My Lovely Vitamins SHAKLEE

JAMINAN HARGA TERBAIK! KESAN OPTIMUM DAN KONSULTASI BERTERUSAN.

Pages

  • Home
  • Produk
  • Sijil Halal
  • Daftar Ahli

Wednesday, April 30, 2014

5 Tip Ibu Hamil Dijauhi Penyakit

Ibu Hamil Mudah Diserang Penyakit?

Tampil sihat kala hamil amat memang wajib bagi bakal ibu. Apatah lagi, wanita hamil bukan lagi sendirian, tetapi berdua bersama kandungan mereka. Justeru, mereka perlu menjaga kesihatan agar janin dan diri sihat sepanjang menempuh sembilan bulan kehamilan

Namun, perlu diketahui sepanjang sembilan bulan itu tahap imunisasi wanita hamil jadi berubah. Wanita hamil 

lebih mudah berhadapan dengan risiko penyakit mahupun jangkitan bakteria mahupun virus.
 





Semasa berada dalam kandungan, janin sudah mempunyai sebahagian daripada DNA ayahnya. Keadaan itu juga membuatkan sistem daya tahan tubuh ibu menganggapnya sebagai ‘benda asing’. Oleh sebab itulah sepanjang kehamilan, sistem daya tahan ibu berubah agar tidak membahayakan janin dalam kandungan. Perubahan-perubahan yang dialami oleh bakal ibu ini termasuklah :



• Peningkatan penghasilan sel makrofaj yang berfungsi untuk menghapuskan bakteria, tetapi ia tidak memberi jaminan dapat melindungi anda dari dijangkiti bakteria.
• Aktiviti sel NK (pembunuh semula jadi), sel darah putih yang menyerang sel-sel yang telah dijangkiti virus atau sebahagian dari tumor jadi berkurangan.
• Aktiviti sel T berkurangan. Sel T merupakan sel yang membantu mengawal jangkitan virus.
• Berkurangnya penghasilan sitokinesis iaitu sejenis protein yang dilepaskan oleh sel imunisasi untuk membolehkan sel-sel lain melawan jangkitan kuman.

Punca Daya Tahan Rendah


Rentetan dari fungsi sel T yang menurun menyebabkan wanita hamil mudah terdedah kepada jangkitan kuman. Hal ini kerana, sistem daya tahan penyakit pada tubuh wanita hamil berubah berbanding dalam keadaan normal. Justeru, penyakit yang berpunca daripada virus akan lebih banyak dialami oleh wanita ketika dirinya hamil.

Daya tahan imunisasi wanita juga boleh turun lebih rendah disebabkan oleh beberapa
perkara. Antaranya:
 
• Perubahan cuaca yang keterlaluan dari panas melampau jadi sejuk
• Berinteraksi dengan ramai orang terutama yang tidak sihat.
• Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat misalnya kekurangan nutrisi.


Penurunan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit di kalangan wanita hamil juga boleh membahayakan nyawa janin. Misalnya jangkitan pada penyakit seperti demam dan batuk.

Apabila bakal ibu diserang penyakit, dua kemungkinan yang cukup dibimbangkan adalah janin turut mengalaminya dan ubatan yang perlu diambil agar tidak membahayakan nyawa janin. Jangkitan kuman yang dialami bakal ibu juga perlu diawasi sama ada ianya boleh mendatangkan risiko kepada janin atau sebaliknya. Apatah lagi, jika ia mampu mengundang risiko keguguran, kelahiran pramatang, janin lahir cacat atau meninggal semasa dalam kandungan.

Sebaik-baiknya bakal ibu perlu lebih berhati-hati ketika mengambil ubat-ubatan bagi merawat penyakit yang dialami. Wanita hamil perlu mendapatkan preskripsi daripada doktor dan tidak boleh sekadar membelinya di kaunter jualan.

Hal ini kerana dikhuatiri ubat-ubatan tadi akan memberi kesan sampingan kepada janin. Preskripsi ubatan yang diberikan oleh doktor selalunya lebih tepat bagi mengatasi penyakit. Lagipun, ada banyak ubat yang selamat untuk wanita hamil malah bakal ibu tidak perlu khuatir ia akan mengundang bahaya kepada janin.

5 Tip Ibu Hamil Dijauhi Penyakit

Jangan menunggu sehingga benar-benar sakit untuk menangani masalah kesihatan wanita hamil. Bagi menangani masalah daya tahan penyakit, wanita hamil perlu ambil tahu tip yang sesuai agar diri tidak mudah diserang penyakit.
 


