Monday, October 26, 2015

5 kebaikan Guar Gum yang terdapat dalam ESP Shaklee

Guar gum ni sejenis fiber dari biji pokok Guar. Dia macam pokok kacang.

Kegunaan biasa dia sebagai natural food tickener (pemekat) macam tepung jagung tu? Kan nak pekatkan kuah mee hailam kita guna cornstarch kan? 
Itu kerja asas dia. OK fine lah.
TAPI sebenarnya ada banyak kelebihan
Banyak rupanya manfaat dia boleh bagi kat badan kita ni. Saya pun baru tau. Patutlah orang kencing manis pun elok makan, padanlah nak kurus elok, padanlah itu padanlah ini.
1. Double agent pada tahi di usus kita.
- Semasa cirit birit. Dia serap lebihan air dalam tahi, jadi kuranglah cirit.
- Semasa sembelit. Dia lembutkan tahi so senang, mudah dan lancar nak keluar.
2. Turunkan kadar kolestrol.
3. Turunkan blood pressure pada orang yang ada darah tinggi. - dalam testimoni saya ada cikgu umur 52 tahun yang ada masalah darah tinggi minum ni, blood pressure kembali normal. (oooo padanlahhhh, see now you know)
4. Weight loss - ehemm.. dia buat usus jadi kembang, jadi buat kita rasa kenyang, jadi buat kita kurang makan. Nampak tak? nampak tak permainan dia kat situ?
5. Turunkan kadar gula pesakit kencing manis. - sebab tu sangat sesuai untuk orang kencing manis.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Aniesz Ceasar 0193878986_

Sunday, October 25, 2015

PILIHAN TOP VITAMIN SHAKLEE UNTUK HILANGKAN GASTRIK

Ramai pula yang cari vitamin Shaklee untuk hilangkan gastrik sekarang ni..Ada yang nak set bajet, ada yang nak set paling mujarab, ada yang sedang belajar, ada yang baru masuk alam pekerjaan dan ada juga yang sudah beranak pinak. Eh, yang sedang hamil pun ada alami gastrik tau! Saya pernah terbaca dari sumber internet, gastrik adalah trend penyakit moden. Mungkin ia disebabkan faktor pemakanan, maklumlah sekarang ni terlalu banyak makanan yang diproses atau mungkin disebabkan faktor cara hidup dan tekanan, maklumlah sekarang ni semuanya terkejar-kejar, tak cukup masa, tak cukup rehat..

Siapa pun orangnya atau apa pun puncanya, jangan risau..Saya sangat senang hati nak berkongsi 3 pilihan top vitamin Shaklee untuk hilangkan gastrik dengan berkesan. Yang pasti semuanya mujarab bukan setakat boleh bantu hilangkan gastrik malah mencegahnya dari berulang. Insha Allah...

vitamin shaklee untuk gastrik


Tahu tak, secara normal sel-sel dalam perut secara semulajadinya menghasilkan asid hidroklorik untuk fungsi pencernaan makanan. Asid ni adalah sangat berasid iaitu pada skala pH 1-2 hinggakan jika terkena pada kulit luaran, kulit itu akan terhakis. Dalam perut juga ada lapisan mukosa yang berfungsi sebagai pertahanan untuk melindungi dinding perut dari kesan berasid tadi tu.


Tapi, bila terlalu banyak asid dirembeskan ditambah pula kekuatan lapisan pertahanan dinding perut menjadi lemah, keradangan berlaku. Itulah yang dipanggil gastrik. Lebih teruk dari gastrik jika ulser perut dan pendarahan pada dinding perut berlaku. Ia boleh menyebabkan masalah najis dan muntah berdarah.


Simptom gastrik

  • Sakit perut
  • Perut rasa senak, kembung, kerap sendawa & kentut terutama selepas makan
  • Hilang selera makan
  • Rasa loya
  • Najis hitam dan muntah berwarna gelap seperti kopi (ulser perut)
Siapa yang berisiko mengalami gastrik
  • Mereka yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh yang lama contohnya aspirin (ubat untuk pesakit jantung yang mencairkan darah)
  • Perokok dan banyak minum alkohol.
  • Jangkitan bakteria Helikobakter Pilori (H Pilori) yang melemahkan lapisan mukosa.
  • Mereka yang suka mengamalkan ubat tradisional terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid untuk meningkatkan keberkesannya.
Selain dari ubat-ubatan klinik anda boleh memilih vitamin Shaklee untuk membantu anda hilangkan masalah gastrik. Vitamin Shaklee yang terbaik yang boleh membantu anda menghilangkan masalah gastrik ialah:


