ResV adalah produk terbaharu Shaklee
Sebenarnya ResV ni memang sama macam Vivix tetapi tidak serupa. Dalam entri kali ini, Atul akan kongsikan apa itu ResV Shaklee, Ramuan yang terdapat dalam ResV Shaklee, Keistimewaan, manfaat dan kelebihan yang boleh anda peroleh daripada ResV Shaklee ini.
ResV Shaklee
ResV adalah penemuan revolusi terbaharu daripada Shaklee. ResV Shaklee dihasilkan secara saintifik yang direka untuk mengekalkan keremajaan dan untuk hidup yang lebih bersemangat . Melalui pembangunan bertahun-tahun bersama saintis-saintis terkemuka dan penyelidikan canggih secara global, Shaklee telah berjaya menghasilkan ResV.
Dalam ResV Ada Polifenol?
ResV juga seperti Vivix. ResV mengandungi campuran proprietari, ekstrak polifenol botani semulajadi yang dipilih secara teliti untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan optimum. Di Shaklee semestinya:
✿ Semula Jadi
✿ Tanpa Warna Tiruan
✿ Tanpa pemanis Tiruan
✿ Tanpa Pewarna Tiruan
✿ Tanpa Pengawet
✿ Tanpa Gluten Tambahan
Apa itu Polifenol
Polifenol adalah bahan semula jadi yang didapati dalam anggur tertentu, buah beri, herba dan sayur-sayuran. Ia dihasilkan sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan tumbuhan yang bertindak balas kepada persekitaran yang bahaya. Polifenol melindungi tumbuh-tumbuhan daripada makhluk perosak, serangan kuman, kecederaan, jangkitan, radiasi ultraviolet dan keadaan iklim yang bahaya dan tidak menentu. Polifenol juga memberikan warna yang cantik dan terang kepada buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran. Sebab itu, tumbuhan yang kaya dengan polifenol mampu hidup dalam cuaca yang melampau dan mampu berdaya saing.
Polifenol adalah nutrien semulajadi untuk mengekalkan keremajaan dan menjadikan hidup penuh bersemangat.
Apa itu Resveratrol
Resveratrol adalah salah satu Polifenol yang paling berkuasa. Resveratrol telah mendapat reputasi sebagai ramuan penting untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan yang baik
Ramuan ResV Shaklee
ResV Shaklee mengandungi campuran propietari Polifenol tumbuhan seperti Anggur Muscadine, Japanese Knotweed dan Lobak Ungu. Melalui penemuan formula revolusi baharu, ramuan ResV ditambah dengan lima bahan lagi, menjadikan lapan bahan utama terdapat dalam ResV Shaklee. Campuran 8 bahan ini merupakan campuran proprietary spectrum polifenol yang luas.
Ramuan ResV Shaklee: Anggur Muscadine (Vitis Rotundifolia)
Anggur Muscadine adalah buah anggur yang luar biasa. Ciri-ciri unik ini membolehkan Anggur Muscadine mempunyai sifat antioksidan yang sangat berkuasa iaitu 6 hingga 8 kali lebih daripada beri biru dan jumlah asid Elagik dan Elagithanin, iaitu sejenis polifenol yang sangat tinggi. Kedua-dua polifenol yang terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan
Ramuan ResV Shaklee: Japanese Knotweed
Japanese Knotweed atau dikenali sebagai Polygium Cuspidatum adalah perenial yang besar berasal dari Asia. Ia juga ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Japanese Knotweed ini kaya dengan Resveratrol. Resveratrol adalah salah satu polifenol yang paling banyak dikaji dan telah mendapat reputasi untuk kesihatan yang lebih baik.
Ramuan ResV Shaklee: Lobak Ungu
Lobak ungu salah satu sumber semulajadi yang kaya antioksidan. Walaupun semua jenis lobak adalah sihat dan bernutrisi, lobak ungu mengandungi antioksidan berkuasa iaitu Antosianin dan Lutein yang mempunyai manfaat kesihatan luar biasa
Ramuan ResV Shaklee: Chebulic Myrobalan (Buah Kaduka)
Chebulic Myrobalan adalah herba teraputik Ayurveda. Chebulic Myrobalan mengandungi polifenol penting seperti Asid Galik dan Asid Elagik.
Ramuan ResV Shaklee: Anggur Hitam (Blackcurrant)
Anggur hitam sangat kaya dengan vitamin, sehingga dikenali sebagai “superstar vitamin”. Sumber vitamin C yang sangat baik hampir empat kali ganda lebih banyak daripada buah oren. Anggur hitam juga mengandungi Polifenol Antosianin dan Sianidin.
Ramuan ResV Shaklee: Buah delima (Pomegranate)
Buah delima adalah salah satu buah yang paling sihat di dunia. Buah delima penuh dengan nutrien penting dan secara amnya dikaitkan dengan kandungan polifenol yang tinggi seperti Elagitanin, Asid Elagik, dan Flavonoid lain (Quercetin, kaempferol dan luteolin glycosides).
