masalah ini dan pesakit NIDDM biasanya gemuk. Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan "human placental lactogen" akan menyekat pengeluaran insulin. Ia biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Bagi kebanyakan wanita, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap Diabetes kemudian nanti.

Adakah GDM kerap berlaku?
 
Ia berlaku sebanyak 3-12% daripada semua kehamilan.

Siapakah yang berisiko mengalami GDM?
 
Sesiapa sahaja boleh mengalami GDM semasa kehamilan. Pesakit yang sememangnya menghidapi diabetes melitus berisiko tinggi menghidap GDM. Namun, wanita boleh menghidap GDM tanpa sebarang penyakit diabetes sebelumnya. Faktor-faktor yang berkaitan dengan kemungkinan berlakunya GDM termasuklah:


-
Sejarah keluarga menghidapi diabetes.
-
Wanita berumur (>35 tahun).
-
Wanita gemuk dengan indeks jisim badan >30.
-
Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios), keguguran.
-
Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar sebelumnya, lahir mati, atau bayi yang dilahirkan cacat.
-
Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit.

Bagaimana penyakit ini dikesan?
 
Lazimnya wanita tidak menunjukkan sebarang tanda amaran walaupun kemungkinan sesetengah wanita merasa teramat dahaga, kerap buang air kecil dan kelesuan. Ramai wanita yang menghidap GDM tidak menunjukkan sebarang faktor risiko. Sesetengah pusat rawatan menyediakan ujian saringan antara 24-28 minggu kehamilan. Namun dicadangkan anda menjalani ujian saringan glukosa (ujian kerintangan glukosa oral yang diubahsuai, MOGTT) jika terdapat faktor risiko.

Apakah ujian Tolerans Glukosa secara oral?
 
Ujian akan dijalankan selepas pesakit berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam sebelumnya. Sampel darah untuk menentukan paras gula dalam darah akan diambil pada awal pagi diikuti meminum glukosa (75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air). Ujian ini selesai apabila pengukuran paras gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya

Intepretasi hasil ujian
 


Aras glukosa dalam plasma vena (mmol/l)

Puasa
2 jam selepas glukosa diambil
_Normal
<6
<8
_Tolerans glukosa yang terganggu
6-8
8-11
_Diabetes
>8
>11

Bagaimana diabetes memberi kesan ke atas kehamilan?

Ini bergantung pada tahap penjagaan kesihatan diri anda sendiri. Jika paras gula di dalam darah dapat dikawal dengan baik sepanjang kehamilan, komplikasi untuk mengalami masalah ini dapat dikawal dan dicegah. Jika paras gula di dalam darah berlebihan, maka ia akan berpindah ke bayi menerusi uri.

Janin akan bertindak balas dengan menukarkan glukosa yang berlebihan kepada lemak dan bayi ini akan menjadi terlalu besar (makrosomia). Bayi yang terlalu besar akan menimbulkan kesukaran ketika pelahiran dan kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean. Sebagai tambahan kepada makrosomia, GDM akan meningkatkan risiko hipoglisemia (paras gula yang rendah di dalam darah) semasa bayi baru dilahirkan.

Paras gula di dalam darah bayi akan diawasi dengan teliti semasa penjagaan bayi dan adalah perlu memberi glukosa secara intravena kepada bayi jika paras gula terlalu rendah. Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis, ketidakimbangan bahan kimia di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah, masalah pernafasan mahu pun kecacatan bayi. Adalah dipercayai bahawa bayi yang bersaiz besar cenderung menjadi obes di masa akan datang. Semasa dewasa, mereka juga akan cenderung untuk menghidapi diabetes jenis 2 (diabetes yang tidak bersandarkan insulin).

Pemeriksaan ultrasound semasa antenatal adalah berguna untuk mengawasi saiz janin dan mengesan polihidramnios serta keabnormalan janin. Seperti pesakit diabetes yang lain, ibu yang hamil dengan GDM adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, Diabetik Ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. Mereka juga mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.

Adakah GDM menjejaskan proses pelahiran dan kelahiran?

GDM itu sendiri bukanlah merupakan penunjuk bagi pembedahan Caesarean. Namun jika bayi terlalu besar untuk menjalani kelahiran normal melalui faraj, atau jika bayi dalam tidak dapat dilahirkan secara normal, maka kelahiran secara Caesarean sangat diperlukan. Jika bayi sangat besar, ia kemungkinan akan mengalami trauma semasa kelahiran, terutamanya kecederaan tulang dan saraf di sekitar bahu.

Jika terapi insulin diperlukan semasa kehamilan, anda akan diberi suntikan insulin pada waktu pagi semasa pelahiran bermula atau diberi melalui intravena sepanjang proses pelahiran. Selepas bayi dilahirkan paras gula di dalam darah biasanya akan kembali ke paras normal dan insulin tidak diperlukan lagi.

Bagaimana rawatan terhadap GDM?

Langkah pertama ialah mengawal paras glukosa di dalam darah dengan pengubahsuaian diet. Senaman sederhana secara tekal juga berguna untuk memperbaiki tolerans glukosa. Jika pendekatan melalui pemakanan tidak berkesan, terapi insulin diperlukan.
Paras glukosa perlu diawasi selalu jika terapi insulin telah dimulakan. Jika anda memang menghidap diabetes dan bercadang untuk hamil, anda perlu berusaha untuk mengawal diabetes pada tahap optima beberapa bulan sebelum mengandung kerana paras glukosa yang tinggi semasa trimester pertama akan meningkatkan risiko kelahiran bayi cacat.

Mengapa diet yang khusus disyorkan?
 
Diet seimbang yang berkhasiat amat perlu untuk mengekalkan kesihatan ibu yang sihat dan kehamilan yang berjaya. Bagi wanita yang mengalami GDM, diet yang sempurna dapat memastikan paras gula dalam darah adalah normal dan secara amnya ia adalah langkah pertama yang dilakukan sebelum menggunakan terapi insulin. Tumpukan sepenuh perhatian terhadap pengambilan kalori setiap hari dan pemilihan makanan yang betul untuk mengekalkan paras gula di dalam darah. Keperluan kalori setiap hari meningkat sebanyak 300 kalori semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan. Jika pengambilan kalori semasa tidak hamil adalah 1800 kcal sehari dan berat badan kekal, pengambilan kalori sebanyak 2100 kalori setiap hari adalah biasa dari tempoh 14 minggu kehamilan hingga proses kelahiran.

Berikut adalah pola pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal di dalam darah:
 

-
Elakkan gula dan makanan yang tinggi kandungan gulanya (kek, aiskrim,
-
Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji).
-
Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
-
Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit. Elakkan makanan yang bergoreng.


Perlukah melakukan senaman?

Program senaman setiap hari dapat membantu anda merasa selesa,
mengurangkan ketegangan mahu pun mengelakkan sakit belakang, mengekalkan tona otot, kekuatan dan ketahanan. Bagi wanita yang menghidapi GDM, ia sangat penting. Selalu bersenam dapat meningkatkan keupayaan atau potensi insulin di dalam badan. Ini dapat memastikan paras normal gula di dalam darah disamping mengurangkan penggunaan insulin. Senaman yang sederhana juga dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal.

Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah. Walau bagaimanapun, penjagaan yang khusus perlu diambil untuk mengelakkan sukan atau senaman yang mungkin menyebabkan anda jatuh, atau yang melibatkan sentakan. Aktiviti berbasikal dan berjoging sebelum hamil merupakan contoh senaman yang baik untuk diteruskan semasa kehamilan. Berjalan-jalan adalah baik untuk wanita yang sebelum ini tidak aktif dan ingin mula bersenam semasa hamil. Senaman secara tekal selama 4-5 hari setiap minggu adalah perlu untuk merendahkan paras gula dalam darah. Berhenti bersenam jika anda merasa sakit, pening, sesak nafas, pitam, debaran jantung, sakit belakang atau sakit di bahagian pelvis, atau pernah mengalami pendarahan faraj.

The American College of Obstetricians & Gynecologists (ACOG) mencadangkan meminum cecair sebelum dan selepas senaman dan jika perlu, semasa sedang bersenam untuk mengelakkan dehidrasi. Terlalu kuat bersenam mungkin menyebabkan rahim dan janin tidak mendapat bekalan darah yang cukup. ACOG mengesyorkan wanita hamil mengukur kadar degupan jantung semasa melakukan aktiviti. Kadar degupan jantung ibu yang mengandung sepatutnya tidak melebihi 140 denyutan seminit.