1. ESP 
Penting dalam pemulihan (elakkan susu). ESP membekalkan protin yang diperbuat dari kacang soya yang memang diketahui umum sebagai tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya. Oleh itu, ia sangat berguna untuk meneutralkan semula keasidan dalam perut yang merupakan punca utama gastrik. Ia juga membantu membina semula sel-sel yang baru bagi menggantikan sel-sel yang telah lemah dan rosak.


vitamin shaklee untuk gastrik

2. Peppermint Ginger Plus 
Kombinasi 4 herba yang terdiri dari pudina, halia, jintan (fennel) dan bunga lawang (anise) terbukti secara klinikal dapat membantu mengatasi masalah gastrik, loya, penghadaman dan sendawa. Ia melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit

shaklee gastrik

3. Alfalfa Complex
Sifat semulajadinya yang beralkali membantu meneutralkan keasidan dan mengurangkan keradangan. Baik untuk perubahan patologi dalam usus dan perut dengan memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

vitamin shaklee untuk gastrik

atasi gastrik dengan shaklee

Jangan biarkan masalah gastrik berterusan menghantui hidup anda. BERTINDAKLAH SEGERA. 


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Aniesz Ceasar 0193878986_

Saturday, October 24, 2015

Migrain!!!!!!! Jom atasinya

Bagi yang mempunyai migrain , apakah yang anda lakukan bila diserang migrain.Adakah panadol diambil sebagai jalan penyelesaian.

<TAHUKAH ANDA>

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun .
Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.

Perghhhh punyalah bahaya pengambilan panadol ni untuk satu tempoh masa yang panjangkan.Tengok semakin banyak kite makan panadol semakin ia kurang berkesan pada kita.

Cuba bayangkan pada wanita yang selalu ambil panadol sebagai alternatif untuk meredakan sakit,bila tiba masa bersalin doktor terpaksa beri dos ubat yang paling kuat untuk memberi kesan supaya tidak memberi kesan kesakitan.

Ok untuk pengetahuan semua Shaklee turut menyediakan set untuk mengatasi masalah migrain ni yang terdiri dari pada B-Complex dan Ostematrix Shaklee.

1) Ostematrix - Terdiri dari kalsium,magnesium dan vitamin D.Kalsium yang dapat meringankan stress,memperbaiki jantung berdebar,memperbaiki depresi,mood swing dan sakit kepala.Magnesium daoat membantu sistem saraf,pengecutan otot dan saraf,menstabilkan denyutan tidak sekata yang sering di hadapi oleh penghidap Migraine.

Bagaimana Ostematrix ini dapat membantu :-

Ostematrix terdiri dari Vitamin D,Kalsium dan Magnesium

Vitamin D

  • Menurut the American Headache Society,lebih kurang 40% daripada mereka yang mengalami migrain yang teruk telah menunjukkan kekurangan vitamin D dalam tubuh badan mereka
  • Vitamin D merupakan satu vitamin yang dihasilkan oleh tubuh badan apabila cahaya matahari menembusi kulit kita
  • Dalam kajian mereka,didapati pengambilan supplemen vitamin D telah menunjukkan respon yang positif.Supplemen ini juga tidak menyebabkan kesan-kesan negatif
  • Vitamin ini tidaklah efektif sangat dalam menggurangkan kesakitan migrain tetapi ianya serba sedikit membantu
Magnesium
  • Magnesium adalah sejenis mineral yang mmepunyai  pelbagai fungsi dalam tubuh badan kita
  • Ini termasuklah membantu dalam proses impuls saraf.Pengidap migrain secara tipikal mempunyai level megnesium pada sel yang rendah berbanding dengan mereka yang tidak mengalami migrain
  • Oleh yang demikian,dengan meningkatkan pengambilan magnesium dapat mengurangkan migrain.Pengambilan Magnesium sebanyak 600 miligrams sehari dapat membantu

2) B complex - mengandungi vitamin B2 dan B6 yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat migrain.Juga pengambilan vitamin ini dapat mengurangkan stress,strok dan depressi.