1. Bakal ibu perlu mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi. Sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Pada waktu tengah hari, cubalah tidur sekejap untuk mendapatkan tubuh yang segar. Sepanjang hamil, cuba elakkan dari melakukan pekerjaan yang berat misalnya mengangkat perabot dan sebagainya.


2. Hindari diri daripada tekanan. Berusahalah untuk mendapatkan sikap yang positif dan tenang. Melalui ketenangan inilah minda yang positif akan merangsang tubuh yang sihat dan gaya hidup yang seimbang.


3. Bersenam boleh dipraktikkan oleh wanita hamil tapi ia perlu diamalkan dengan kaedah yang bersesuaian dengan keadaan fizikal wanita hamil. Jika mereka dalam trimester ketiga cuba lakukan senaman yang ringan sahaja misalnya berjalan perlahan.

4. Selain itu, mengambil makanan yang kaya nutrisi juga amat penting untuk mendapatkan tubuh yang berdaya tahan terhadap serangan penyakit. Asid folik misalnya menjaga sistem imunisasi dan mengurangkan risiko janin cacat sehingga 70 peratus. Sebaiknya ambil sebelum dan sepanjang kehamilan. Penting untuk mengambil asid folik di awal trimester bagi pembentukan otak dan sistem saraf tunjang janin. Begitu juga dengan vitamin lain seperti vitamin C, kalsium, vitamin D dan Zat besi.

5. Segelas susu juga boleh membantu bakal ibu membina pertahanan diri. Misalnya susu untuk ibu mengandung jika diambil secara rutin memberi manfaat yang besar kepada wanita hamil dan janin. Jika anda sering muntah di pagi hari, pengambilan susu boleh menggantikan nutrisi yang terbuang di pagi hari itu.

sumber:http://www.mingguanwanita.com.my/utama/?f=201210096656877375 


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986
Posted by Aniesz Ceasar at 9:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Vitamin dan Tips Ibu Hamil

Tuesday, April 29, 2014

Tips Mengetahui Tanda Awal Kehamilan


Bagaimana mengetahui diri mengandung?

Hari ini saya nak sharing sedikit tips dengan para mommy tanda awal diri kita mengandung.

Jom kita baca apa tanda-tanda awal kehamilan...

1. Payudara membengkak / terasa sakit 
Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon. 




2. Rasa lelah yang berlebih / keletihan
Rasa lelah yang berlebih akan membuat Anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.

3. Mual / loya / muntah
Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenal oleh para wanita hamil. Pemicunya adalah adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua. Jika, rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia kehamilan trimester kedua, sebaiknya periksakan dan konsultasi mengenai hal ini ke dokter Anda, karena akan mengganggu kehamilan.

4. Lebih sensitif terhadap bauan
Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau. 

5. Kembung perut
Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil. 

6. Kerap buang air kecil
Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.
Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.

7. Sakit kepala 
Memang terdengar aneh, karena sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di kepala. Jika Anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen. 

8. Sakit punggung 
Sakit punggung yang dirasakan saat hamil dikarenakan beberapa ligamen di punggung Anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan. 

9. Kram 
Memang kram akan dialami oleh wanita hamil karana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi Anda. 

10. Ngidam 
Sudah tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang hamil. Mau ini, mau itu lalu tiba-tiba Anda ingin makan buah-buahan yang rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang rasanya asam. Jika Anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini adalah tanda-tanda sedang hamil. 

11. Peningkatan temperatur tubuh 
Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Kondisi ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Kondisi ini tidak akan turun ke kondisi sebelum terjadinya ovulasi. 

12. Bau Badan 
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.

13. Pusing atau pengsan 
Mungkin Anda sering menonton adegan wanita hamil yang pingsan. Namun faktanya ini dapat terjadi karena kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. Oleh karena itu, pastikan anda cukup makan dan tentunya banyak minum supaya tidak kekurangan cairan tubuh. 

14. Munculnya darah 
Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio.

15. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan
Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.

Selepas mendapat keputusan yang positif, buatlah temujanji dengan doktor peribadi anda. Tahniah!
kredit: http://www.momschoice.com.my

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986
Posted by Aniesz Ceasar at 9:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Vitamin dan Tips Ibu Hamil

Monday, April 28, 2014

Apa khabar semua? Semoga sihat dan dipermudahkan rezeki semua!

Saya nak kongsi kebaikan set sakit sendi dan lutut. Sebelum tu saya nak tanya apa itu sendi? Kena faham apa itu sendi dan peranannya.


Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.

Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).
Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.
Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.
Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:
  1. Sakit pada sendi yang terlibat.
  2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
  3. Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
  4. Adanya pembesaran tulang sendi.
Bagaimanakah cara nak mengatasi sakit sendi ini? Senang sahaja. Amalkan tiga kaedah ini:

Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat
Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen
Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi
Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang  melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omeg- juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 
Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat

Ostematrix Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

___________________________________________________________

Jangan biarkan sakit sendi dan lutut ini menganggu pergerakan orang tersayang kita...kecil pelaburannya tapi besar manfaatnya. Jadikan hadiah setiap bulan untuk ibubapa kita.

Pencegahan awal boleh menjadikan kita sihat pada masa akan datang. Sama ada kita penghidap sakit sendi atau pun tidak, adalah penting  mendapatkan nutrisi sendi seiring dengan peningkatan usia.

Sakit sendi dan lutut saya hilang dengan vitamin Shaklee : Advanced Joint Health tablet, Ostematrix dan Omegaguard. Jom dapatkannya!


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986
Posted by Aniesz Ceasar at 5:05 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Set Sakit Sendi dan Pinggang

Saturday, April 19, 2014

Kenapa suplemen ni perlu untuk ibu2 hamil ???

Ini kerana ibu-ibu hamil biasanya mengalami
• Alahan – pening, mabuk, muntah
• Kurang selera makan
• HB rendah
• Sakit pinggang
• Darah tinggi
• Kencing manis (GDM)
• Kejang kaki
• Bengkak kaki
• Tidur tak lena
• Sembelit

Oleh itu suplemen-suplemen ni boleh membantu mengatasi masalah dan mencukupkan nutrisi yang tidak cukup.

❏ B Complex – membantu menguraikan glukosa kpd tenaga (sesuai untuk yang ada kencing manis), anti stress, mengandungi asid folik untuk elakkn kecacatan pada janin, meningkatkan sel darah merah so boleh elakkan enemia.

❏ Vitalea – multivitamin lengkap, membantu membekalkan keperluan vitamin dan mineral kepada ibu dan janin, sesuai untuk yang tiada selera makan, yang alahan teruk, mengandungi iron untuk mengelakkan HB rendah.

❏ Vita C – meningkatkan tahap imun (antibodi semula jadi), membantu dalam sintesis kolagen asli dalam badan.

❏ Ostematrix – membekalkan kalsium yang mencukupi , penting utk pembentukan tulang janin, meredakan sakit pinggang, lenguh2 kaki, kejang kaki, mengelakkan sembelit dan membantu tidur yang lena.

Boleh juga nak add on ESP dan Omega Guard

❏ ESP – sumber protein, membekalkan tenaga berpanjang, memberikan rasa kenyang, menguatkan otot rahim. Sesuai untuk yang tiada selera makan, kencing manis dan darah tinggi.

❏ Omega Guard – melancarkan perjalanan darah, mengawal kolesterol dan tekanan darah tinggi, membekalkan EPA dan DHA untuk perkembangan otak janin.
Cadangan pengambilan:
1st trimester – ESP, B Complex, Vitalea, B Complex, Vita C dan Ostematrix 2nd & 3rd trimester – ESP, B Complex, Vitalea, B Complex, Vita C, Ostematrix dan Omega Guard


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986
Posted by Aniesz Ceasar at 9:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Vitamin dan Tips Ibu Hamil

Friday, April 18, 2014

Rmai yang dah cuba...
ramai juga yang telah berjaya...
yerla kan, rezeki di tangan Allah, tapi tak salah untuk kita berusaha..
so bg pasangan yang belum dkurniakan cahaya mata, jangan bersedih hati..
jgn pernah putus asa, usaha sekali ada daya...
kalo nak cuba dengan suplemen, meh cuba set ini...

Antaranya:
En. Suami : Zinc Complex dan Vita E
Pn. Isteri: GLA Complex dan Alfalfa Complex

Manfaatnya:

ZINC COMPLEX
1) Melindungi kesihatan prostat
2) Memperbaiki kemampuan seks lelaki dan meninggikan kiraan sperma.
3) Mengaktifkan 200 jenis enzim dan mengsang regenerasi sel

VITAMIN E COMPLEX
1) Mempertingkatkan kemampuan reproduktif (peningkatan jumlah spema).
2) Meningkatkan kemampuan seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

GLA COMPLEX
1) Mengatur hormon estrogen dan progestron yang sangat penting dalam proses peranakan.
2) Jumlah estrogen dan progestron yang betul akan mengatur kitar haid anda seterusnya meningkatkan kesuburan
3) Menghasilkan cecair serviks yang subur
4) Mengurangkan simptom PMS (sindrom pra haid), baik untuk kulit, dan dapat mengurangkan kolestrol dalam badan