Apakah yang berlaku jika amalan diet dan senaman gagal mengawal paras gula dalam darah?

Jika paras gula di dalam darah cenderung untuk melebihi julat normal, anda perlu mengambil suntikan insulin. Insulin tidak boleh diberi secara oral kerana ia akan dihadamkan seperti protein di dalam makanan dan menyebabkan kesan terapeutiknya hilang. Ia diberi secara suntikan di bawah kulit dengan  menggunakan jarum yang sangat halus, oleh itu anda akan merasa tidak selesa sedikit ketika suntikan diberi. Ia selalu dilakukan oleh anda sendiri dan anda akan diajar oleh doktor bagaimana untuk melakukannya. Jumlah insulin yang diperlukan untuk memastikan paras gula adalah dalam julat normal akan meningkat mengikut perkembangan kehamilan. Ini tidak bermakna GDM semakin teruk. Uri yang membesar seiring dengan berlanjutnya kehamilan akan menghasilkan paras hormon kontra-insulin yang lebih tinggi. Akhirnya anda memerlukan lebih insulin untuk mengatasi kesannya.

Adakah anda perlu mengambil insulin?

Ya. Ini kerana walaupun diet dijaga dengan baik, paras gula dalam darah sesetengah wanita masih tidak berada dalam julat yang boleh diterima. Wanita hamil yang bebas dari GDM jarang mempunyai paras glukosa dalam darah yang melebihi 6 mmol/l sebelum sarapan di waktu pagi atau 2 jam selepas bersarapan. Sasaran optima bagi pesakit GDM ialah mempunyai paras gula dalam darah yang sama dengan wanita yang tidak mengalami diabetes.

Jika paras gula ketika berpuasa melebihi 6 mmol/l atau jika 2 jam selepas makan, paras gula masih melebihi 8 mmol/l pada dua masa yang berasingan, terapi insulin amnya diperlukan. Keupayaan untuk melakukan sendiri pengawasan glukosa di dalam darah membolehkan terapi insulin dimulakan sebaik sahaja tanda awal paras gula yang tinggi dikesan. Dengan itu janin dapat dicegah dari terdedah kepada paras glukosa yang tinggi dalam darah ibu.

Bagaimana mengendalikan suntikan insulin?

Doktor atau jururawat terlatih akan mengajar anda teknik suntikan insulin apabila rawatan diperlukan. Ia merupakan suntikan yang biasanya dilakukan di bawah kulit di bahagian tisu subkutaneus. Kawasan suntikan yang biasa ialah bahagian lengan atas (kawasan deltoid) atau di bahagian anterior peha atas. Suntikan di bahagian abdomen patut dielakkan.

Penjagaan ubat-ubatan dan jarum
 
Insulin mesti disimpan di bahagian kering dalam peti sejuk, seperti di tempat menyimpan hasil tenusu. Jarum boleh digunakan berulang kali dengan syarat ia dibersihkan selepas digunakan dan dibuang apabila susah untuk disuntik atau apabila suntikan menyebabkan rasa sakit.

Apakah yang berlaku jika paras gula di dalam darah menjadi lebih rendah?
 
Paras gula yang rendah di dalam darah (hipoglisemia) merupakan komplikasi yang mungkin berlaku jika seseorang telah mengambil terapi insulin untuk GDM. Ini mungkin berlaku jika anda lambat mengambil sarapan atau bersenam lebih dari yang biasa. Ia merupakan kes kecemasan dan perlu dirawat dengan teliti. Jika terdapat gejala hipoglisemia (kekeliruan, pening, penglihatan kabur,

berpeluh, terketar-ketar, tersangat lapar) anda perlu mengambil sebarang bentuk gula dengan segera. Apabila anda menggunakan insulin, anda perlulah membawa gula atau makanan/minuman manis (kandi yang manis, minuman berglukosa) sebagai langkah berjaga-jaga. Doktor perlu diberitahu mengenai sebarang reaksi hipoglisemia yang berlaku. Ia mungkin menyebabkan pengubahsuaian terapi insulin yang anda jalani.

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah yang berkaitan dengan GDM?
 
Diet pesakit yang mengalami GDM mestilah mencukupi untuk membekalkan pemakanan yang dapat memenuhi keperluan ibu dan bayi yang sedang berkembang. Pada masa yang sama diet yang diambil boleh mengekalkan paras normal glukosa di dalam darah. Ibu yang menghidapi GDM boleh diajar caracara mengukur paras glukosa di dalam darah di rumah untuk memastikan ia berada di paras yang dibenarkan. Keupayaan pesakit untuk menentukan paras gula dalam darah melalui penggunaan peralatan merupakan satu lagi kejayaan penting dalam pengurusan penyakit diabetes. Teknik ini dikenali sebagai pemantauan sendiri glukosa di dalam darah dan ia membenarkan anda memeriksa sendiri paras gula darah sama ada di rumah atau di tempat kerja tanpa melibatkan kos dan menjimatkan masa untuk berjumpa doktor.

Apakah yang dimaksudkan pemantauan sendiri glukosa di dalam darah?
 
Apabila anda telah didiagnos menghidap GDM, adalah penting bagi anda mengetahui paras gula di dalam darah dari sehari ke sehari. Anda juga harus mengetahui bagaimana corak pemakanan dan cara senaman mempengaruhi paras gula di dalam darah anda. Semakin lanjut kehamilan, uri akan membebaskan lebih banyak hormon yang akan bertindak ke atas insulin. Menguji paras gula di dalam darah pada waktu tertentu dalam sehari dapat mengetahui jika diet yang sempurna dan peningkatan berat badan dapat mengekalkan paras normal gula di dalam darah atau jika insulin yang lebih diperlukan untuk melindungi janin. Pemantauan sendiri glukosa di dalam darah boleh dilakukan dengan mencucuk jari untuk mendapatkan titis darah dan disukat dengan menggunakan alat khas untuk mendapat bacaannya.

Doktor boleh menasihatkan anda bagaimana untuk mendapatkan alat ini. Anda mungkin perlu menguji darah anda beberapa kali dalam sehari. Secara amnya, ia dilakukan sebelum makan. Setiap pesakit boleh mempunyai jadual sendiri untuk tujuan pengukuran

Apakah ujian-ujian lain yang perlu diketahui?
Selain daripada ujian darah, anda juga dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan air kencing untuk mengesan kehadiran keton. Keton adalah hasil sampingan dari penguraian lemak. Ia boleh dijumpai di dalam darah dan air  kencing akibat insulin yang tak mencukupi atau kalori yang tidak mencukupi dalam diet anda. Walaupun tidak diketahui jumlah keton yang boleh mengancam janin, keton yang banyak akan disertai dengan asidosis, iaitu satu keadaan yang boleh mengancam janin.

Sebagai langkah keselamatan, anda perlu mengawasi kehadirannya dalam air kencing dan melaporkan sebarang keputusan yang positif kepada doktor. Untuk menguji kehadiran keton di dalam air kencing, anda boleh menggunakan jalur ujian khusus yang telah dirawat dengan bahan kimia. Ujian dapat dilakukan dengan mendedahkan sehelai jalur pakai buang pada aliran air kencing atau mencelup jalur ke dalam bekas yang mengandungi air kencing. Jalur akan berubah warna bergantung kepada jumlah keton yang hadir di dalam air kencing. Warna jalur bolehlah dibandingkan pada carta untuk menunjukkan paras keton. Penasihat kesihatan boleh menasihatkan anda masa yang sesuai untuk melakukan ujian dan berapa kerap anda perlu melakukannya.

Adakah anda perlu mempunyai jadual pemeriksaan lanjutan antenatal?


Apabila anda disahkan menghidap GDM, anda dicadangkan untuk menjalani pemeriksaan antenatal setiap 2 minggu sehingga kehamilan anda berusia 32 minggu dan selepas itu lakukan pemeriksaan setiap minggu sehinggalah melahirkan bayi. Semasa pemeriksaan, imbasan ultrasound akan dilakukan untuk mengesan sebarang keabnormalan dan komplikasi di samping mengawasi tumbesaran janin.
Profil gula di dalam darah akan diperiksa sekurang-kurangnya setiap 2 minggu untuk menilai keberkesanan pengawalan diabetes anda.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Aniesz Ceasar 0193878986_

Monday, June 15, 2015

Kaedah Bersalin

Pelahiran dan Kelahiran

Apakah yang dimaksudkan pelahiran?
 
