Sunday, October 12, 2014

HAID TIDAK TERATUR DAN CARA ATASINYA

Adakah anda mempunyai masalah haid tidak teratur???ada yg haid tidak datang sebulan/2  bulan/3 bulan/setahun????huhu adakah ini normal???atau berpenyakit???tentu macam2 persoalan bermain di fikiran anda betul  x??ok sebelum saya menunjukkkan cara untuk atasi masalah ini jom kita baca dulu apa punca yg menyebabkan haid tidak teratur ini...

12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:

Tekanan: Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita
.
Masalah kesihatan: Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.

Ubatan: Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.

Berlebihan hormon prolaktin:
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

Menyusu badan:
Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

Masalah tiroid:
Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

Gemuk:
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

Terlalu kurus:
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

Tersilap kira:
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

Menopous:
Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

Pencegah hamil:
Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

Hamil:
akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.

Kita masih ada cara untuk mengatasi masalah haid tidak teratur GLA COMPLEX SHAKLEE boleh membantu anda.ramai dh cuba dan berkesan Alhamdulillah:)



Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986

PUNCA DEMAM DENGGI | TIPS DAN PETUA MERAWAT DEMAM DENGGI

Add caption
Sana sini sekarang tergantung banner berkenaan Demam Denggi ini. Dan semakin kerap pegawai dari kementerian kesihatan memeriksa kawasan perumahan Fuzza dan melakukan aktiviti penyemburan untuk membunuh nyamuk Aedespunca penyakit demam denggi ini. Sekecil-kecil nyamuk ini mampu membunuh tau. Sejak akhir-akhir ini terlampau banyak kes demam denggi yang direkodkan. So, sama-samalah kita menjaga kawasan sekitar rumah supaya dapat mengelakkan pembiakan nyamuk aedes ini.

Demam denggi ini ada beberapa jenis tau, tapi yang paling merbahaya adalah denggi berdarah kerana ianya boleh membawa maut. Hanya dengan satu gigitan nyamuk Aedes ini, mampu menyebarkan virus Denggi atau bahasa saintifiknya (genus Flavivirus). Antarasimptom-simptom yang biasa dialami oleh pesakit demam denggi ialah demam tiba-tiba, sakit kepala kronik, bebola mata sakit, sakit sendi/otot, sakit pinggang luarbiasa dan diserang gatal-gatal.

TIPS DAN PETUA MERAWAT DEMAM DENGGI



Sebenarnya tiada rawatan khusus untuk merawat demam denggi ini. Kebiasaannya apabila terkena demam denggi, doktor akan menahan diwad untuk menaikkan air atau drip. Ini kerana, cecair secara oral ataupun melalui drip ini akan dapat menggantikan kehilangan cecair badan yang banyak akibat demam denggi. Selain itu, doktor akan menahan diwad adalah untuk monitor pengiraan platlet darah. 

Selain itu, anda juga boleh mencuba mengamalkan tips dan petua bagi merawat dan menyembuhkan pesakit demam denggi seperti dibawah::
  • Minum air masak dengan banyak sekurang-kurangnya 3liter sehari. (Tips minum air masak 3liter)
  • Minum sup ketam. (Khasiat sup ketam)
  • Boleh amalkan memakan buah atau jus tembikai kerana kandungan air dalam tembikai adalah tinggi.
  • Amalkan jus kurma dan kiwi fresh, Anda boleh mengambil buahnya dan blender untuk mendapatkan jus asli tanpa campuran.
  • Jus daun betik juga dikatakan sangat bagus untuk pesakit demam denggi. Tumbuk daun betik matang sehingga lumat dan dapatkan jusnya dan berikan satu sudu kecil jus daun betik setiap hari.


CADANGAN SUPPLEMEN YANG DAPAT MEMBANTU PESAKIT DEMAM DENGGI


Sebagai tambahan dan alternatif, anda boleh juga mendapatkan supplemen Shaklee yang dapat membantu pesakit demam denggi.



