Tampil sihat kala hamil amat memang wajib bagi bakal ibu. Apatah lagi, wanita hamil bukan lagi sendirian, tetapi berdua bersama kandungan mereka. Justeru, mereka perlu menjaga kesihatan agar janin dan diri sihat sepanjang menempuh sembilan bulan kehamilan
Namun, perlu diketahui sepanjang sembilan bulan itu tahap imunisasi wanita hamil jadi berubah. Wanita hamil
lebih mudah berhadapan dengan risiko penyakit mahupun jangkitan bakteria mahupun virus.
Semasa berada dalam kandungan, janin sudah mempunyai sebahagian daripada DNA ayahnya. Keadaan itu juga membuatkan sistem daya tahan tubuh ibu menganggapnya sebagai ‘benda asing’. Oleh sebab itulah sepanjang kehamilan, sistem daya tahan ibu berubah agar tidak membahayakan janin dalam kandungan. Perubahan-perubahan yang dialami oleh bakal ibu ini termasuklah :
• Peningkatan penghasilan sel makrofaj yang berfungsi untuk menghapuskan bakteria, tetapi ia tidak memberi jaminan dapat melindungi anda dari dijangkiti bakteria.
• Aktiviti sel NK (pembunuh semula jadi), sel darah putih yang menyerang sel-sel yang telah dijangkiti virus atau sebahagian dari tumor jadi berkurangan.
• Aktiviti sel T berkurangan. Sel T merupakan sel yang membantu mengawal jangkitan virus.
• Berkurangnya penghasilan sitokinesis iaitu sejenis protein yang dilepaskan oleh sel imunisasi untuk membolehkan sel-sel lain melawan jangkitan kuman.
Punca Daya Tahan Rendah

Rentetan dari fungsi sel T yang menurun menyebabkan wanita hamil mudah terdedah kepada jangkitan kuman. Hal ini kerana, sistem daya tahan penyakit pada tubuh wanita hamil berubah berbanding dalam keadaan normal. Justeru, penyakit yang berpunca daripada virus akan lebih banyak dialami oleh wanita ketika dirinya hamil.
Daya tahan imunisasi wanita juga boleh turun lebih rendah disebabkan oleh beberapa
perkara. Antaranya:
• Perubahan cuaca yang keterlaluan dari panas melampau jadi sejuk
• Berinteraksi dengan ramai orang terutama yang tidak sihat.
• Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat misalnya kekurangan nutrisi.
Penurunan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit di kalangan wanita hamil juga boleh membahayakan nyawa janin. Misalnya jangkitan pada penyakit seperti demam dan batuk.
Apabila bakal ibu diserang penyakit, dua kemungkinan yang cukup dibimbangkan adalah janin turut mengalaminya dan ubatan yang perlu diambil agar tidak membahayakan nyawa janin. Jangkitan kuman yang dialami bakal ibu juga perlu diawasi sama ada ianya boleh mendatangkan risiko kepada janin atau sebaliknya. Apatah lagi, jika ia mampu mengundang risiko keguguran, kelahiran pramatang, janin lahir cacat atau meninggal semasa dalam kandungan.
Sebaik-baiknya bakal ibu perlu lebih berhati-hati ketika mengambil ubat-ubatan bagi merawat penyakit yang dialami. Wanita hamil perlu mendapatkan preskripsi daripada doktor dan tidak boleh sekadar membelinya di kaunter jualan.
Hal ini kerana dikhuatiri ubat-ubatan tadi akan memberi kesan sampingan kepada janin. Preskripsi ubatan yang diberikan oleh doktor selalunya lebih tepat bagi mengatasi penyakit. Lagipun, ada banyak ubat yang selamat untuk wanita hamil malah bakal ibu tidak perlu khuatir ia akan mengundang bahaya kepada janin.
5 Tip Ibu Hamil Dijauhi Penyakit

Jangan menunggu sehingga benar-benar sakit untuk menangani masalah kesihatan wanita hamil. Bagi menangani masalah daya tahan penyakit, wanita hamil perlu ambil tahu tip yang sesuai agar diri tidak mudah diserang penyakit.
1. Bakal ibu perlu mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi. Sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Pada waktu tengah hari, cubalah tidur sekejap untuk mendapatkan tubuh yang segar. Sepanjang hamil, cuba elakkan dari melakukan pekerjaan yang berat misalnya mengangkat perabot dan sebagainya.
2. Hindari diri daripada tekanan. Berusahalah untuk mendapatkan sikap yang positif dan tenang. Melalui ketenangan inilah minda yang positif akan merangsang tubuh yang sihat dan gaya hidup yang seimbang.
3. Bersenam boleh dipraktikkan oleh wanita hamil tapi ia perlu diamalkan dengan kaedah yang bersesuaian dengan keadaan fizikal wanita hamil. Jika mereka dalam trimester ketiga cuba lakukan senaman yang ringan sahaja misalnya berjalan perlahan.
4. Selain itu, mengambil makanan yang kaya nutrisi juga amat penting untuk mendapatkan tubuh yang berdaya tahan terhadap serangan penyakit. Asid folik misalnya menjaga sistem imunisasi dan mengurangkan risiko janin cacat sehingga 70 peratus. Sebaiknya ambil sebelum dan sepanjang kehamilan. Penting untuk mengambil asid folik di awal trimester bagi pembentukan otak dan sistem saraf tunjang janin. Begitu juga dengan vitamin lain seperti vitamin C, kalsium, vitamin D dan Zat besi.
5. Segelas susu juga boleh membantu bakal ibu membina pertahanan diri. Misalnya susu untuk ibu mengandung jika diambil secara rutin memberi manfaat yang besar kepada wanita hamil dan janin. Jika anda sering muntah di pagi hari, pengambilan susu boleh menggantikan nutrisi yang terbuang di pagi hari itu.
sumber:http://
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986