Pada minggu-minggu terakhir kehamilan, berlaku beberapa perubahan baru yang menandakan kelahiran yang bakal anda hadapi. Sebagai contoh, anda dapat merasakan bayi berada lebih bawah di bahagian abdomen dan orang mungkin menegur yang bayi anda telah "menurun". Keadaan ini dikenali sebagai "keringanan" dan ia bermaksud bahawa kepala bayi telah masuk ke bahagian bertulang di pelvis anda. Kadangkala ia berlaku dengan cepat dan anda akan mendapati secara tiba-tiba lebih mudah untuk bernafas. Kadangkala proses "keringanan" tidak akan berlaku sehinggalah selepas proses pelahiran bermula.

Pelahiran atau "labour" bermaksud kerja. Pada masa ini, anda perlu bekerja keras untuk menolak bayi keluar dari rahim anda ke dunia. Ia mungkin merupakan salah satu usaha paling sukar yang pernah anda lakukan. Pangkal rahim yang terbentuk daripada tisu padat, berbentuk seperti "doughnut" kecil dan berlubang di tengah-tengahnya, telah menutup sepanjang kehamilan. Kini ia perlu meregang cukup luas supaya bayi dapat melaluinya. Rahim akan mengecut dan memaksa pangkal rahim membuka lebih lebar, sedikit demi sedikit selama beberapa jam. Pengalaman pengecutan rahim adalah berbeza-beza bagi setiap wanita. Sesetengah wanita mengumpamakannya seperti ombak yang semakin membesar dan membesar sehingga mencapai puncaknya sebelum menyusut semula.

Kelahiran Palsu
 
Pengecutan rahim di peringkat akhir kehamilan adalah satu perkara yang normal. Ia dikenali sebagai "pelahiran palsu" kerana ia tidak membuka pangkal rahim seperti yang berlaku dalam pelahiran sebenar. Di sini disenaraikan tanda-tanda yang dapat membantu anda membezakan antara pelahiran palsu dan pelahiran sebenar:



-
Pengecutan pelahiran palsu selalunya tidak kerap berlaku.


-
Pengecutan pelahiran palsu selalunya akan hilang apabila anda berjalanjalan manakala dalam pelahiran sebenar, pengecutannya dirasai semakin kuat.


-
Pengecutan dalam pelahiran sebenar akan menjadi lebih kuat dan semakin rapat di antara satu sama lain.


Pada akhir kehamilan, bahagian bawah abdomen anda mungkin terasa tegang atau sesekali berlaku pengecutan rahim. Pengecutan ini akan hilang apabila anda berjalan-jalan atau mempraktikkan teknik pernafasan. Jika ia tidak hilang, hubungilah doktor segera.

Apakah tanda-tanda pelahiran yang biasa?

Permulaan proses pelahiran bagi seseorang adalah suatu fenomena yang khusus. Sesetengah wanita tidak menyedari bahawa mereka sedang mengalami tahap pertama pelahiran dan menyalah anggapnya sebagai kembung, pedih ulu hati, sakit belakang, atau ketidakhadaman. Terdapat tiga tanda bermulanya pelahiran. Ia tidak semestinya berlaku mengikut turutan bagi setiap kehamilan.



-
Pengecutan yang tetap, dimana ia biasanya bermula di bahagian
bawah belakang dan kemudian bergerak ke hadapan abdomen anda.


Pengecutan berlaku kerana rahim anda menegang dan berehat untuk membantu membuka pangkal rahim dan menolak bayi keluar menerusi saluran kelahiran. Di peringkat awal pelahiran, anda akan merasa seperti sakit ketika haid. Sesetengah wanita hanya mengalami pengecutan abdomen atau sakit belakang sahaja. Pengecutan pelahiran yang sebenar berlaku secara tetap. Ia biasanya bermula dengan selang masa selama 15-20 minit di antara satu pengecutan dengan yang lain dan berakhir selama 30-45 saat. Semakin lanjut proses pelahiran, pengecutan menjadi semakin kerap dan lebih lama, iaitu lebih kurang 60 saat. Rasa sakit pula tidak akan hilang walaupun anda berjalan-jalan atau berbaring.


-
Kesan/tanda merah jambu atau 'gumpalan' lendir

Semasa bayi menolak ke arah pangkal rahim atau leher rahim, pangkal rahim akan membuka dan tanda berwarna merah jambu atau 'gumpalan' lendir akan terkeluar. Biasanya ia mengandungi sedikit darah.


-
Pancutan atau lelehan dari rahim

Lelehan air dari rahim menunjukkan pemecahan selaput atau "kantung air" yang mengelilingi bayi semasa kehamilan. Ia tidak akan menyebabkan rasa sakit; hanya seperti aliran air yang hangat. Anda boleh kehilangan lebih kurang satu kuart air, tetapi biasanya ia bergantung kepada bahagian mana di kantung yang pecah. Anda boleh kehilangan air ini secara berterusan kerana tubuh anda menghasilkannya secara berterusan. Kadangkala 'kantung air' ini akan pecah di awal proses pelahiran dan kadangkala ia berlaku di akhir peringkat pertama pelahiran.


Hubungi doktor anda dengan segera apabila selaput atau 'kantung air' mula pecah atau apabila pengecutan menjadi tetap dengan selang masa 15 minit. Untuk anak pertama, doktor mungkin memberitahu anda supaya datang ke hospital apabila selang masa pengecutan rahim adalah 5 minit. Jangan risau jika anda terlewat. Peringkat pertama pelahiran biasanya mengambil masa lebih kurang 8-12 jam untuk bayi yang pertama. Secara amnya, jika anda telah mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak, tempoh proses pelahiran akan lebih pendek dari kelahiran yang pertama dahulu.

Di Hospital

Apabila sampai di hospital anda akan dihantar ke bahagian pendaftaran dan kemasukan. Jika berkesempatan, maklumat tertentu akan diminta untuk rekod anda. Jika tidak, orang yang membawa anda ke hospital akan memberi maklumat yang diperlukan. Anda akan terus dimasukkan ke wad bersalin atau bilik bersalin di mana anda perlu memakai pakaian seragam hospital. Apabila bayi 'turun' dan memasuki saluran kelahiran, anda akan terasa seperti hendak meneran/membuang air besar. Ia sebenarnya hanyalah tekanan disebabkan oleh kedudukan bayi.

Orang yang memberikan sokongan

Kebanyakan hospital membenarkan anda ditemani oleh seseorang semasa proses pelahiran (ketika sakit bersalin di dalam wad) dan kadangkala membenarkan anda ditemani sehingga ke dalam bilik bersalin. Biasanya suami yang akan menemani anda, tetapi ibu, kakak, atau pengajar kelas pendidikan kelahiran bayi yang anda hadiri boleh juga menjadi teman. Sila pastikan anda memeriksa polisi hospital dan doktor mengenai peraturan ini, kerana sesetengahnya hanya membenarkan orang yang pernah menghadiri kelas pendidikan kelahiran sahaja untuk menemani anda.
 
Peringatan kepada bapa
 
Sepanjang sesi kelas kelahiran bayi, anda dan isteri akan diajar mengenai proses kelahiran, teknik pernafasan dan cara-cara untuk menenangkan isteri ketika menghadapi saat-saat bersalin. Namun tidak ada yang benar-benar dapat menyediakan diri anda untuk menghadapi pengalaman pelahiran dan kelahiran anda yang pertama. Ingat bahawa saat ini merupakan saat yang sangat istimewa
bagi sepasang suami isteri. Walaupun anda tidak menghadiri kelas kelahiran bayi, anda mungkin tetap ingin hadir ketika kelahiran bayi anda. Jangan terkejut melihat kelakuan pasangan anda atau apa-apa yang diucapkan olehnya. Bantu pasangan anda sepanjang proses pelahiran dan kelahiran dan jangan putus asa. Dia memerlukan sokongan dan belaian anda. Ia juga merupakan peluang untuk hadir di permulaan kehidupan anak anda.
 
Peringkat pelahiran

Pelahiran boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Semasa peringkat pertama, pangkal rahim akan membuka seluas yang mungkin untuk membolehkan bayi melaluinya. Peringkat kedua pula bermula apabila anda menolak bayi keluar daripada rahim ke dalam saluran kelahiran dan ia berakhir apabila bayi dilahirkan. Peringkat ketiga ialah apabila uri (selepas kelahiran) dikeluarkan. Keseluruhan proses pelahiran ini mengambil masa selama 12-14 jam untuk bayi yang pertama dan lebih kurang 7 jam untuk kelahiran bayi yang seterusnya.