1. SHAKLEE PERFORMANCE DRINK



Performance Drinks Shaklee dapat membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh untuk mengelakkan badan dari dehidrasi. Pesakit demam denggi kebiasaannya mempunyai suhu tubuh yang tinggi. Maka ia boleh menyebabkan berlakunya dehidrasi dan kehilangan cecair yang banyak dari tubuh. Pengambilan Performance Drinks secara konsisten dapat membantu tubuh untuk mengekalkan kandungan cecair dalam tubuh. Ia terbukti dengan ujian klinikal dan yang paling penting ianya adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula.

2. SHAKLEE NUTRIFERON



Selain itu, pesakit demam denggi boleh juga mengamalkan Nutriferon. Ia adalah penting kerana nutriferon adalah ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit. Nutriferon adalah dipatenkan eksklusif satu-satunya di dunia membantu mempertingkat interferon dalam tubuh secara semulajadi. Jika anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema dan antibodi lemah, anda dinasihatkan supaya mengambil nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986

Saturday, October 11, 2014

KELEBIHAN GARLIC SHAKLEE

Antara kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex Shaklee adalah Garlic Complex ini diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan BEBAS 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada suhu terkawal iaitu suhu bilik semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100% ( tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunayi Allicin aktif.) Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat dan mempunyai sifat penyembuh. 



Kegunaan Allicin pada bawang putih untuk kesihatan manusia : 

  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti aktiviti radang
  • Berfungsi sebagai anti oksidan 
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Bantu rawat asthma



Kelebihan GARLIC Shaklee : 


  • Mengandungi Spearmint - Mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman dengan formula uniknya mampu menyelesaikan masalah seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.Pylori dan menghalang ulcer gastrik.
  • Menurunkan kolesterol dengan menurunkan kolestrol LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang stroke serta penyakit Koronari.
  • Menstabilkan glukos 
  • Membantu mencegah kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kanser - Nitrosamine
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi - 2-4tablet garlic dapat menurunkan darah tinggi dengan 8 point
  • Menghalang alergi - sinus, alergi,asthma, selsema dan hepatitis.
  • Detoksifikasi - Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel-sel darah dari dimusnahkan oleh logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.
  • Antibiotik yang selamat & semulajadi - Garlic adalah antibiotik semulajadi dan selamat untuk  kegunaan jangka panjang untuk menigkatkan sistem imun tubuh lalu menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis Candida.

Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibiotik untuk melawan penyakit seperti selsema, batuk, cirit birit dan lain-lain dan anda berasa khuatir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, cepat-cepat ambil supplement Garlic yang antara kebaikannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dan bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.



*Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih
* Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986

Friday, October 10, 2014

5 Khasiat Buah Tomato yang Anda Tidak Ketahui


tomato

Kita sering disarankan untuk makan tomato bagi mendapatkan kulit yang cantik. Tapi tahukah anda bahawa tomato secara umumnya mempunyai lebih banyak khasiat yang bagus? Ketahui pelbagai rahsia kebaikan tomato melalui rencana yang dititipkan khas oleh EH! ini.

1. Pengawalan Berat Badan

Tomato mengandungi lemak rendah serta tiada kolesterol menjadikan ianya berkhasiat untuk dimakan. Ia turut mengandungi banyak air serta serat yang mampu untuk mengenyangkan perut. Tambahkan tomato dalam menu harian. Tingkatkan kreativiti dengan masak menu berlainan agar tidak bosan. Jika anda sedang dalam pelan menguruskan badan, ambil tomato sebagai snack jika terasa lapar.

2. Membantu Masalah Susah Tidur

Tomato mengandungi sumber nutrisi lycopene yang kebiasaanya hanya terdapat di sayuran atau buah-buahan berwarna merah. Kajian menunjukkan lycopene mempunyai banyak khasiat antaranya membantu kepada masalah tidur. Jika anda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam atau insomnia, cuba hidangan seperti salad atau sup tomato untuk makan malam.

3. Mengurang Kerosakan Kulit

Selain diketahui sebagai ejen mencantikkan kulit, sumber nutrisi lycopene juga dapat membantu dalam pemulihan kulit. Sebuah kajian membuktikan bahawa dengan memakan sos tomato berterusan selama 3 bulan dapat mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran radiasi matahari sebanyak 30%.

