Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem
pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel
dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit.
Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-
- Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
- Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
- Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.
Apa Itu Radang Tonsil
Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik
diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada
jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak
sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini
adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel
untukmelawan penyakit.
Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu
sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang
disebut tonsilitis atau radang tonsil.
Apakah Penyebab dan Gejala Tonsil
Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.
Antara Gejala Radang Tonsil
1. Sakit tekak yang kadang-kadang teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit bila menelan
3. Demam yang kadang-kadang sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur
Komplikasi Radang Tonsil
Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas.
Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini
walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam
lingkungan 5-15 tahun.
Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.
Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.
Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).
"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

Suplemen Shaklee Untuk Rawatan Tonsil
- Vitamin C
- Nutriferon (immune booster Shaklee)
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986
No comments:
Post a Comment