Peringkat Pertama:

Semasa peringkat pertama pelahiran, anda akan kerap diperiksa untuk mengetahui perkembangan bukaan pangkal rahim. Ini dilakukan melalui pemeriksaan faraj. Doktor akan mengukur bukaan pangkal rahim di dalam ukuran sentimeter. Apabila pangkal rahim membuka pada tahap maksimum iaitu 9 -10 sentimeter, bukaan adalah cukup besar untuk bayi melaluinya.

Peringkat pertama pula boleh dibahagikan kepada pelahiran awal dan pelahiran aktif:





1.
Pelahiran Awal:





Semasa proses pelahiran awal, pangkal rahim akan mengembang dari 0 hingga 3 sentimeter. Inilah ketikanya anda mengalami tanda-tanda awal kelahiran seperti kesan lendir bercampur darah, kantung air (ketuban) memecah, dan corak pengecutan yang stabil. Semasa pelahiran awal, anda akan mengalami pengecutan selama lebih kurang 30-60 saat, setiap 5 - 20 minit sekali. Pengecutan ini mungkin bermula seperti Braxton-Hicks yang telah anda alami beberapa ketika ini, dan ia biasanya seperti ombak yang kecil.
 
Apabila pengecutan anda berlaku setiap 5 minit untuk selama 1 jam, ia merupakan masa yang sesuai untuk menghubungi doktor anda. Melainkan beliau mencadangkan sebaliknya, atau air ketuban telah pecah, mungkin terlalu awal untuk anda pergi ke hospital. Biasanya peringkat ini mengambil masa yang agak panjang bagi kehamilan yang pertama; berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan masa yang betul-betul sesuai untuk pergi ke hospital, dengan mengambil kira jarak dankesesakan lalu lintas yang mungkin berlaku. Perasaan anda pada saat ini mungkin bertukar-tukar dari gembira kepada takut, dan mungkin juga merasa lega.

Sekarang adalah masa yang sesuai untuk merekodkan pengecutan anda; dari bermulanya satu pengecutan ke pengecutan yang berikutnya. Cuba bertenang. Walaupun anda terasa ingin mengemas seluruh rumah, cuba atasinya kerana anda memerlukan sepenuh tenaga untuk proses pelahiran. Jika di waktu malam, cuba tidur semula. Hubungi pasangan, jurulatih, atau sesiapa yang anda inginkan sebagai teman di hospital dan maklumkan apa yang sedang berlaku. Lebih baik sekiranya anda makan sajian yang ringan dalam kuantiti sedikit dan mengelakkan makanan berat bermula dari saat ini supaya saluran penghadaman anda tidak penuh dengan mekanan yang mungkin akan mengganggu proses pelahiran.

Periksa semula beg kelengkapan bersalin anda untuk memastikan anda segala yang diperlukan telah ada dan untuk menambah keperluan lain seperti snek dan minuman. Mula amalkan teknik berehat yang anda pelajari, dengan menarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan.




2.
Kelahiran Aktif:





Pada peringkat ini, bukaan pangkal rahim mungkin telah berkembang sehingga 4-6 sentimeter. Anda akan mengalami pengecutan yang lebih lama, kuat, dan lebih kerap. Ia akan bermula dari selang masa 1-3 minit, selama lebih kurang 60-75 saat. Walaupun lebih kurang sama seperti pengecutan pada pelahiran awal, ia akan menjadi semakin kuat dan sakit
dengan cepat. Jururawat atau bidan mungkin akan bersama anda sepanjang proses ini. Bapa kepada bayi atau orang yang menemani anda dibenarkan menemani anda di dalam bilik bersalin jika dipersetujui oleh anda dan pihak hospital. Tumpukan perhatian untuk berehat seberapa banyak yang boleh. Semakin anda relaks, semakin kurang anda merencat pengecutan yang berlaku yang sedang bekerja keras untuk mengembangkan dan menipiskan bahagian pangkal rahim. Berjalan-jalan dan duduk dapat membantu anda.
 
Elakkan dari berbaring terlentang terlalu lama. Jika anda perlu berada di atas katil, pastikan anda selalu mengalihkan posisi. Tarik nafas perlahanlahan dan dalam-dalam seberapa lama yang boleh untuk menolong merehatkan anda. Untuk memastikan bayi berada dalam keadaan yang baik semasa proses pelahiran, doktor atau jururawat akan memeriksa denyutan jantung bayi, sama ada dengan menggunakan stetoskop atau dengan melalui pemantauan janin secara elektronik menerusi wayar yang di pasang di abdomen anda. Semasa pelahiran, proses pengecutan akan
menyebabkan anda berasa tidak selesa. Anda boleh meminta ubat untuk meredakan kesakitan ini. Doktor akan memberi ubat yang paling sesuai di samping mengambil kira keadaan anda dan bayi di dalam kandungan. Analgesik merupakan ubat yang melegakan kesakitan dan pengecutan melalui suntikan.



Peringkat Kedua
 
Apabila pangkal rahim telah membuka dengan cukup besar, kepala bayi akan mula melaluinya. Jika air ketuban masih belum pecah, ia akan menyebabkan pancutan cecair dari faraj.
 
Pada peringkat ini, bayi akan ditolak melalui pangkal rahim yang terbuka, menerusi faraj dan dilahirkan. Peringkat ini lebih singkat dari peringkat pertama, iaitu 1.5 jam untuk bayi pertama dan 30 minit atau kurang bagi anak yang seterusnya. Pengecutan ketika ini adalah dalam selang masa 2-3 minit dan berlanjutan selama 1 minit.

Semasa bayi bergerak, sedikit demi sedikit melalui saluran kelahiran, ia akan mengenakan tekanan di rektum dan menyebabkan anda seperti hendak meneran najis. Doktor dan jururawat mungkin akan meminta anda melakukan teknik pernafasan yang khusus semasa meneran. Meneran selalunya akan melegakan sedikit ketidakselesaan dan memendekkan proses pelahiran.

Namun adalah penting untuk tidak mula meneran sehinggalah doktor
mengarahkan anda untuk melakukannya. Peringkat ini akan berlanjutan sehinggalah bayi dilahirkan dan mungkin mengambil masa selama 10 minit hingga 2 jam lamanya. Anda hendaklah berada dalam kedudukan meneran yang paling selesa dan efektif. Gunakan sepenuh tenaga untuk meneran dan rehat seketika di antara proses meneran itu. Ikut arahan doktor dan jururawat. Jika perlu, episiotomi mungkin dilakukan. Di akhir peringkat ini, bayi anda akan dilahirkan.

Pada peringkat ketiga pelahiran, uri dan membran akan dikeluarkan melalui bukaan faraj. Ia biasanya berlaku dalam masa 5-30 minit selepas bayi dilahirkan

Episiotomi
 
Episiotomi merupakan torehan kecil yang dibuat antara bahagian faraj dan anus bagi memberikan ruang yang lebih besar untuk bayi keluar. Torehan ini akan menghalang tisu faraj daripada terkoyak dan ia hanya dilakukan apabila perlu. Beberapa jahitan akan dilakukan untuk menutupnya kembali. Jahitan ini akan diserap ke dalam kulit semasa pantang dan tidak perlu ditanggalkan. Bertanyalah doktor atau jururawat mengenai polisi untuk melakukan episiotomi. Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk mengelakkan prosedur ini.

Peralatan yang digunakan semasa bersalin
 
Forsep digunakan semasa bersalin hanya jika doktor merasakan tekanan pada kepala bayi perlu dikurangkan dan jika proses kelahiran bayi terbantut. Forsep hanya digunakan apabila perlu dan dalam keadaan yang tidak memudaratkan bayi .