4. Membantu Penglihatan Mata

Kebiasannya lobak sering dikaitkan dengan kesihatan mata, tetapi tahukah anda bahawa tomato juga turut mempunyai khasiat yang sama? Kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam tomato dapat membantu pemulihan penglihatan mata serta mengurangkan dari terjadinya rabun malam. Ianya turut menghalang penyakit mata macular degeneration yang menyebabkan kesukaran untuk melihat.

5. Merawat Batu Karang

Pengambilan tomato secara berterusan dapat memberi kelegaan kepada kesakitan akibat batu karang. Selain itu, menerusi beberapa kajian yang dijalankan juga membuktikan bahawa tomato dapat menghalang terjadinya penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser prostat.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986

Thursday, October 9, 2014

3 Manfaat Utama Vitamin C Terhadap Kita

Manfaat Vitamin C banyak sangat! Kalau kita buat carian Google tentang manfaat Vitamin C, pasti banyak sangat yang keluar. Sejak dari kecil, di kalangan adik beradik, Ifa antara anak yang rajin amalkan Vitamin C ni. Mungkin sebab rasanya masam-masam dan boleh dikemam atau dikunyah, Ifa suka sangat!

Manfaat Vitamin C

Mari kita baca sama-sama apakah antara manfaat, kebaikan dan kelebihan Vitamin C dalam kehidupan harian kita.
  •  Sebagai agen pembentukan KOLAGEN dalam badan.

Vitamin C membantu membetuk kolagen dalam badan secara semulajadi.
Vitamin C membantu membetuk kolagen dalam badan secara semulajadi.
Manfaat Vitamin C yang pertama ialah sebagai agen pembentukan KOLAGEN dalam badan. Apa itu kolagen? Kolagen ni sebenarnya seperti penyokong dalam badan kita, seumpama tiang-tiang yang menyokong badan kita. Penting tak? Penting sangat sebab tanpa kolagen  ini, maka tidak sempurnalah badan kita. Perumpamaannya seperti sebuah rumah yang tiada tiangnya. Vitamin C mampu membantu badan kita untuk membentuk kolagen yang diperlukan oleh badan.
  • Menyihatkan tulang, gigi dan gusi. 

Kekurangan Vitamin C menyebabkan badan lemah, anemia, gusi berdarah dan gigi yang longgar.
Kekurangan Vitamin C menyebabkan badan lemah, anemia, gusi berdarah dan gigi yang longgar.
Manfaat Vitamin C yang kedua ialah menyihatkan tulang, gigi dan gusi. Pernah tak anda mengalami gusi dan gigi berdarah? Jika pernah, ini bermakna kurangnya Vitamin C dalam tubuh badan kita. Masa Ifa kecil, kalau gusi berdarah, pasti ayah akan cepat-cepat suruh kemam dan kunyah Vitamin C untuk membantu memulihkan gusi berdarah. Sekiranya kurang Vitamin C juga, gigi cepat dan mudah longgar dari kedudukan asalnya.
  •  Meningkatkan sistem pertahanan badan. 

Vitamin C dan sistem imun badan.
Vitamin C membantu mempertingkatkan sistem imun badan bagi melawan sebarang jangkitan dan penyakit.
Manfaat Vitamin C yang ketiga ialah ia membantu meningkatkan sistem pertahanan badan kita. Apabila sistem pertahanan badan atau sistem imun kita dipertingkatkan dengan adanya Vitamin C, maka sebarang jangkitan dan virus juga dapat dikurangkan kerana sistem imun kita telah melawan virus tersebut daripada memasuki sistem tubuh badan kita. Untunglah siapa yang ambil Vitamin C ni, lebih-lebih lagi ibu hamil dan ibu menyusu, ini kerana dapat membantu si bayi dalam kandungan juga.
3 manfaat utama Vitamin C terhadap kita sudah kita bincangkan. Cadangan Ifa untuk semua, ambil Vitamin C dalam dos yang tertentu bagi tahap umur masing-masing.
Untuk kanak-kanak, dos yang dibenarkan ialah 100 mg. Ifa cadangkan untuk ambil Chewable Vita-C Plus™ 100 mg Shaklee. Sudah lengkap dengan dos yang dibenarkan. Malah sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya boleh dikunyah seperti gula-gula.
Untitled
Chewable Vita-C Plus™ 100 mg Shaklee
Untuk dewasa pula, dos yang dibenarkan dalam sehari ialah 500 mg sehingga 1000 mg. Namun untuk pemakanan harian biasa, 500 mg sudah mencukupi. Ifa cadangkan Sustained Release Vita-C™ Plus Shaklee untuk orang dewasa. Ini kerana sebiji Vitamin C Shaklee ini sudah memadai bagi dewasa kerana kandungannya 500 mg sebiji.
Untitled
Sustained Release Vita-C™ Plus Shaklee