Bagaimana B complex dapat membantu :-

B complex mengandungi vitamin B2 dan B6

Vitamin B2 (Riboflavin)

  • Riboflavin atau viyamin B-2 adalah salah satu vitamin daripada lapan vitamin B-complex
  • Menurut kajian ,riboflavin dapat membantu menukarkan makanan kepada tenaga dan ianya jiga membantu mengekalkan kesihatan sistem saraf
  • Dengan pengambilan 400 miligrams setiap hari,Riboflavin dapat mengurangkan kekerapan dan jangka masa migrain sebanyak 1.5 pengurangan
  • Namun,kajian masih lagi dibuat mengenai bagaimana Riboflavin membantu menghilangkan migrain
Vitamin B-6 ( Pyridoxine)
  • Tubuh badan memerlukan vitamin B-6 pyridoxine untuk membentuk nuritransmitter serotonin dan norepinephrine
  • Ia juga memelihara kesihatan 'myelin sheath' iaitu satu lapisan yang melindungi sistem saraf kita
  • Mereka yang selalu mengalami migrain selalunya memunyai nurotransmitter pada level yang rendah.Kekurangan ini dapat dibaiki dengan pengambilan tambahan B-6.Kerosakan pada 'myelin sheath' dan saraf yang disebabkan oleh kekurangan B-6 boleh menyebabkan sakit kepala
  • Oleh sebab itu mengambil supplemen B-6 dapat membantu mengurangkan sakit kepala

Mari bagi yang mengidap migrain dapatkan SET MIGRAIN Shaklee.Katakan tidak kepada Panadol k


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Aniesz Ceasar 0193878986_

Friday, October 23, 2015

10 Tanda Perubahan Kulit bagi Ibu Hamil

Fasa kehamilan adalah satu fasa dimana kadang-kadang ibu hamil akan mengalami banyak perubahan pada kulit mereka.Tetapi kebiasaannya perubahan pada kulit ini tidak akan menjejaskan kesihatan ibu hamil mahupun bayi didalam kandungan.

1. CHLOASMA ( Perubahan Pigmentasi Pada Muak dan Leher)

  • Chloasma juga dikenali sebagai 'topeng kehamilan'.Ia kelihatan sebagai tompok-tompok gelap pada dahi,pipi dan leher.Pada anita yang berkulit gelap,ia muncul sebagai tompok-tompok cerah.Ia disebabkan oleh peningkatan hormon melanin iaitu hormon yang memberi warna gelap pada kulit.Hormon ini melindungi kulit daripada cahay ultraviolet.
  • Pendedahan kepada cahaya matahari akan membuatkan tompokan tersebut menjadi lebih gelap dan lebih jelas.Oleh itu lindungilah kulit anda dengan krim pelindung matahari dengan SPF15 atau lebih.Pakailah topi apabila anda keluar rumah.Jika anda rasa tompokan tersebut kelihatan hodoh,anda boleh selaraskan tona kulit menggunakan bedak asas yang agak gelap.Berita baiknya ialah tompokan ini akan mula hilanh dalam tempoh tiga bulan selepas anda bersalin.
2. LINEA NIGRA (Garisan Gelap Sepanjang Perut Anda)

  • Linea Nigra ialah garisan menegak berwarna gelap dengan kelebaran sehingga satu sentimeter yang terbentuk pada tengah-tengah perut biasanya merentasi pusat.Ia biasanya muncul sekitar trimester kedua.Ia disebabkan oleh pigmentasi pada kulit di mana otot abdomen anda meregang untuk memudahkan pembesaran bayi anda.
  • Garisan pigmentasi ini akan pudar dalam masa beberapa minggu selepas anda melahirkan namun anda mungkin perlu menggosoknta sedikit untuk menghilangkan kulit kering.Bahagian-bahagian badan lain seperti puting payudara,tahu lalat dan bintik-bintik gelap pada kulit mungkin akan turut mengalami perubahan pigmentasi tetapi ini juga akan hilang.
3. KULIT BERSERI SEMASA HAMIL