Persediaan pelahiran
 
Kelas persediaan melahirkan bayi diadakan supaya anda memahami tentang kehamilan, pelahiran, dan melahirkan bayi dengan sedikit atau tanpa anestesia, ubat melegakan kesakitan, episiotomi atau apa-apa peralatan. Ibu dan bapa akan diajar teknik pernafasan dan kaedah merehatkan otot. Semasa pelahiran, teman siibu akan memastikannya berada dalam keadaan selesa, menolongnya melakukan teknik untuk pernafasan dan berehat semasa pengecutan, dan memberi sokongan serta galakan. Sesetengah wanita yang menggunakan kaedah kelahiran bayi tidak memerlukan anestetik atau ubat melegakan kesakitan semasa proses bersalin. Namun menghadiri kelas ini tidak bermakna anda tidak boleh mendapatkan ubat melegakan kesakitan atau anestetik jika anda dan doktor membuat keputusan anda memerlukannya. Jika anda berminat untuk menyertai sesi kelahiran bayi, berbincanglah denan doktor atau jururawat. Penglibatan mereka sangat perlu supaya kaedah ini menjadi lebih efektif.

Doktor anda boleh membantu mencarikan kelas atau pengajar untuk mengajarkan anda teknik kelahiran bayi. Terdapat banyak buku yang boleh digunakan untuk mempelajari teknik ini. Walaupun kaedah ini bukan untuk anda, namun anda masih boleh mendapat faedah dari kelas prenatalnya yang biasa.

Pembedahan Caesaerean
 
Kelahiran Caesarean atau Irisan C merupakan pembedahan di mana bayi dilahirkan menerusi insisi di bahagian abdomen dan bukan melalui faraj. Walaupun kelahiran melalui Caesarean dianggap pembedahan besar, risikonya adalah sangat kecil. Kelahiran Caesarean hanya akan dilakukan apabila kelahiran normal (melalui faraj) amat berisiko. Biasanya ia dilakukan apabila kelahiran normal akan membahayakan nyawa bayi dan ibu, jika bayi terdahulu dilahirkan melalui pembedahan Caesarean, atau kerana disebabkan penyakit atau keadaan tertentu.

Bayi Songsang
 
Biasanya kepala bayi akan masuk ke dalam saluran kelahiran terlebih dahulu. Jarang berlaku keadaan di mana bayi memasuki saluran kelahiran dalam posisi yang berlainan. Bayi songsang adalah keadaan dimana punggung atau kaki memasuki saluran kelahiran terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan proses pelahiran lebih lama dan lebih sukar untuk bayi, jadi anda perlu menjalani pembedahan Caesarean jika bayi berada dalam keadaan songsang. Doktor akan memaklumkan kepada anda jika bayi anda songsang dan akan memberitahu apa yang harus dilakukan.

Selepas Bersalin
 
Sebaik sahaja selepas bersalin, bayi dipegang dengan kepalanya lebih rendah untuk membenarkan pengaliran keluar cecair amniotik, mukus dan darah. Picagari 'bulb' yang kecil digunakan untuk menyedut mulut dan hidung bayi. Tali pusat akan dipotong, bayi akan dikeringkan, dan dibalut dengan selimut untuk memanaskannya atau diletakkan dibawah lampu pemanas atau dalam tempat tidur/buaian yang dipanaskan. Selalunya bayi akan diletakkan di atas dada sebaik sahaja dilahirkan untuk memberikan sentuhan kulit ke kulit.

Ubat mata akan dititikkan ke dalam mata bayi supaya dapat mencegah sebarang jangkitan dan gelang pengenalan akan dipakaikan pada tangan anda dan bayi sebelum keluar dari bilik bersalin. Cap jari tangan dan kaki bayi juga akan diambil.

Bilik Pemulihan
 
Sebelum memasuki bilik, anda akan dimasukkan ke bilik pemulihan untuk 1-2 jam. Di sini anda akan diperhatikan dengan teliti dan diperiksa dengan teliti untuk menentukan tiada pendarahan berlebihan atau perubahan tekanan darah yang luar biasa. Bapa bayi dibenarkan masuk ke dalam bilik pemulihan bersama anda. Jika tiada bilik pemulihan, anda dibenarkan tinggal di bilik bersalin untuk 1 jam berikutnya.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Aniesz Ceasar 0193878986_

Saturday, June 13, 2015

Tiga Peringkat Kehamilan Yang Perlu Anda Tahu

Kehamilan Melalui Tiga Peringkat Penting

"SUDAH berapa bulan kandungan awak, dan sudahkah awak bertemu doktor?" tanya Aminah kepada rakannya Rogayah yang sedang hamil.
 
"Kenapa perlunya saya jumpa doktor? Saya tahu saya sedang hamil tiga bulan, melalui ujian air kencing yang saya beli dari farmasi," jawab Rogayah.

PERBUALAN di atas mungkin pernah berlaku di kalangan masyarakat. Ramai orang yang mengambil remeh tentang jagaan kesihatan sewaktu mengandung. Apabila mengetahui diri sedang mengandung, mereka tidak bergegas untuk bertemu doktor.
 
Namun, tahukah anda bahawa jagaan kesihatan sewaktu mengandung bukan sahaja boleh menentukan kesihatan diri ibu dan bayi di dalam kandungan?

Sebenarnya setiap ibu yang mengandung amat penting untuk mendapatkan rawatan dari doktor. Sekurang-kurangnya dalam tempoh sembilan bulan mengandung, mereka perlu datang ke klinik sebanyak enam kali. Ini penting kerana ia dapat mengurangkan kadar kematian ibu dan bayi sewaktu  melahirkan.





1.
Khususnya pada peringkat tiga bulan pertama

2.
Peringkat tiga bulan peringkat pertengahan kandungan

3.
Peringkat tiga bulan terakhir sebelum melahirkan



Melalui rawatan daripada doktor dapat mengesan masalah kesihatan yang dialami oleh si ibu. Selain itu doktor juga  boleh mengesan sebarang gejala atau faktor yang boleh mengancam kesihatan ibu disebabkan kandungan tadi.

Seseorang yang mengandung sebenarnya mengalami satu tekanan dari segi fizikal dan mental, kerana ke semua organ dalam badannya perlu bekerja keras untuk menampung bayi.
 
Fungsi jantung orang yang mengandung meningkat sebanyak 40 peratus untuk membekalkan darah pada bayi. Oleh kerana itulah kadang-kadang orang yang mengandung cepat mengalami mengah apabila terlalu banyak berjalan.

Pada peringkat awal mengandung pula ada yang merasakan tubuhnya panas. Ini berlaku kesan peningkatan metabolisme. Perubahan-perubahan sebegini juga menyebabkan tekanan kepada mereka. Lebih-lebih lagi kalau tidak mendapat sokongan penuh daripada suami.
 
Kebanyakan golongan suami memberi sokongan moral dan kasih sayang kepada isteri mengandung khususnya jika mengandung anak sulung.

Tidak dinafikan ada juga suami yang tidak mengindahkan isteri dengan membiarkan isteri bersendirian. Sehingga ada yang sanggup mengabaikan si isteri dan berfoya-foya dengan wanita lain. Ini akan menambah tekanan mental kepada si isteri.
 
Oleh itu, amat penting di kalangan suami, keluarga dan rakan-rakan terdekat untuk memberi sokongan kepada mereka yang mengandung.

Mereka yang mengandung perlu juga mengamalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Jadi, dengan menemui doktor, doktor boleh menilai tahap pemakanan mereka.
 
Kebanyakan para ibu yang mengandung akan mengalami peningkatan selera makan selepas 4 bulan kandungan. Akibatnya ada yang tidak memikirkan makanan seimbang sehingga terlebih mengambil makanan manis dan berkarbohidrat.

Makanan terlalu manis boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada ibu, antaranya darah tinggi, kencing manis atau bayi yang dikandung terlalu besar sehingga menyurkannya bersalin secara normal.
 
Berat badan ibu mengandung biasanya akan meningkat. Namun, peningkatan berat badan ibu mengandung yang ideal ialah antara 10-15 kilogram sehingga sebelum melahirkan.
 
Pada tempoh kandungan 5 bulan kandungan, seharusnya peningkatan berat badan hanya 5 kilogram (purata peningkatan satu kilogram sebulan).

Biarpun berat badan ibu yang mengandung meningkat, namun, ia termasuk juga dengan berat uri dan air yang bertakung dalam badan. Apabila selepas melahirkan, berat badan akan berkurangan.
Para doktor selalu menasihatkan agar ibu-ibu mengandung memakan lebih banyak makanan yang mempunyai protein yang tinggi. Contohnya seperti susu, tauhu, tempe, minuman soya, kacang hijau, ikan, daging dan ayam.