Tuesday, September 30, 2014

Set Keluarga

Antara kebaikan Shaklee Family Wellness Set adalah :-

1. Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
2. Membantu seisi keluarga rasa lebih bertenaga
3. Menguatkan system imun anda
4. Membekalkan kesihatan kulit , rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat


Jom kenali FUNGSI setiap vitamin-vitamin yang ada dalam FAMILY WELLNESS SET ini:

1. Energizing Soy Protein - ESP

* Awet muda - asid amino membantu membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit
* Baik untuk hormon, merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko oesteoporosis dan sakit jantung
* Baik untuk prostat
* Merangsang pembentukan semula kulit dan otot
* Mengurangkan kedutan
* Agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot
* Percepatkan sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut
* Membekalkan tenaga dengan segera
* Membaiki pigmentasi
* Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan

2. Vita-Lea Iron Formula

* Memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental
* Pelengkap nutrisi
* Penting untuk kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
* Membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
* Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru
* Membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon
* Menjaga kesihatan tiroid
* Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati

3. B-Complex

* Menukarkan makanan kepada tenaga
* Membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga
* Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
* Membantu tumbesaran
* Memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut
* Baik untuk mata
* Mencegah anemia
* Merawat sakit kepala, migrain, pening, lemah semangat, keletihan, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
* Meredakan senggugut
* Mencegah kerekahan mulut
* Detoksifikasi - meredakan alahan

4. Vitamin C

* Membentuk kolagen
* Memperbaiki simptom pendarahan
* Meningkatkan sistem imun
* Anti-oksidan yang merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang bahan kimia berbahaya dari tubuh
* Mencantikkan kulit
* Memperbaiki insomnia
* Mengekalkan kolesterols sihat

Apa yang perlu anda ADD-ON bersama-sama set ini?

Jika anda IBU MENYUSU : Add-on Alfalfa dan Ostematrix 

Jika anda IBU HAMIL : Add-on Ostematrix
Jika anda ada PERMASALAHAN KULIT : Add-on Vitamin E atau GLA
Jika anda IBU BERPANTANG : Add-on Zink 



Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986

Monday, September 29, 2014


Basuh Pinggan Tapi Guna Sabun Basuh Baju?
Pernahkah terjadi, bila anda ingin membasuh pinggan yang kotor tiba - tiba sabun basuh pinggan anda kehabisan. Maka untuk mencari jalan mudah anda mengambil sabun serbuk pakaian bagi menggantikan sabun yang telah habis.
Tahukan anda..Kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan dan mengakibatkan reaksi alahan.
Triethanolamine dodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu sejenis bahan perengsa yang disenaraikan oleh EPA (Pertubuhan Pemuliharaan Alam Sekitar Amerika) sebagai bahan berbahaya.
Bersentuhan dengannya mampu menyebabkan kerengsaan atau kesan terbakar pada kulit dan mata manakala sentiasa terhidunya pula akan merengsakan hidung, kerongkong dan paru-paru seterusnya membawa kepada masalah batuk, asma atau sesak nafas.
Kulit yang bersentuhan dengannya akan menjadi kering, gatal dan mengakibatkan masalah alergi kronik dan ruam. Lagi2 kalau anda jenis kulit tak tahan dan ada alahan.
Maka carilah pencuci yg 100% SEMULAJADI & SELAMAT

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986

Sunday, September 28, 2014

ANTARA PUNCA GAGAL MENURUNKAN BERAT BADAN

1. Elak waktu makan

Ramai beranggapan dengan "skip" waktu makan, ia merupakan cara terbaik untuk kurus. Sebenarnya TIDAK. Ini bukanlah caranya.

