Tuesday, January 23, 2018

Bacaan Kadar Kolesterol Normal Untuk Hidup Sihat

Kolesterol tinggi mempunyai beberapa sebab, termasuk pilihan pemakanan. Kolesterol adalah bahan berasaskan minyak dan tidak bercampur dengan darah, ia berasaskan air. Ia dibawa ke seluruh badan oleh lipoprotein. Banyak makanan yang tidak sihat boleh menyebabkan kolesterol anda meningkat secara mendadak. Anda seharusnya menjaga pemakanan anda bagimendapatkan kadar kolesterol normal. Seperti yang telah sedemikian maklum, kolesterol mempunyai dua jenis iaitu baik dan buruk.
Pada paras  normal, ia adalah bahan penting untuk badan. Walau bagaimanapun, jika kepekatan dalam darah menjadi terlalu tinggi, ia akan menjadi bahaya secara senyap yang akan menyebabkan sesetengah individu berisiko mendapat serangan jantung. Kolesterol boleh didapati di setiap sel badan dan mempunyai fungsi semulajadi yang penting untuk mencerna makanan, menghasilkan hormon, dan menghasilkan vitamin D. Ia dihasilkan oleh badan tetapi juga ia terdapat dari makanan.

FAKTA RINGKAS TENTANG  KOLESTEROL  
  • Kolesterol adalah bahan penting yang dihasilkan oleh badan
  • Mempunyai kolesterol tinggi biasanya tidak menghasilkan sebarang gejala atau tanda.
  • Sekiranya perubahan gaya hidup tidak berjaya atau tahap kolesterol adalah sangat tinggi, ubat menurunkan lipid seperti statin boleh ditetapkan.
  • Faktor risiko terbesar untuk kolesterol tinggi adalah pilihan gaya hidup yang boleh diubahsuai

JENIS-JENIS KOLESTEROL YANG BERADA DALAM DARAH

KOLESTEROL LDL (LOW-DENSITY LIPOPROTEIN)

LDL merujuk kepada kolesterol jahat, boleh melekat di dinding salur darah dan menyebabkan salur darah tersumbat yang menyebabkan sakit jantung. Lebih tinggi kadar kolesterol LDL dalam darah, lebih tinggi risiko serangan jantung dan stroke.

KOLESTEROL HDL (HIGH-DENSITY LIPOPROTEIN)

HDL pula merujuk kepada kolesterol baik yang diperlukan untuk membina hormon dan pelbagai fungsi lain di dalam tubuh. Ianya menentukan kadar kolesterol normal anda.
Ujian darah untuk memeriksa kadar kolesterol biasanya merangkumi bacaan untuk:-
  • Keseluruhan kolesterol
  • kolesterol HDL iaitu untuk kolesterol yang baik
  • kolesterol LDL iaitu untuk kolesterol yang jahat
  • Triglycerides iaitu sejenis lemak yang meningkat disebabkan oleh manisan dan alkohol
Untuk bacaan yang lebih tepat, anda digalakkan untuk berpuasa selama 9-12 jam sebelum ujian darah di ambil. Ia baik untuk badan anda kerana ia dapat meneutralkan kadar kolesterol normal dan badan anda serta berada dalam keadaaan yang baik.

KADAR KOLESTEROL NORMAL DALAM DARAH
Kolesterol yang tinggi adalah sesuatu yang tidak bagus untuk badan anda apatah lagi kesihatan anda. Anda seharusnya peka dengan kadar kolesterol normal anda. Ia sedikit sebanyak merupakan langkah awal dan anda dapatmencegah peyakit kronik. Perhatian yang lebih harus diberikan kepada bacaan kolesterol LDL memandangkan ia mungkin menyebabkan risiko serangan jantung atau sakit stroke. Berikut adalah indikator bacaan kadar kolesterol dalam darah.
Jumlah kolesterol yang perlu anda ketahui:-
  • Bagi kadar kolesterol yang normal, ia akan berada pada bawah 200mg/dL ianya dimana berada pada tahap yang bagus. Ia merupakan tahap yang perlu diberikan perhatian yang rendah kerana anda berada pada tahap yang tidak perlu dibimbangkan.
  • Bagi mereka yang berada pada tahap antara 200mg/dL hingga 239mg/dL, mereka akan berada pada tahap sempadan atau berada ditengah-tengah. Ia masih pada tahap sihat akan tetapi anda perlu berwaspada dengan tahap ini kerana ia boleh meningkat secara senyap tanpa anda mengetahuinya.
  • Kadar kolesterol tinggi jika ia berada pada atas 240mg/dL. Ia merupakan tahap yang terlalu tinggi dan anda wajar untuk mencari cara untuk menguranginya samada berjumpa dengan pakar diet ataupun seorang doktor bagi mengatasi masalah anda ini.

KOLESTEROL LDL

  1. Bagi mereka berada pada tahap 70mg/dL ataupun berada pada bawah 100mg/dL, mereka berpeluang untuk mendapat risiko sakit jantung.Pada tahap ini anda disarankan untuk mendapatkan rawatan secepat yang mungkin bagi mengatasi masalah ini. Ia agak mustahil untuk mendapatkan kadar kolesterol yang normal jika anda tidak mencegah masalah ini.
  1. Bagi 100 hingga 129mg/dL mereka akan berada pada tahap hampir ideal. Manakala 130 hingga 159mg/dL mereka ini berada pada sempadan. Ia berada pada kadar kolesterol normal jika anda terusmenjaga dan menstabilkan kolesterol anda.
  1. Kadar kolesterol tinggi jika berada pada tahap 160 hingga 189mg/dL.Hali ini kerana ia merupakan paras yang tinggi dan lebih teruk lagi apabila anda berada pada tahap 190mg/dL dan keatas. Ia merupakan tahap yang sangat tinggi.