Sementara bagi mereka yang mengalami kurang darah, sekali sekala perlu memakan hati atau limpa untuk menggalakkan pembentukan darah. Selain itu, sayur-sayuran dan buah-buahan juga penting sebagai sumber vitamin dan makanan berserat yang boleh memudahkan lawas.
Demikian juga dengan pengambilan zat besi dan kalsium kerana zat besi untuk membina darah ibu dan anak. Sementara kalsium untuk pembentukan tulang bayi.

Ramai orang tidak memakan kalsium secara tablet atau daripada sumber lain seperti susu dan ikan bilis, mengalami masalah sakit gigi, gigi berlubang, sakit sendi dan sakit tulang.
 
Apabila kandungan berusia 5 bulan dan ke atas, para ibu juga digalakkan untuk memakan makanan tambahan seperti minyak ikan. Pada tempoh ini pembentukan otak bayi berlaku, minyak ikan boleh merangsang pertumbuhan otak bayi.

Apabila kandungan sudah mencapai tempoh tiga bulan terakhir sebelum bersalin, mereka masih perlu bertemu doktor. Ia penting bertujuan untuk menyediakan mereka dari segi mental untuk hadapi kelahiran dan  penjagaan bayi selepas bersalin.
 
Saat melahirkan merupakan sesuatu yang cemas, bukan sahaja dari segi masa, tetapi dari segi keselamatan diri ibu dan bayi.

Pada bulan terakhir kandungan, doktor akan dapat menentukan sama ada si ibu boleh melahirkan secara normal atau perlu dibedah. Oleh sebab itulah penjagaan sewaktu mengandung amat penting untuk mengetahui sama ada bayi berada dalam keadaan normal atau sebaliknya. Selain itu, pertumbuhan bayi di dalam kandungan juga boleh diawasi oleh doktor. Tidak dinafikan kadang pertumbuhan bayi terjejas atau kadang berlaku masalah pendarahan, masalah penyakit tertentu atau masalah berpunca dari uri.
Tugas uri yang membekalkan oksigen dan makanan kepada bayi, kadang-kadang gagal berfungsi sepenuhnya. Akibatnya pertumbuhan bayi terjejas. Semua aspek ini boleh diketahui jika ibu  mengandung bertemu doktor.

Melalui proses imbasan (ultrasound) ketika bayi berusia 8 bulan, kedudukan bayi boleh dilihat sama ada berada dalam kedudukan normal atau menyongsang.
 
Kebiasaannya kepala bayi sudah berada di bahagian bawah. Sekiranya usia kandungan 8 bulan, berada dalam kedudukan menyongsang, ia  bermakna akan dilahirkan dalam keadaaan sedemikian. Namun biasanya doktor akan membetulkannya dengan menggunakan kaedah tertentu tanpa melakukan paksaan dengan ganas. Jika usaha yang dilakukan tidak berjaya, kelahiran perlu dilakukan secara caesarian.
 
Selain itu, dengan melalui ultrasound, kedudukan uri boleh kesan dari semasa ke semasa. Jika kedudukan uri berada di bawah rahim sewaktu kandungan antara 32-34 minggu ia dinamakan sebagai 'placenta previa'. Bayi perlu dilahirkan secara pembedahan.

Warna uri yang sihat sewaktu proses ultrasound ialah putih. Namun jika didapati tompok-tompok hitam, maknanya uri rosak. Jika ia berlaku ia boleh menjejaskan pertumbuhan bayi.
Ia juga boleh menjadi punca kematian  bayi sewaktu di dalam kandungan. Jika uri tidak sihat, para doktor boleh  melakukan pembedahan untuk kelahiran lebih awal dari jangka waktu yang ramalkan.
Pakar perbidanan yang melakukan pemeriksaan ke atas ibu mengandung mempunyai peranan untuk membuat penilaian sama ada kandungan itu selamat dilahirkan normal atau tidak.
 
Berdasarkan pelbagai faktor inilah, saya ingin menekankan kepada para ibu mengandung agar tidak menganggap penjagaan sewaktu mengandung sebagai sesuatu yang remeh. Oleh kerana itulah, jangan teragak-agak untuk ke klinik, jika sudah disahkan mengandung.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Aniesz Ceasar 0193878986_

Friday, June 12, 2015

Perkara Berkaitan Kitaran Haid Dan Kesuburan Yang Anda Perlu Tahu

Assalamualaikum...

Lama anis tak jengah blog kesayangan ni. Jom anis kongsikan info yang kadang anda dah tahu atau tidak tahu.

Jarak antara haid

Jarak antara dua haid selalunya ialah 28 hari. Ia adalah jarak antara hari pertama haid bulan ini dengan bulan sebelumnya. Sekiranya ia tidak tetap, kira puratanya. Sekiranya anda tidak pasti, letak 28 sebagai nombor yang diperlukan.

Fasa luteum
 
Selepas proses ovulasi (pengeluaran telur dari follikel yang telah matang), follikel akan membentuk corpus luteum. Corpus luteum inilah yang mengeluarkan hormon progesterone. Keadaan ini selalunya berpanjangan sehingga 12 - 13 hari kecuali dalam keadaan mengandung. Sekiranya tidak mengandung, corpus luteum akan berhenti membuat progesterone dan haid akan datang dalam masa sehari atau dua selepas itu.

Bagi kebanyakan perempuan, fasa luteum ini adalah 14 hari. Ada wanita yang tidak subur yang mengalami fasa ini dengan lebih singkat. Untuk tujuan pengiraan sekiranya anda tidak tahu, fasa luteum ini diambil sebagai 14 hari.

Conception

The day you became pregnant - is estimated to have occurred about 14 days after the first day of your last menstrual period.

Tip

Only 5% of women have their baby on their due date.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986_

Wednesday, June 10, 2015

Soalan-Soalan Berkaitan Bersalin Yang Perlu Anda Ambil Tahu

Teknik epidural atasi sakit bersalin

Soalan:
 
Saya seorang ibu kepada tiga anak perempuan. Ketika saya melahirkan anak bongsu, saya mengalami masalah uri melekat di dinding rahim. Saya ingin mengetahui punca berlakunya uri melekat dan adakah cara untuk mengelakkannya? Saya diberitahu saya berisiko untuk mengalaminya lagi pada kelahiran akan datang.

Suami berhasrat untuk menambah lagi seorang anak tetapi saya masih berasa fobia kerana kesakitan mengeluarkan uri yang melekat lebih sakit daripada sakit melahirkan bayi. Diharap doktor dapat membantu. Terima kasih.


Sumber: Harian Metro
Jawapan:

Uri itu dikatakan melekat jika ia masih tidak dapat dikeluarkan dalam masa 30 hingga 60 minit selepas kelahiran bayi. Pengeluaran uri berlaku apabila rahim sudah mula mengecut, membenarkan uri itu bercerai dari tempat melekat pada lapisan dalam rahim.

Proses ini berlaku dengan lancar membabitkan 98 peratus wanita yang bersalin. Kebanyakan uri yang ‘melekat’ sebenarnya mengambil masa yang lebih lama untuk diceraikan. Bila diberi masa lagi, didapati ia boleh dikeluarkan dengan normal tanpa masalah. Tetapi baki dua peratus lagi, uri tidak terpisah atau melekat dalam keadaan yang tidak normal sehingga tidak boleh dipisahkan langsung.

Bila ini berlaku, keadaan yang paling bahaya yang boleh terjadi ialah pendarahan tidak terkawal. Di Malaysia, penyebab utama kematian wanita mengandung ialah pendarahan selepas bersalin - iaitu membabitkan 23 peratus daripada semua kes kematian ibu hamil dan lepas bersalin. Daripada jumlah ini, salah satu sebabnya ialah uri melekat luar biasa.

Punca utama uri melekat antaranya ialah mungkin pernah berlaku luka di bahagian rahim (pembedahan pernah dilakukan pada rahim) atau apabila terjadi uri melekat tidak normal yang di panggil ‘placenta accreta’.

Uri biasanya berada pada satu lapisan saja dalam rahim. Tetapi, ada yang boleh menembusi lapisan ini untuk melekat pada bahagian yang lebih dalam iaitu di lapisan otot rahim.

Bila otot mengelilingi bahagian uri ini, memang berlaku uri meletak dengan kuat dan tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, selepas bersalin, rahim tidak dapat mengecut dengan sempurna untuk menghentikan pendarahan. Dalam keadaan yang normal apabila uri sudah berpisah dan dikeluarkan, salur darah pada rahim yang terdedah akan tertutup semula apabila saiz rahim mengecil dengan mengecut.

