Thursday, October 22, 2015

Placenta Previa atau Uri Di Bawah Bagi Ibu Hamil

Jom kita berkongsi serba sedikit info mengenai Placenta Previa ataupun uri dibawah ini.

APAKAH FUNGSI URI (PLACENTA)?
  • Pembentukan uri mula terjadi selepas proses penempelan (implantasi) berlaku.Uri adalah sambungan antara bayi dan ibu untuk pemakanan,pernafasan,perkumuhan janin dan sebagainya melalui tali pusat.Dari awal kandungan,janin mendapat makanan melalui kuning gtelur (yolk sac).Sel-sel uri akan aktif membesar dan mengambil alih peranannya dari kuning telur pada minggu ke-5 janin terbentuk untuk menyuburkan bayi anda.Berta uri yang matang lebih kurang 400-500g.
Fungsi-fungsi utama uri ialah :-

1. Pemakanan
  • Uri membantu mengangkut nutrien dari darah ibu kepada janin melalui tali pusat.
2. Pernafasan
  • Uri membantu untuk mendapatkan oksigen daripada darahibu kepada janin dan karbon dioksida (CO2) daripada darah janin ke dalam aliran darah ibu
3. Perkumuhan
  • Bahan buangan seperti bahan bernitrogen yang dihasilakn di dalam bayi akan diangkut dari uri ke dlaam aliran darah ibu.
4. Penyimpanan
  • Uri menyimpan sesetengah lemak,glikogen dan besi.
5. Rembesan hormon
  • Uri merembeskan hormon seperti estrogen,progesteron,gonadotropin (hCG) yang penting untuk kehamilan.
6. Perlindungan
  • Uri melindungi bayi anda daripada sesetengah jangkitan.Bahan toksik akan ditapis terlebih dahulu sebelum sampai pada bayi.Akan tetapi,sesetengah bahan yang merbahaya tidak boleh ditapis melalui uri.Oleh itu,ibu hamil diminta untuk mengelakkan bahan yang boelh menyebabkan bahaya seperti kafein,alkohol,bahan-bahan ubatan dan herba.
7. Pertukaran antibodi ibu
  • Bayi memperolehi antibodi imunisasi pasif terhadap cacar tetapi tidak terhadap cacar air dan batuk daripada ibu melalui uri.Yang penting adalah Rh tidak serasi.Bial bayi Rh positif dan ibu Rh negatif,sel darah merah bayi yang masuk ke aliran darah ibu akan menimbulkan antibodi bertentangan dan menyebabkan penyakit hemolitik janin.
APAKAH ITU PLACENTA PREVIA?

  • Masalah uri dibawah juga dikenali sebagai Placenta Previa  dimana uri berada berhampiran atau meliputi servik.Uri tersebt boleh menutupi sebahagian atau keseluruhan bukaan rahim atau os iaitu diman tempat keluar bayi dihalang.
  • Pada peringkat awal kehamilan,masalah uri dibawah merupakan keadaan yang normal.Biasanya uri akan berubah kedudukannya apabila rahim anda semakin membesar.Jika uri anda tidak "dipindah keatas" dan masih berada berhampiran atau meliputi bukaan rahim pada minggu ke 28 ke atas keadaa ini boleh dikatakan placenta previa.
Kedudukan uri dibawah terbahagi kepada 3 iaitu :-



MARGINAL
  • Uri terletak di segmen bawah rahim dan dipinggir bukaan rahim
PARTIAL
  • Uri menutupi sebahagian bukaan rahim
COMPLETE
  • Uri menutup keseluruhan bukaan rahim.
APAKAH MASALAH YANG BOLEH DISEBABKAN OLEH URI DIBAWAH?

1. Pendarahan tanpa rasa sakit
  • Uri dibawah juga boleh menyebabkan pendarahan yang teruk semasa mengandung ataupun semasa bersalin.Pendarahan ini berlaku tiba-tiba dan tidak menyakitkan semasa trimester kedua atau ketiga.Pendarahan boleh bermula sedikit atau sederhana dan boleh menjadi teruk.Pendarahan boleh berlaku seawal minggu ke 20 kehamilan tetapi ia paling biasa berlaku semasa trimester ketiga.
2. Kedudukan bayi tidak normal
  • Kedudukan bayi mungkin melintang,songsang atau oblique.Pada tempoh kematangan kehamilan,kedudukan kepala bayi perlu berada di atas rongga pelvis.
3. Tanda-tanda kelahiran pramatang
  • 1 dalam 5 wanita yang mempunyai maslah placenta previa juga mempunyai tanda-tanda kelahiran pramatang seperti pengecutan rahim.Ini boleh meningkatkan risiko melahirkan bayi tidak cukup bulan.
4. Tiada sebarang gejala
  • Sesetengah wanita tidak mempunyai sebarang gejala.Uri dibawah hanya boleh dikesan melalui ultrasound scan.
ANTARA KOMPLIKASI YANG AKAN DIHADAPI OLEH IBU DAN BAYI.

Komplikasi pada bayi ialah:-
  • Pendarahan yang banyak pada ibu ini boleh mengakibatkan morbiditi dan kematian pada bayi
  • Meningkatkan risiko lahir tidak cukup bulan
  • Kemungkinan pertumbuhan bayi aak terencat akibat uri menjadi lekang ( poor placental perfusion)
Komplikasi pada ibu ialah :-
  • Pendarahan yang serius yang boleh mengancam nyawa.
  • Pembedahan Caesarean
  • Meningkatkan risiko pendarhan selepas bersalin ( postpartum haemorrhage)
  • Meningkatkan risiko uri melekat pada rahim,Ia dikenali sebagai placenta accreta.
Dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim.
Jika ini berlaku rahim terpaksa dibuang demi menyelamatkan ibu.
Bagaimanapun,risiko placenta accreta di kalangan  ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar lima peratus sahaja.
Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai sejarah pembedahan  di rahim umpamanya pembedahan Caesarean,risiko palcenta accreta bertambah 25 peratus.
Risiko ini boleh meningkat sehingga 45 peratus bergantung pada jumlah pembedahan yang telah mereka lalui.

WANITA YANG BERISIKO TINGGI
  • Mereka yang mempunyai sejarah PP pada kandungan sebelumnya
  • Wanita yang berusia 40 tahun ke atas
  • Pernah menjalani pembedahan pada rahim-pembedahan Caesarean atau pembuangan fibroid pada rahim
  • Wanita yang melahirkan ramai anak (multigravida)
Dalam menangani Plancenta Previa ,doktor akan mengesyorkan ibu supaya melahirkan kandungan dengan kaedah yang selamat iaitu pembedahan Caesarean..

Bagaimanapun apabila pembedahan itu harus dilakukan ia bergantung kepada penilaian dan faktor-faktor berikut: 
  • Tahap keseriusan pendarahan
  • Usia bayi dalam kandungan
  • Sokongan perkhidmatan pediatrik
Kebiasaanya jika seseorang ibu yang mengalami Placenta Previa tetapi tiada pendarahan berlaku,pembedahan Caesarean secara elektif akan dilakukan pada minggu ke 37 hingga 38 usia kandungan.

Jika pendarahan berlaku sebelum usia kandungan tersebut,keputusan pembedahan akan dibuat oelh pakar setelah mempertimbangkan faktor-faktor diatas.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Aniesz Ceasar 0193878986_

No comments:

Post a Comment