Assalamualaikum dan salam sejahtera. Vitamin E Shaklee sangat istimewa dan menjadi kegemaran ramai. Bukan sahaja kerana Vitamin E Shaklee adalah vitamin semulajadi, tapi khasiat Vitamin E Shaklee yang istimewa dengan tambahan Selenium dan Ekstrak Grape Seed sekali menjadikannya jauh lebih baik daripada kebanyakan vitamin E di pasaran..
Sumber Vitamin E
Bagaimana anda melengkapkan vitamin E harian anda? Jika anda dapat melengkapkan nutrisi vitamin E anda melalui makanan, itu pastinya lebih baik. Tapi adakah mencukupi dengan jumlah yang anda perlukan? Selalunya Vitamin E boleh diperolehi daripada sumber makanan kita seperti berikut:
Walau bagaimanapun pemakanan harian tidak dapat melengkapkan Vitamin E dengan mencukupi. Oleh itu sebagai alternatif untuk melengkapkan Vitamin E harian, Shaklee telah mengeluarkan Vitamin E istimewa dengan tambahan selenium dan biji anggur yang dikenali sebagai Vita-E Complex.
Apa kandungan Vita-E Complex Shaklee?
Vita-E Complex Shaklee telah diperbaharui dengan formulasi yang baru. Apa yang terkandung dalam Vita-E Complex?
- Minyak kacang soya
- Minyak biji gandum (yang kaya dengan Vitamin E)
- 8 jenis Vitamin E (d-alpha, beta, gamma, delta)
- Mengandungi 10 mg SELENIUM semulajadi untuk membantu penyerapan Vitamin E dengan lebih baik.
- Mengandungi GRAPE SEED EXTRACT yang kaya dengan antioksidan.
Perbandingan Vitamin E
Perbandingan jumlah Vitamin E bagi 1 softgel berbanding makanan sebenar
Khasiat dan Kebaikan Vita-E Complex
Pastikan anda mendapat vitamin E Shaklee dengan 25 manfaat berikut:
1. Melambatkan penuaan: Antioksidan yang tinggi dalam Vitamin E mampu melambatkan proses penuaan pada mereka yang mengamalkannya
2. Membantu mengurangkan kesan regangan atau stretchmark akibat kehamilan dan kegemukan lalu.
3. Pencegahan penyakit katarak
4. Mencegah penyakit jantung
5. Melindungi struktur membran daripada rosak
6. Mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah
7. Membantu melancarkan peredaran darah
8. Membantu memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
9. Mengurangkan parut(boleh disapu pada tempat parut)
10. Mengendurkan otot kaki dari kekejangan
11. Meningkatkan pengeluaran air mani
12. Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
13. Menguatkan dinding kapilari
14. Mengurangkan tekanan darah
15. Membantu mengekalkan kecergasan dan meningkatkan prestasi atlit
16. Kulit dan rambut menjadi sihat
17. Mencegah anemia
18. Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok
19. Memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer atau nyanyuk
20. Membantu menghilangkan parut, jerawat, jeragat dan tompok hitam
21. Membantu kesuburan(termasuk dalam set kesuburan Shaklee) dan mengelakkan keguguran
22. Merapatkan hubungan suami isteri@Vitamin Cinta
23. Membantu mencegah "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
24. Sangat membantu dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.
25. Mengandungi grape seed atau biji anggur yang juga penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.
Banyak sungguh khasiat dan kebaikan Vita-E Complex. Bukan itu sahaja, menurut satu kajian tentang vitamin E, pengambilan Vitamin E sebenarnya dapat membantu mencegah sehingga 80 jenis penyakit.
Siapa perlu Vitamin E?
Saya dah amalkan Vitamin E sejak sekian lama. Alhamdulillah, walaupun menyusu, tapi tak menjejaskan penyusuan saya. Cumanya memandangkan saya makan Alfalfa Complex juga untuk membantu proses penyusuan bayi saya, saya perlu makan pada waktu berasingan kerana VITAMIN E TIDAK BOLEH DIAMBIL BERSAMA ALFALFA. Ini kerana ia boleh mengganggu fungsi Alfalfa Complex Shaklee.
Oh, ya. Vitamin E ni sesuai untuk siapa yer?
- Untuk suami isteri (boleh jadi hantaran atau hadiah perkahwinan yang istimewa)
- Untuk suami: Lebih tenaga (termasuk untuk seksual), ereksi lebih lama, lebih mudah terangsang, libido yang kuat, orgasma yang lebih kerap dan bersemangat, meningkatkan pengeluaran air mani dan jumlah sperma lelaki. Sebab itu ia dicadangkan untuk kesuburan lelaki.
- Untuk isteri: Lebih tenaga (termasuk untuk seksual), lebih mudah terangsang, libido lebih kuat, menstabilkan hormon 'cinta' dan kewanitaan, terutama bg ibu menyusu yang mempunyai hormon prolaktin lebih tinggi (Hormon prolaktin tinggi boleh menyebabkan keinginan seksual agak kurang)
- Untuk Pesakit Alzheimer, mereka juga dicadangkan mengambil vitamin E untuk memperlahankan simptom yang dialami pesakit.
- Untuk mereka yang mempunyai parut jerawat atau parut kecederaan dan mereka yang ingin mencantikkan kulit
- Untuk ibu yang mengalami stretchmark selepas bersalin atau turun berat badan.
- Sesuai sebagai langkah pencegahan bagi mereka yang berisiko tinggi mengidap kanser.
- Sesuai bagi ibu yang sering mengalami keguguran untuk persediaan sebelum hamil seterusnya.
- Untuk para atlet yang ingin mantain tenaga mereka sewaktu bersukan.
Kenapa pilih Vitamin E Shaklee?
Vitamin E Shaklee adalah vitamin E yang semulajadi. Ini bermakna, kandungannya juga semulajadi dan bebas bahan kimia. Kenapa penting bagi anda mendapatkan Vitamin E semulajadi? Vitamin E semulajadi adalah lebih mudah diserap berbanding Vitamin E sintetik. Kesukaran penyerapan vitamin E boleh menyebabkan toksin terkumpul dan boleh mewujudkan sel abnormal dalam tubuh kita. Terlalu banyak mengambil vitamin E juga tidak elok untuk tubuh kita.
Vitamin E sintetik adalah vitamin E buatan yang dihasilkan dengan campuran bahan kimia. Bagaimana nak pastikan vitamin E yang anda beli adalah yang semulajadi? Anda boleh semak pada bahagian kandungan vitamin seperti di bawah. Jika vitamin E yang anda beli adalah semulajadi, kod 'd' akan digunakan, jika ianya vitamin sintetik atau buatan, ia akan menggunakan kod 'dl' pada bahan yang digunakan.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986