  • "SERI" semasa hamil bukan sekadar kata-kata.Ketika hamil,kulit anda menyimpan lebih banyak kelembapan,menjadikannya montok serta menghilangkan garis-garis halus dan kedut yang mungkin anda sebelum ini.Apa yang membuatkan kulit anda cerah bersinar ialah peningkatan tahap darah yang beredar di seluruh badan anda.Ini juga kadang-kala membuatkan anda rasa agak panas.
  • Malangnya kesan sampingan daripada ini ialah anda mungkin nampak sembam akibat penahanan air (water retention) dalam badan.Jika anda mem[unyai tompok-tompok merah dibahagian muka ia juga akan kelihatan lebih jelas.
  • Namun begitu,jangan cuba kurangkan meminum air kerana badan anda memerlukan banyak air.Sebaliknya berehatlan seberapa kerap yang boleh.Sebarang tompok merah yang ada akan berkurangan selepas anda bersalin.Tetapi jika anda mahu menutupnya anda boleh cuba gunakan bedak asas yang lembap.
4. JARINGAN URAT SEMASA HAMIL

  • Jaringan urat (spider veins atau dikenali juga sebagai spider naevi) adalah kapilari-kapilari darah (salur darah halus) yang biasanya kelihatan pada pipi.Ia biasa berlaku pada wanita hamil terutamanya mereka yang sudah biasa mengalaminya.Ia disebabkan oleh peningkatan isipadu daah dalam badan yang memberi lebih tekanan pada kapilari yang sememangnya lebih sensitif semasa anda hamil.
  • Untuk mengurangkan kemungkinan jaringan urat ini berlaku,lindungi muka anda daripada kesejukan atau kepanasan melampau kerana keadaan ini boleh menggalakkan pembentukaa jaringan urat.Urat-urat ini akan hilanh setelah tahp hormon anda menjadi stabil semula selepas bersalin.
5. BINTIK-BINTIK DAN JERAWAT SEMASA HAMIL

  • Kehamilan kadang-kala boleh mencetuskan pertumbuhan jerawat.Tahap hormon yang tinggi boleh menggalakkan penghasilan sebum iaitu minyak yang membuatkan kulit anda anjal.Namun terlalu banyak sebum dihasilakn boleh menyebabkan liang-liang muka tersumbat dan mengakibatkan kulit jadi berminyak dan bintik-bintik terbentuk.
  • Cucilah muka dengan kerap menggunakan pencuci muka yang lembut dan gunakan pelembap muka tanpa minyak.Jangan gosok tempat yang berjerawat kerana ini akan membuatkan masalah ini lebih teruk.
  • Elakkan juga dari menggunakan krim jerawat kecuali atas nasihat doktor.Sesetengah krim seperti ini todak boleh digunakan semasa hamil.Beberapa minggu selepas bersalin,kulit anda sepatutnya akan kembali kepada keadaan sebelum hamil.
6. TANDA REGANGAN

  • Tanda regangan (Strech Mark) ialah garis-garis halus berwarna kemerahan atau kecoklatan (bergantung kepada warna kulit anda) yang biasanya muncul pada perut,payudara dan paha.Ia berlaku kepada kira-kira 75 hingga 90 peratus wanita hamil.Ia disebabkan oelh regangan kulit apabila berat badan anda semakin bertambah sewaktu hamil.
  • Tahap hormon yang tinggi turut mengganggu keseimbangan protien pada kulit dan menyebabkan kulit menjadi lebih nipis berbanding biasa.Selepas bersalin,pigmentasi berwarna kemerahan atau kecoklatan pada tanda regangan ini akan beransur pudar dan garis-garis tersebut akan kelihatan lebih cerah daripada kulit di sekelilingnya.
  • Sesetengah wanita bernasib baik kerana mempunyai kulit yang lebih elastik daripada orang lain.Ini bermakna mereka tidak mengalami tanda regangan.Tetapi bagi kebanyakkan daripada kita,ini hanyalan salah satu kesan kehamilan yang harus kita hadapi.Anda boleh cuba mengurangkan tanda regangan dengan mengelak daripada menambah berat badan terlalu cepat,menyapu minyak atau krim yang kaya dengan Vitamin E pada perut untuk menjadikannya lebih anjal mengamalkan pemakanan sihat yang kaya dengan Vitamin E dan C serta zink dan silika untuk membantu mengekalkan kesihatan kulit.
  • Satu ulasan kajian mengenai krim untuk menghalang tanda regangan mendapati bahawa hanya satu sahaja kajian yang dilakukan si Sepanyol yang menunjukkan bahawa krim dapat membantu.Ini dilakukan dengan mengurut badan menggunakan krim yang dipanggil Trofolastin.Krim ini menegandungi bahan aktif eksstrak Centella Asiatica,Alpha Tocopherol (Vitamin E) dan Collagen -Elastin Hydrolysates.
7. MELECET SEMASA HAMIL