Mereka yang lebih berisiko tinggi ialah mereka yang pernah ada uri melekat pada kandungan sebelum itu dan yang pernah mengalami luka pada rahim seperti pembedahan untuk fibroid.

Pembedahan cesarean juga memberi risiko yang lebih tinggi untuk placenta accreta dan dalam kes uri di bahagian bawah rahim (placenta praevia) yang melalui pembedahan, kejadian placenta accreta lebih tinggi pada kandungan yang seterusnya.

Lain-lain risiko termasuk kelahiran tidak cukup bulan dan mereka yang sudah kerap kali bersalin.

Bagaimanapun, dengan pengawasan dan perhatian yang rapi, keadaan yang cemas boleh dielakkan. Harus diingati kebanyakan kes uri melekat ialah kerana ia mengambil masa yang lebih lama daripada biasa, atau cuma sebahagian kecil dari uri sahaja yang terbabit.

Apa yang biasa dilakukan ialah memberi masa yang lebih lama sebelum cuba menarik uri lagi. Barangkali inilah yang terjadi pada puan. Ia terasa lebih sakit kerana pemeriksaan yang dilakukan ke dalam faraj lebih dalam, lebih-lebih lagi selepas bersalin, tisu sekelilingnya amat sensitif dan ada juga bahagian yang luka.

Jika ini masih tidak berjaya, persiapan untuk mengeluarkan uri di dewan bedah akan dilakukan seandainya berlaku pendarahan yang teruk. Jika perdarahan tidak boleh dikawal, pembedahan untuk mengeluarkan rahim mungkin perlu untuk menyelamatkan nyawa.

Selain itu, penggunaan ubat-ubatan yang semakin khusus yang ada sekarang menurunkan insiden kes perdarahan yang serius. Ubat-ubatan ini menolong dalam kontraksi rahim yang efektif dan berpanjangan.

Antara cara untuk menahan sakit bersalin ialah dengan teknik epidural - satu jenis bius separuh badan. Dengan cara ini, sakit bersalin tidak dirasai termasuk pelbagai lagi pemeriksaan yang perlu dilakukan. Ia diberi ketika mula sakit hendak bersalin. Mungkin puan boleh mencuba cara ini untuk mengelak rasa sakit bersalin dan kalaulah (harapnya tidak) uri melekat sekali lagi, sakit untuk mengeluarkannya tidak akan dirasai seperti dulu.

Kaedah epidural beri kesan minimum
 
Soalan:

SAYA melahirkan dua cahaya mata melalui pembedahan pada 2003 dan 2005 dengan menggunakan kaedah epidural. Adakah penggunaan epidural ini boleh mendatangkan kesan sampingan kepada tubuh saya dalam jangkamasa panjang?

Jawapan:

Jika epidural itu dilakukan dengan mudah dan selepas pembedahan juga tiada komplikasi, kesan sampingan jangka masa panjang adalah sangat minimum. Apa yang sering diperkatakan ialah sakit belakang yang terjadi selepas epidural sehingga dapat dirasai beberapa tahun selepasnya. Kajian terbaru menunjukkan risiko mendapat sakit belakang selepas epidural sama seperti risiko bagi wanita yang bersalin tanpa epidural. Oleh itu, masalah sakit belakang ini berpunca ketika mengandung lagi, dan tidak berkait dengan kesan berpanjangan dari teknik epidural. Walaupun sakit belakang dirasai selepas epidural, ia adalah sementara saja dan akan pulih seperti biasa.

Ada dua cara pembiusan yang digunakan sebelum melakukan pembedahan caesarean, iaitu pembiusan secara tidak sedar yang memerlukan intubasi di mana gas anestetik diberikan atau biusan separuh badan. Kaedah epidural dan spinal ialah dua cara pembiusan separuh badan. Dalam kaedah ini, pesakit itu sedar dan teknik untuk membius ialah dengan memasukkan ubat ke kawasan epidural atau spinal pada bahagian tulang belakang. Ubat ini akan melalikan urat saraf yang merangsang bahagian badan yang terbabit termasuk bahagian kulit, rahim dan kedua-dua belah kaki. Prosedur ini hanya dilakukan pakar bius.

Kawasan epidural dan spinal adalah berbeza, epidural ialah lapisan sebelum ruang spinal. Akar saraf yang keluar dari saraf tunjang berada di lapisan ini. Bila ubat pelali dimasukkan di kawasan ini melalui kateter yang halus, ia akan membasahi akar saraf ini menyebabkan pembiusan yang efektif. Kelebihannya ialah ia boleh diberi secara berterusan selagi kateter itu tidak dikeluarkan atau tidak beralih. Ia menjadi cara pembiusan yang sangat sesuai untuk digunakan dalam kes pembedahan yang mengambil masa lama dan juga untuk menahan sakit bersalin. Selepas pembedahan, kateter ini masih boleh ditinggalkan selama mana yang perlu.

Kaedah spinal pula ialah memasukkan ubat terus ke dalam ruang spinal. Kesan pembiusan bermula sejurus selepas ubat dimasukkan, tetapi ia akan tahan selama mana jangkamasa ubat pelali itu saja, biasanya lebih kurang dua jam. Ini sudah mencukupi kerana pembedahan caesarean tidaklah mengambil masa lama.

Kesan sampingan yang biasa terjadi ketika epidural ialah penurunan tekanan darah (ini dielakkan dengan pemberian cecair melalui infusi sebelum prosedur dimulakan dan diteruskan ketika penggunaan epidural) dan susah untuk membuang air kecil kerana hilang sensasi. Bila ini berlaku, air kencing akan dikeluarkan melalui tiub.

Komplikasi lain ialah luka dan pendarahan di tempat suntikan dan luka kepada saraf akibat terkena jarum atau kateter epidural. Satu masalah yang khusus untuk epidural dan spinal ialah bila cecair spinal terkeluar selepas jarum atau kateter dikeluarkan. Ini menyebabkan sakit kepala yang teruk, lebih-lebih lagi bila ada pertukaran posisi disebabkan tekanan cecair dalam otak yang berkurangan. Ia biasanya pulih dengan sendiri dan dengan mengambil minuman berkafein, tetapi dalam kes lebih serius, cara dilakukan ialah memasukkan sedikit darah ke kawasan ini seolah-olah untuk menampal tempat yang luka itu.


Episiotomi untuk kelahiran pertama
 
Soalan:

a) Saya melahirkan anak menggunakan forcep dan juga vacum kerana saiz anak yang besar 11 bulan lalu. Doktor yang menyambut kelahiran memberitahu, lubang najis terpaksa dikoyakkan untuk memberi jalan melahirkan yang lebih luas. Masalah saya, sehingga sekarang saya sukar membuang air besar berikutan lubang najis yang terlalu sempit dan apabila najis itu keluar ia disaluti darah.

Selain itu, kemaluan saya berasa sakit jika saya mencangkung atau ketika meneran seperti seolah-olah ada sesuatu yang akan terkeluar dari alat sulit.

b) Saya bersalin pada 2005 dan anak sudah berusia setahun sebulan. Sejak selepas bersalin hingga kini semacam ada letusan angin keluar dari kemaluan membuat saya rasa kurang selesa. Untuk pengetahuan doktor saya melahirkan anak dengan kaedah endoposotami.

Jawapan:

Kedua soalan di atas membuka peluang untuk penerangan mengenai episiotomi, iaitu pemotongan di bahagian kulit pembukaan bawah faraj untuk membesarkan ruang keluar ketika kelahiran. Topik ini mencetus banyak perbincangan, kerana lebih kurang 20 tahun lalu ia menjadi amalan rutin. Tetapi kebelakangan ini, dari tahun 90an, ramai pakar perubatan tidak bersetuju kaedah ini dan tidak menggalakkan kegunaannya secara rutin, kecuali untuk kes tertentu saja.

Faraj wanita adalah suatu rongga yang tertutup. Saiznya lebih kurang tiga inci panjang. Bayangkan seorang insan kecil yang kepalanya sebesar saiz bola sepak takraw ditolakkan melalui saluran yang kecil ini untuk keluar memulakan hidupnya. Yang menakjubkan ialah kebolehan faraj mengembang beberapa kali ganda untuk membenarkan bayi itu melaluinya tanpa mengalami apa-apa carikan atau kecederaan. Bahagian yang akan terluka ialah di pembukaannya kerana di sinilah ia bertembung dengan kulit. Kulit tidak dapat meregang begitu banyak - oleh itu bila ia diregang ke tahap yang maksimum, ia akan mula koyak dan luka, dan otot-otot di bahagian bawahnya juga akan turut luka dan terkoyak. Luka ini boleh berlaku di banyak bahagian pembukaan faraj dan boleh menyebabkan luka teruk yang mendalam dan membabitkan dubur.