Sebaliknya, anda perlu mengisi perut pada setiap waktu makan. Pilih menu yang sihat dan seimbang. Contohnya sarapan pagi. Ia membekalkan tenaga terpenting untuk memulakan hari anda. Jikalau anda "skip", badan dan otak anda kurang bermaya.

Begitu juga dengan makan malam. Anda sepatutnya makan lebih awal seperti sebelum waktu Maghrib. Atau lebih kurang dalam pukul 7 malam.

2. Enggan bersenam

Eeh.. mana boleh camni. Mahu atau tidak, anda MESTI bersenam. Tak cukup sekadar jaga pemakanan. Dengan senaman, kadar metabolisme tubuh anda akan meningkat. Seterusnya ia akan membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh. Kemudian, barulah berat badan anda boleh turun.

Kalau malas sangat2 nak bersenam, buat la regangan ringan sikit-sikit.. :))

3. Enggan menyentuh kalori

Badan anda perlukan kalori. Jadi, mahu atau tidak anda mesti ambil kalori. Cuma, jumlah pengambilannya perlulah bersesuaian.

Pengambilan jumlah kalori yang bersesuaian ialah;

Lelaki ~ 2500 kalori setiap hari

Wanita ~ 2000 kalori setiap hari

Anda tahu tak kesan pengambilan kalori yang terlalu sedikit pada tubuh??

Kadar metabolisme tubuh anda akan turun secara mendadak. Malah ia boleh menyebabkan ANEMIA.

4. Hanya makan buah dan sayur

Jika cuma ambil buah-buahan dan sayuran, tubuh anda tak cukup nutrisi dan mineral. Begitu juga dengan karbohidrat dan lemak. Tubuh anda perlukan semuanya pada kadar yang berpatutan.

5. Suka salad mayonis

Tak dinafikan, salad yang dicampurkan dengan mayonis memang sedap. Tapi jikalau salad yang anda makan telah ditambah pelbagai perisa (tinggi kalori), ianya tak bermakna langsung.

Gerenti berat badan anda takkan turun. Huhuhu...

6. Tak minum susu langsung

Saya tahu ramai yang tak sukakan susu. Terutamanya susu rendah lemak. Sebab tak sedap, kan?

Tapi, pengambilan susu rendah lemak membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh dan juga menurunkan berat badan anda.

Kajian mendapati pengambilan susu rendah lemak mampu membuatkan anda berasa kenyang. Ini disebabkan oleh kandungan protein yang ada padanya.

Sekiranya anda nak elakkan rasa lapar pada waktu malam, minumlah segelas susu rendah lemak. Di mana kandungan lemaknya kira-kira 8 gram/gelas.

7. Penurunan berat badan yang mendadak

Sepatutnya anda perlu risau dengan keadaan ini. Bukannya suka. Mesti ada yang tak kena pada diri anda. Dalam seminggu, penurunan berat IDEAL dalam lingkungan 0.5kg - 1kg.

Jika lebih dari julat tersebut, ia akan menimbulkan komplikasi. Di mana hati dan ginjal anda dipaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa dalam darah.

Diharap dengan perkongsian ini, persoalan seperti "Kenapa aku dah puas berdiet, tapi berat masih gak tak turun-turun?" terjawab.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986

Saturday, September 27, 2014

Jadual Pemakanan dan pantang larang

Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?

Bagi setiap pelanggan mychibibox, saya akan sediakan jadual pengambilan vitamin bersesuaian dengan jenis-jenis vitamin yang diambil. Oleh itu, jadual bagi setiap pelanggan mungkin berbeza tetapi asasnya tetap sama.