  • Apabila berat badan anda bertambah,sesetengah tempat pada badan anda boleh melecet seperti pada paha atau bawah payudara.Kulit di kawasan tersebut akan menjadi merah dan lembap,kemudian melepuh dan mengeluarkan bau.Keadaan ini dikenali sebagai intertrigo.
  • Pastikan kawasan yang terjejas itu sentiasa kering dan gunakan bedak talkum untuk meyerap kelembapan.Pakailah pakaian yang diperbuat daripada kapas untuk menyejukkan kulit dan elakkan memakai seluar ketat atau tights
  • Maklumkan kepada doktor anda mengenai perkara ini,terutamanya jika anda banyak berpeluh kerana ia boleh menyebabkan jangkitan fungus atau keputihan.Keputihan perlu dihapuskan sebelum bayi anda lahir kerana ia boleh dijangkitkan kepada bayi semasa anda bersalin,
8. KULIT SENSITIF SEMASA HAMIL.

  • Kulit anda biasanya lebih sensitif apabila anda hamil,bukan sahaja kerana peningkatan hormon dalam badan tetapi juga kerana ia lebih lembut dan meregang.Sabun dan bahan pencuci mungkin tiba-tiba menyebabkan kulit anda pedih dan masalah seperti ekzema menjadi lebih teruk.Kulit anda boleh menjadi gatal apabila terdedah kepada cahaya matahari.
  • Cuba kenalpasti apa yang menyebabkan masalah ini.Adakah ia disebabkan oleh serbuk pencuci ataupun minyak wangi yang anda guna?Pakailan pakaian yang longgar dan diperbuat daripada kapas serta kekalkan kelembapan badan.Berendam terlalu lama atau tambahkan minyak mandian kepada air mandian untuk mengekalkan keanjalan kulit.(Tetapi pastikan anda tidak tergelincir ketika masuk atau keluar dari tab mandi)
  • Sentiasa lindungi kulit anda daripada matahari dengan pelindung matahari berfaktor tinggi (SPF 15 atau lebih ).
9. RUAM DAN KEGATALAN SEMASA HAMIL

  • Ruam dan kegatalan sementara yang datang dan pergi tanpa sebab-sebab tertentu adalah perkara biasa dalam kehamilan.Peningkatan tahap hormon membuatkan anda lebih sensitif apabila bersentuhan dengan bahan-bahan tertentu yang biasanya tidak mempunyai kesan apa-apa.Contohnya anda  mungkin lebih sensitif terhadap klorin dalam kolam mandi.
  • Keputihan yang menyebabkan kegatalan pada faraj dan buasir yang menyebabkan kegatalan pada dubur juga lebih mudah berlaku semasa anda hamil.Pakailah pakaian ringan dan longgar yang diperbuat daripada kapas untuk menyejukkan kulit.Bincanglah dengan doktor anda mengenai rawatan yang selamat digunakan sekiranya anda mengalami keputihan dan buasir.Untuk menghalang buasir,anda mungkin dinasihati supaya meningkatkan serat dalam pemakanan.
  • Menyapu losyen kelamin dapat mengurangkan kegatalan.Jika ruam atau kegatalan berlarutan lebih daripada 2 hari dapatkan nasihat daripada doktor anda.
10. KEGATALAN YANG TERUK KETIKA HAMIL