Ramuan ResV Shaklee: Hampas Anggur dan Anggur Merah
Buah anggur merah kaya dengan antioksidan dan serat. Kulit dan biji anggur yang boleh dimakan, kaya dengan antioksidan, terutamanya Resveratrol. Ia juga mengandungi polifenol seperti Proantosianidin.
Untuk pengetahuan anda, Kaspsul ResV agak pejal berbanding supplement kapsul Shaklee yang lain. Fungsinya supanya kandungan ResV tidak teroksidan dan mengekalkan kandungan Polifenol.
Kapsul ResV mengandungi 2 selaput iaitu
✿ Selaput bahagian luar kapsul diselaputi dengan bovine
✿ Selaput bahagian dalam kapsul pula diselaputi dengan hampas kulit anggur / biji anggur.
Mengikut piawaian KKM, ResV didaftarkan sebagai traditional medicine walaupun ResV ini bukan ubat. Sebab itu, dibahagian kotak ResV terpapar semua ramuan yang terkandung dalam ResV.
Keistimewaan ResV Shaklee
✿ Unik dan Ekslusif
Keistimewaan ResV Shaklee adalah ResV disokong oleh 6 paten. Shaklee menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan segala kebaikan polifenol dalam ResV supaya boleh menikmati kandungan nutrisi dan manfaatnya secara sepenuhnya.
6 paten ini hanya eksklusif di Shaklee sahaja.
✿ Pertanian Secara Berterusan
Shaklee komited kepada piawaian yang tertinggi dalam pertanian mesra alam dan berterusan supaya anda boleh menikmati nutrient yang bermanfaat dengan kepakatan tertinggi sepanjang tahun.
✿ Tidak Perlu Disimpan Dalam Peti Sejuk
Kapsul lembut ResV tidak perlu disimpan dalam peti sejuk dan mempunyai jangka hayat selama 24 bulan (Kekal segar sehingga 24 bulan). Ia sangat memudahkan anda boleh mengambilnya dimana-mana dan bila-bila sahaja.
Dos Harian ResV Shaklee
Dos harian bagi ResV Shaklee adalah 2 biji sehari selepas makan.
Bagi menikmati kehidupan yang penuh bertenaga dan kecergasan yang optimum, serta menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih bersemangat, anda digalakan untuk mengambil ResV dan Vivix juga.
Manfaat Polifenol dalam ResV
✿ Kulit yang kelihatan lebih muda
✿ Mengekalkan paras gula darah sihat
✿ Menggalakkan detoksifikasi badan dan pembersihan yang efektif
✿ Menggalakkan kesihatan peredaran
✿ Menggalakkan kekal tajam dan focus
✿ Memelihara dan menyokong keselesaan sendi
✿ Boleh melindungi daripada pertumbuhan sel abnormal
✿ Ia berbentuk liquid gel, jadi mudah nak travel ke mana-mana.
✿ Tidak perlu simpan dalam peti ais. Mampu bertahan sehingga 24 bulan.
✿ Mengandungi tambahan 5 lagi ramuan berbanding produk Vivix
✿ Mempunyai kuasa 30x ganda lebih polifenol.
✿ Mengandungi tambahan 5 lagi ramuan berbanding produk Vivix
✿ Mempunyai kuasa 30x ganda lebih polifenol.
✿ Disokong 6 paten
Kesimpulan
Kesimpulan
Walaupun ResV sama macam Vivix tetapi tidak serupa sebenarnya, kerana ResV 30x Lebih Hebat Berbanding Vivix kerana
✿Sejajar dengan penemuan formula dan revolusi baharu, para saintis menambahkan beberapa ramuan baru di dalam Res-V menjadikan resV 30x ganda lebih sebatian polifenol.
✿ Spektrum polifenol untuk Res-V telah berubah dan jumlah polifenol bagi setiap hidangan juga telah dipertingkatkan. Dalam kajian makmal, formula Res-V yang baru ini terbukti 30% lebih berkuasa untuk menghalang pembentukan protein AGE berbanding dengan formula sebelumnya.
✿ Disokong oleh enam paten, ResV mengandungi proprietary, semua campuran semulajadi dari spektrum polifenol yang luas berdasarkan anggur muscadine yang memaparkan kepekatan asid elagik dan Elagithanin yang lebih baik berbanding anggur lain, apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang lebih hebat.
Penggunaan polifenol boleh melindungi telomere daripada memendek, membantu anda untuk hidup lebih muda lebih lama.
Penggunaan polifenol boleh melindungi telomere daripada memendek, membantu anda untuk hidup lebih muda lebih lama.
Apa itu telomere?
❤ Telomere adalah penutup pelindung yang melindungi hujung kromosom dalam sel. Apabila umur meningkat, telomere pula semakin memendek, dan telomere yang lebih panjang dikaitkan dengan kesihatan yang baik.
❤ Penggunaan Shaklee mempunyai kadar 40% lebih rendah dalam pemendekkan telemore yang berkaitan faktor usia.
❤ Bukti Klinikal anda boleh hidup lebih muda dan lebih sihat di sini 👉 Bukti Kajian
Walaupunbegitu, pengambilan gabungan duo supplement Vivix dan ResV adalah lebih baik dan digalakkan kerana kedua-duanya menawarkan pelbagai manfaat kesihatan untuk anda.