Terdapat rule of thumb yang boleh dijadikan panduan:

Vitamin larut air ( B-complex dan Vitamin C) :
Seelok-eloknya diambil dengan segelas air untuk penyerapan yang efektif dan elakkan diambil bersama-sama makanan berlemak/berminyak.

Vitamin Larut Lemak ( A, D,E K) :
Diambil selepas mengambil makanan berlemak / berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.

OsteMatrix@Calcium :
Diambil bersama produk tenusu seperti susu. Selain itu, pastikan calcium anda mempunyai magnesium kerana magnesium membantu calcium lebih mudah diserap.

Iron:
Diambil bersama dengan vitamin C kerana iron memerlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap

Bagi mereka yang baru mengambil supplement, anda boleh gunakan jadual di bawah sebagai panduan. Ini secara umum yea.

Selepas sarapan : 1x Vitalea, 1x B-complex
Antara sarapan dan makan tengahari : secawan ESP
Selepas makan tengahari : 1x Vitamin C, 2x Alfalfa
Antara makan tengahari dan makan malam : Secawan ESP
Selepas makan malam : 1x Omega, 1x Vitamin E
Sebelum tidur : 2@4x OsteMatrix

Bagi anda yang mengamalkan lecithin untuk berdiet atau merendahkan kolestrol, ambil 2 caps selepas sarapan, makan tengahari dan makan malam berserta dengan 2 biji alfalfa.

Pantang Larang pengambilan vitamin yang perlu dipatuhi

  1. Alfalfa bersama Vitamin E -  Vitamin E akan menghalang penyerapan Alfalfa
  2. OsteMatrix bersama Iron  - Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vitalea mempunyai Iron jadi elakkan pengambilan bersama ostematrix atau produk tenusu. Produk tenusu=kalsium kan?
  3. Alfalfa bersama GLA complex – GLA complex mempunyai vitamin E jadi berbalik kepada pantang no. 1
  4. Pengambilan vitamin bersama kafein seperti kopi dan teh kerana kedua-dua minuman ini mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin.
  5. Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil vitalea kerana vitalea mengandungi iron. 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986

Friday, September 26, 2014

Doa bagi Ibu Hamil


Sentiasalah berdoa agar Allah kurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung. Doanya adalah seperti berikut:

"Ya Allah,peliharakanlah anakku selama di dalam kandunganku dan sembuhlah segala penyakit. Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tiada sembuhan melain dengan penawar-Mu. Ya Allah, lahirkanlah dari kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah anakku ini sihat, sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah, elokkanlah perangainya, fasihkanlah lidahnya dan merdukanlah suara untuk membaca Al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".
Doa Agar Mendapat Anak Soleh / Solehah

"Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku seorang anak yang soleh. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar permohonanku". - surah Ali Imran ayat 38.

Doa Ketika Menanti Saat Bersalin

Ketika telah hampir atau sedang menunggu bersalin, para ibu janganlah asyik risau atau menjerit kesakitan, tetapi eloklah gantikan dengan wirid atau zikir atau doa. Sebaik-baiknya doa dan wirid ialah seperti di bawah dan basahilah lidah dengannya.

"Sesungguhnya tiada tuhan melainkan Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang yang sentiasa menzalimi diri". - surah Al Anbiya ayat 87.

Selanjutnya bacalah Ayat Kursi, Surah Al Ikhlas, Surah Al Falak, Surah An Annas, berulang kali sehingga bersalin.

 Doa Setelah Selamat / Selesai Bersalin

"Aku memohon perlindungan dengan kalimat Allah yang sempurna daripada semua syaitan-syaitan dan binatang-binatang yang berbisa dan daripada pandangan mata jahat".

 Doa Untuk Menghilangkan Lemah-Lemah Dan Sakit-Sakit Selepas Bersalin

"Ya Allah, Sesungguhnya aku ini lemah, kuatkanlah aku. Sesungguhnya aku hina dan muliakanlah aku. Aku miskin dan berikanlah aku rezeki".

Doa dan Ibadah kepada Allah adalah pengharapan agar anak dalam kandungan sentiasa dalam lindungan Allah dan Ibu dapat melahirkannya dengan selamat.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986