  •  Rasa gatal yang teruk pada seluruh badan,terutamanya pada waktu malam serta gatal pada tapak tangan dan tapak kaki boleh jadi tanda satu penyakit hati yang jarang berlaku.Penyakit ini dikenali sebagai obstetric cholestasis dan hanya berlaku kepada wanita hamil.Ia biasanya berlaku dalam trimester ketiga kira-kira minggu ke-28 kehamilan dan biasanya hilang dalam masa tiga minggu selepas bersalin.
  • Walaupun penyebab tidak diketahui,dipercayai bahawa tahap estrogen yang tinggi semasa hamil boleh menghalang hati daripada berfungsi dengan betul dan menyebabkan peningkatan tahap garam hempedu.Kegatalan ini boleh jadi teruk dan kadang kala tidak dapat dikawal.Walaupun anda mungkin bimbang kerana hati anda tidak berfungsi dengan baik namun obstetric cholestasis tidak membahayakan kesihatan anda.
  • Namun begitu,risikonya pada bayi adalah kurang jelas.Kajian awal yang dilakukan dalam tahun 1970 an mengaitkan keadaan ini dengan bayi meninggal dalam kandungan tetapi bukti-bukti  baru menunjukkan bahawa risiko bayi meninggal dalam kandungan tidak bertambah jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mengalaminya.Tiada juga bukti yang menunjukkan obstetric cholestastis menjejaskan perkembangan bayi atau menyebabkan kecacatan.
Itu antara perubahan-perubahan kulit yang biasa berlaku kepada ibu hamil.Dan bagi setiap ibu hamil jangan risau kebiasaanya setiap perubahan kulit ini akan hilang selepas bersalin cuma mungkin ia akan mengambil masa.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Aniesz Ceasar 0193878986_

Thursday, October 22, 2015

Placenta Previa atau Uri Di Bawah Bagi Ibu Hamil

Jom kita berkongsi serba sedikit info mengenai Placenta Previa ataupun uri dibawah ini.

APAKAH FUNGSI URI (PLACENTA)?
  • Pembentukan uri mula terjadi selepas proses penempelan (implantasi) berlaku.Uri adalah sambungan antara bayi dan ibu untuk pemakanan,pernafasan,perkumuhan janin dan sebagainya melalui tali pusat.Dari awal kandungan,janin mendapat makanan melalui kuning gtelur (yolk sac).Sel-sel uri akan aktif membesar dan mengambil alih peranannya dari kuning telur pada minggu ke-5 janin terbentuk untuk menyuburkan bayi anda.Berta uri yang matang lebih kurang 400-500g.
Fungsi-fungsi utama uri ialah :-

1. Pemakanan
  • Uri membantu mengangkut nutrien dari darah ibu kepada janin melalui tali pusat.
2. Pernafasan
  • Uri membantu untuk mendapatkan oksigen daripada darahibu kepada janin dan karbon dioksida (CO2) daripada darah janin ke dalam aliran darah ibu
3. Perkumuhan
  • Bahan buangan seperti bahan bernitrogen yang dihasilakn di dalam bayi akan diangkut dari uri ke dlaam aliran darah ibu.
4. Penyimpanan
  • Uri menyimpan sesetengah lemak,glikogen dan besi.
5. Rembesan hormon
  • Uri merembeskan hormon seperti estrogen,progesteron,gonadotropin (hCG) yang penting untuk kehamilan.
6. Perlindungan
  • Uri melindungi bayi anda daripada sesetengah jangkitan.Bahan toksik akan ditapis terlebih dahulu sebelum sampai pada bayi.Akan tetapi,sesetengah bahan yang merbahaya tidak boleh ditapis melalui uri.Oleh itu,ibu hamil diminta untuk mengelakkan bahan yang boelh menyebabkan bahaya seperti kafein,alkohol,bahan-bahan ubatan dan herba.
7. Pertukaran antibodi ibu
  • Bayi memperolehi antibodi imunisasi pasif terhadap cacar tetapi tidak terhadap cacar air dan batuk daripada ibu melalui uri.Yang penting adalah Rh tidak serasi.Bial bayi Rh positif dan ibu Rh negatif,sel darah merah bayi yang masuk ke aliran darah ibu akan menimbulkan antibodi bertentangan dan menyebabkan penyakit hemolitik janin.
APAKAH ITU PLACENTA PREVIA?