Untuk mengelakkan luka tidak terkawal, episiotomi dilakukan supaya luka itu terjadi hanya di satu tempat saja dan senang untuk dijahit dan dibaiki semula. Bahagian dubur tempat najis keluar tidak akan terbabit dalam episiotomi, sebaliknya ia dielakkan supaya fungsinya tidak terganggu. Bagaimanapun jika kepala bayi terlalu besar untuk pembukaan faraj itu, koyakan di kawasan episiotomi itu boleh merebak ke bawah dan ke dalam dan secara tidak sengaja, ia juga akan carik.

Selepas bersalin, episiotomi itu akan dijahit semula seperti keadaan sebelumnya. Ia memang tidak selesa, dan ibu yang baru bersalin itu mungkin tidak dapat duduk dengan betul untuk beberapa minggu. Jika sudah pulih, ia tidak akan menyebabkan apa-apa masalah lagi. Tetapi semestinya setiap prosedur ada komplikasi. Di antaranya ialah sakit semasa melakukan perhubungan intim dan sakit di pembukaan faraj. Itulah sebabnya ia tidak digalakkan untuk dilakukan untuk setiap wanita yang bersalin. Biasanya episiotomi dilakukan untuk mereka yang bersalin buat kali pertama kerana ketegangan kulit masih kuat lagi ketika ini, bila kelahiran dibantu dengan forseps atau vakum dan jika dianggar saiz bayi itu besar untuk mengelakkan carikan yang lebih teruk.

Sakit yang puan alami sudah terlalu lama. Sesudah habis pantang, luka dari episiotomi tidak sepatutnya menyebabkan sakit yang teruk atau masalah untuk membuang najis. Bila ini masih lagi berlaku, pemeriksaan yang lebih teliti perlu dilakukan. Kekeringan yang dialami mungkin tidak kena mengena dengan episiotomi. Perdarahan semasa membuang najis mungkin tidak ada kena mengena dengan tempat episiotomi tetapi masalah khusus di dubur seperti buasir. Bahagian ini harus diperiksa untuk memastikan tiada ketumbuhan lain di dalamnya.

Semasa perhubungan intim, cecair yang keluar semasa stimulasi ialah dari kelenjar di dalam faraj. Tetapi jika sakit dialami di bahagian jahitan, ia akan mengurangkan stimulasi dan cecair yang keluar akan berkurangan menyebabkan terasa kekeringan. Selepas bersalin, ketegangan di otot-otot sekeliling faraj juga akan berkurangan dan biasanya tidak kembali ke keadaan sebelum bersalin. Oleh itu, angin yang dirasai keluar dari kemaluan ialah kerana otot-otot ini sudah lemah. Ini boleh dikurangkan dengan melakukan senaman khas untuk menegangkan otot pelvis yang dipanggil senaman pelvik Kegel. Senaman lain seperti pilates dan yoga juga dapat menolong keadaan ini.

Pada zaman perubatan moden sekarang, jika anda bersalin di hospital atau pusat rawatan, sudah tentu anda tidak akan dibiarkan meneran selama sehari. Masa inilah yang paling kritikal untuk bayi dan ibu - bila serviks membuka dengan sepenuhnya, kepala bayi sudah berada di dalam faraj menanti masa untuk keluar dan ia bergantung sepenuhnya atas kebolehan ibu untuk menolaknya keluar. Ia mengambil masa lebih kurang sejam atau lebih sedikit dari itu, dan keadaan ibu dan bayi sentiasa diperhatikan.

Jika didapati tanda-tanda bayi itu mulai lemas atau ibu sudah terlalu letih, doktor akan menolong dengan menggunakan vakum atau forseps untuk menariknya keluar.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986_

Wednesday, June 3, 2015

GLA DAN KESIHATAN




Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan/ Sukar Hamil.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf.
. Membaiki masalah prostat (lelaki)



Testimoni dr Pengamal GLA
GLA complex membantu menangani simptom menapause
✯ GLA ni sangat sesuai untuk wanita menapause. Ibu saya lepas menapause naik ekzema sbb kulit dia sangat kering, sbb hormon dah tak stabil. Teruk juga, naik bintik-bintik macam kena gigit nyamuk, gatal-gatal dan akan bertambah teruk. Lepas makan GLA, Alhamdulillah ekzema hilang. Kulitnya pun moist dan tak kering. Makcik-makcik juga kena benda yg sama dan kini pengguna tegar GLA. - Ifaz


✯ Satu lagi kesan GLA untuk wanita menapause. Testimoni ni khas untuk wanita berkahwin. Kawan kepada ibu, juga sudah menapause, mengalami kesan 'bahagian wanita'nya kering.. Sudah bertahun tidak 'bersama' dengan suami sehingga redha jika suaminya mencari yang lain. Selepas ibu memperkenalkan GLA kepada beliau, rumahtangga beliau kembali ceria. Dah tak sakit lagi bila 'bersama'. Kesyukuran yg tak terhingga. ALHAMDULILLAH. - Ida
✯ ni testimonial mak saya. mak saya dlm proses nk menopause selalu sakit kepala,penat dan sampai migrain la.dia dl suka EPO.itu mmg wajib stp bulan.lps ambik GLA, dia lg suka GLA dr EPO. Lain sgt dia ckp. Malah badan bertenaga, perut kempis & awet muda lagi. - Ainul

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986

Monday, June 1, 2015

Set Kecantikan Bajet Vitamin C dan VItamin E

VITAMIN E DAN VITAMIN C SHAKLEE

(GABUNGAN MANTAP HASIL MENAKJUBKAN)
JANGAN KETINGGALAN DAPATKAN KEDUA-DUANYA DENGAN HARGA ISTIMEWA
KEBAIKAN VITAMIN C
-Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
-Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
-Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
-Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang
berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
-Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
-Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.
KEBAIKAN VITAMIN-E Shaklee ialah
1 - Mengekalkan kelembapan kulit
==>pengambilan supplement mengandungi vitamin E mencegah dehidrasi kulit. jika anda lihat seorang wanita yang berusia tetapi kelihatan muda dengan wajah yang sihat berseri, itu bererti dia mengambil vitamin E secukupnya, hmm...
2 - Membantu di dalam menyerap vitamin A
==>vitamin A seperti yang terdapat di dalam karot penting untuk penglihatan dan kulit yang sihat. walau dalam kuantiti yang sedikit, vitamin A ini perlu diserap oleh tubuh bagi kegunaan di atas. pengambilan vitamin E dapat menolong menyerapnya.
3 - Melawan dan mencegah jerawat
==>menyapu vitamin E sangat membantu mencegah jerawat atau jeragat dari timbul di permukaan kulit.
4 - Mencegah penuaan kulit
==>Vitamin E ialah sejenis antioksidan. vitamin E melawan radikal bebas dan membuang toksin dalam tubuh. jadi vitamin E penting sebagai agent 'anti-penuaan' kerana bahan-bahan mekap yang mengandungi vitamin E dirumus khas untuk mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di muka. pengambilan supplement dalam 400 milligram (400 IU) vitamin E setiap hari pula akan memperbaiki tekstur kulit anda, dan elakkan daripada dimusnahkan oleh pancaran matahari.
5 - Elok untuk kulit yang terbakar (sunburn)
==>Vitamin E ni sejuk dan sangat berkesan menghalang rasa terbakar. sapukan pada kulit sebelum terkena pancaran matahari bagi melihat kesannya secara positif.
6 - Mengurangkan parut
==>bagi perempuan yang mengandung, anda pasti mempunyai 'stretch mark' di perut. sapukan vitamin E di bahagian tersebut akan menghilangkan kesan parut. ini kerana parut terbentuk oleh collagen dan vitamin E dapat mengurangkan kekuatan ikatan molekul dalam collagen itu.
7 - Mencegah barah kulit
==> Vita- E merupakan satu antioksida dan juga kerana ia dapat melindungi kulit daripada panahan pancaran matahari, gabungan kedua-dua ini sangat bagus dalam melindungi tubuh daripada kanser kulit ataupun masalah kulit yang teruk.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986