KOLESTEROL HDL

  1. Bagi lelaki terutamanya, mereka yang berada pada bawah 40mg/dL merupakan kedudukan atau tahap yang tidak bagus. Ia dapat memberikan impak yang negatif kepada diri anda dan kesihatan anda terutamanya. Manakala bagi wanita yang berada pada tahap 50mg/dL kebawah, mereka juga turut berada dalam keadaan yang tidak bagus untuk kesihatan. Ia tidak akan mendapat kadar kolesterol yang normal jika anda tidak mencegahnya.
  1. Bagi mendapatkan kadar kolesterol normal dan baik, bagi lelaki anda perlu berada pada tahap 40 hingga 49mg/dL kerana ia merupakan berada pada tahap yang stabil dan bagus. Manakala bagi wanita pula, anda perlu berada pada tahap 50 hingga 59mg/dL.
  1. Bagi anda yang berada pada tahap 60mg/dL, ia merupakan tahap yang terbaik. Ia amat bagus untuk kesihatan diri anda samada pada masa sekarang atau pada masa akan datang. Ia lebih daripada kadar kolesterol normal jika anda berada pada tahap ini.

TRIGLYCERIDES

Bagi sejenis lemak yang meningkat disebabkan oleh manisan dan alkohol ini, mereka yang berada pada bawah 150mg/dL merupakan tahap yang bagus.Ini merupakan kadar kolesterol normal bagi sesiapa yang menghidapinya. Bagi tahap 150 hingga 199mg/dL pula, mereka berada pada tahap sempadan atau ditengah-tengah. Apa yang perlu anda risaukan dan elakkan ialah berada pada tahap 200 hingga 499mg/dL. Ia merupakan paras kolesterol yang tinggi dan lebih parah lagi apabila ia berada pada 500 dan keatas. Ini merupakan tahap yang sangat tinggi dan perlu anda elakkan. Hal ini bagi memastikan kesihatan anda terjamin.

SIMPTOM BAGI PARAS MELEBIHI KADAR KOLESTEROL NORMAL

Tahap kolesterol yang sihat tidak banyak berubah bagi orang dewasa. Perubahan tahap yang dicadangkan cenderung berubah disebabkan oleh keadaan dan pertimbangan kesihatan yang lain seperti penyakit-penyakit yang kronik.

TAHAP KOLESTEROL UNTUK ORANG DEWASA

  • Kadar kolesterol secara keseluruhannya adalah kurang daripada 200 miligram per desiliter atau mg/dL dianggap wajar untuk orang dewasa. Bacaan antara 200 dan 239 mg / dL dianggap tinggi tetapi berada di sempadan dan bacaan 240 mg / dL dan ke atas adalah dianggap sangat tinggi dan bahaya.
  • kolesterol LDL harus kurang daripada 100 mg/dL. Tahap 100 hingga 129mg/dL boleh diterima untuk orang yang tidak mempunyai masalah kesihatan tetapi mungkin lebih perlu dirisaukan kepada mereka yang mempunyai penyakit jantung atau faktor risiko penyakit jantung. Bacaan 130 hingga 159mg/dL adalah berada disempadan dan 160 hingga 189mg/dL adalah tinggi. Bacaan 190 mg / dL atau lebih tinggi dianggap sangat tinggi.
  • Tahap HDL perlu diutamakan. Bacaan kurang daripada 40mg/dL dianggap sebagai faktor risiko utama bagi penyakit jantung. Bacaan dari 41mg/dL hingga 59mg/dL dianggap rendah sempadan. Bacaan optimum untuk tahap HDL ialah 60mg/dL atau ianya lebih tinggi.

TAHAP KOLESTEROL BAGI KANAK-KANAK

Sebagai perbandingan, kadar kolesterol dan kolesterol LDL yang boleh diterima pada kanak-kanak adalah berbeza.
  • Julat kolesterol yang boleh diterima untuk kanak-kanak adalah kurang daripada 170mg/dL. Sempadan jumlah kolesterol yang tinggi untuk kanak-kanak antara 170 hingga 199mg/dL. Sebarang bacaan kolesterol melebihi 200 dalam kanak-kanak, ia yang mempunyai paras yang terlalu tinggi.
  • Tahap kolesterol LDL kanak-kanak juga harus lebih rendah daripada orang dewasa. Julat optimum kolesterol LDL untuk kanak-kanak kurang daripada 110mg/dL. Sempadan yang tinggi adalah dari 110 hingga 129mg/dL manakala tinggi melebihi 130mg/dL.
Anda seharusnya peka dengan tahap kesihatan lebih-lebih lagi dengan tahap kolesterol anda. Hal ini kerana, kolesterol yang tinggi dapat mengundang penyakit-penyakit yang kronik seperti sakit jantung, kencing manis dan sebagainya. Anda perlu bertindak dengan segera bagi memastikan tahap kesihatan anda berada dalam keadaan yang baik.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986

No comments:

Post a Comment