  • Masalah uri dibawah juga dikenali sebagai Placenta Previa  dimana uri berada berhampiran atau meliputi servik.Uri tersebt boleh menutupi sebahagian atau keseluruhan bukaan rahim atau os iaitu diman tempat keluar bayi dihalang.
  • Pada peringkat awal kehamilan,masalah uri dibawah merupakan keadaan yang normal.Biasanya uri akan berubah kedudukannya apabila rahim anda semakin membesar.Jika uri anda tidak "dipindah keatas" dan masih berada berhampiran atau meliputi bukaan rahim pada minggu ke 28 ke atas keadaa ini boleh dikatakan placenta previa.
Kedudukan uri dibawah terbahagi kepada 3 iaitu :-



MARGINAL
  • Uri terletak di segmen bawah rahim dan dipinggir bukaan rahim
PARTIAL
  • Uri menutupi sebahagian bukaan rahim
COMPLETE
  • Uri menutup keseluruhan bukaan rahim.
APAKAH MASALAH YANG BOLEH DISEBABKAN OLEH URI DIBAWAH?

1. Pendarahan tanpa rasa sakit
  • Uri dibawah juga boleh menyebabkan pendarahan yang teruk semasa mengandung ataupun semasa bersalin.Pendarahan ini berlaku tiba-tiba dan tidak menyakitkan semasa trimester kedua atau ketiga.Pendarahan boleh bermula sedikit atau sederhana dan boleh menjadi teruk.Pendarahan boleh berlaku seawal minggu ke 20 kehamilan tetapi ia paling biasa berlaku semasa trimester ketiga.
2. Kedudukan bayi tidak normal
  • Kedudukan bayi mungkin melintang,songsang atau oblique.Pada tempoh kematangan kehamilan,kedudukan kepala bayi perlu berada di atas rongga pelvis.
3. Tanda-tanda kelahiran pramatang
  • 1 dalam 5 wanita yang mempunyai maslah placenta previa juga mempunyai tanda-tanda kelahiran pramatang seperti pengecutan rahim.Ini boleh meningkatkan risiko melahirkan bayi tidak cukup bulan.
4. Tiada sebarang gejala
  • Sesetengah wanita tidak mempunyai sebarang gejala.Uri dibawah hanya boleh dikesan melalui ultrasound scan.
ANTARA KOMPLIKASI YANG AKAN DIHADAPI OLEH IBU DAN BAYI.

Komplikasi pada bayi ialah:-
  • Pendarahan yang banyak pada ibu ini boleh mengakibatkan morbiditi dan kematian pada bayi
  • Meningkatkan risiko lahir tidak cukup bulan
  • Kemungkinan pertumbuhan bayi aak terencat akibat uri menjadi lekang ( poor placental perfusion)
Komplikasi pada ibu ialah :-
  • Pendarahan yang serius yang boleh mengancam nyawa.
  • Pembedahan Caesarean
  • Meningkatkan risiko pendarhan selepas bersalin ( postpartum haemorrhage)
  • Meningkatkan risiko uri melekat pada rahim,Ia dikenali sebagai placenta accreta.
Dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim.
Jika ini berlaku rahim terpaksa dibuang demi menyelamatkan ibu.
Bagaimanapun,risiko placenta accreta di kalangan  ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar lima peratus sahaja.
Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai sejarah pembedahan  di rahim umpamanya pembedahan Caesarean,risiko palcenta accreta bertambah 25 peratus.
Risiko ini boleh meningkat sehingga 45 peratus bergantung pada jumlah pembedahan yang telah mereka lalui.

WANITA YANG BERISIKO TINGGI
  • Mereka yang mempunyai sejarah PP pada kandungan sebelumnya
  • Wanita yang berusia 40 tahun ke atas
  • Pernah menjalani pembedahan pada rahim-pembedahan Caesarean atau pembuangan fibroid pada rahim
  • Wanita yang melahirkan ramai anak (multigravida)
Dalam menangani Plancenta Previa ,doktor akan mengesyorkan ibu supaya melahirkan kandungan dengan kaedah yang selamat iaitu pembedahan Caesarean..

Bagaimanapun apabila pembedahan itu harus dilakukan ia bergantung kepada penilaian dan faktor-faktor berikut: 
  • Tahap keseriusan pendarahan
  • Usia bayi dalam kandungan
  • Sokongan perkhidmatan pediatrik
Kebiasaanya jika seseorang ibu yang mengalami Placenta Previa tetapi tiada pendarahan berlaku,pembedahan Caesarean secara elektif akan dilakukan pada minggu ke 37 hingga 38 usia kandungan.

Jika pendarahan berlaku sebelum usia kandungan tersebut,keputusan pembedahan akan dibuat oelh pakar setelah mempertimbangkan faktor-faktor diatas.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Aniesz Ceasar 0193878986_