ALFALFA
1) Berfungsi seperti kacip fatimah sejak turun temurun di benua Amerika.
2) Meningkatkan kelinciran dan memantapkan struktur bahagian seksual, sekaligus meningkatkan keintiman hubungan suami isteri dan meningkatkan kesuburan
3) Menghilangkan keputihan dan melegakan ketidakselesaan semasa haid

Mahu mencuba???
Hubungi:
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-3878986 (Anis)
Posted by Aniesz Ceasar at 9:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Set Kesuburan

Thursday, April 17, 2014

Vit E Compleks

Vitamin E mmg terkenal dgn vitamin untuk kecantikan...
Tapi sebenarnya bukan itu je tau..
Banyak lg fungsi lain..
Ada yg panggil vitamin E “Vitamin Cinta” sbbnya ianya boleh merapatkan hubungan suami dan isteri tau...
Yang belum kahwin jgn gatal2 tau..sila gi kawin dulu...
So jom kita share apa lg kebaikan vitamin E ni...

✔ Vitamin e untuk awet muda..kerana ianya boleh melambatkan proses penuaan.

✔ Vitamin E boleh membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik

✔ Vitamin E boleh membantu menghilangkan parut dan jeragat.

✔ Vitamin E juga boleh membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

✔ Vitamin E kaya dgn antioksidaan yg boleh menentang radikal bebas serta dapat mencegah penyakit kanser

✔ Vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

✔ Vitamin E mengembangkan salur darah serta dapat menghalang pembekuan darah dr berlaku

✔ Vitamin E meningkat kesuburan lelaki & wanita, menstabilkan hormon produktif lelaki & wanita, serta meningkatkan kuantiti & kualiti sperma bagi kaum lelaki.

Lepas tu kenapa nak pilih Vitamin E Shaklee..
Sebabnya Vitamin E Shaklee dah ada sekali selenium.
Selenium bertindak sebagai pelengkap untuk menyempurnakan tindak balas/ fungsi vitamin E.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986
Posted by Aniesz Ceasar at 5:27 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Vit E Compleks

Wednesday, April 16, 2014

Produk baru Shaklee, Phytocol-ST mampu turunkan kolestrol


Bagi yang ada masalah kolestrol tinggi, atau pun masalah nafsu makan... lebih-lebih lagi jenis makanan berlemak..nantikan kehadiran produk baru yang bakal dilancarkan pada Jun nanti...Fungsinya ia mampu menurunkan kolestrol secara semulajadi.  Cara pengambilannya, kena ambil suplemen ni sebelum makan makanan berlemak tu.. Jadi memang kena ada sentiasa lah "sediakan payung sebelum hujan" biasanya hari pelancaran ada extra promo. Jom Book!!!



Posted by Aniesz Ceasar at 8:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: PHYTOCOL-ST

Tuesday, April 15, 2014

Jangkitan Kuman pada paru-paru boleh membawa maut (pneumonia)

Terkejut dengan berita kawan yang kehilangan bayinya akibat jangkitan kuman pada paru-paru, teringat pula saat-saat getir waktu menjaga Raudhah yang juga mendapat pneumonia bulan lepas. Jangkitan kuman pada paru-paru boleh membawa maut apatah lagi jika pneumonia ini terkena pada bayi dan kanak2. Berikut saya kongsikan artikel bermanfaat dari majalah pa&ma


**************************************************
 AWAS, Pneumonia Membawa Maut

 

bayi2
Masih terbayang berita di dada akhbar pada pertengahan tahun lepas mengenai kematian
 bayi berusia empat bulan di sebuah taska. Kematiannya adalah berpunca daripada
 jangkitan kuman pada paru-paru dan bukan disebabkan tersedak susu. Tidak mahu pisang 
berbuah dua kali, berita ini membuatkan kita terfikir bagaimana perkara itu boleh berlaku. 
Memang benar, ajal maut semuanya di tangan-NYA. Namun sebagai hamba-Nya, kita boleh
 berikhtiar untuk mengelak daripada berlaku. 
Adakah anak kerap diserang batuk, demam dan selesema? Apabila ini berlaku, sudah tentu 
si kecil kurang selera makan dan enggan minum susu. Ada kalanya susu yang 
diminum tersedak disebabkan batuk. Ia mungkin situasi biasa, tetapi jika masalah kesihatan
 itu berlarutan lebih tiga hari, cepatlah bertindak! Ini kerana jika dibiarkan, paru-paru anak
 anda mungkin dijangkiti virus yang mengakibatkan anak anda mengalami pneumonia.
Secara umumnya jangkitan paru-paru adalah berkaitan penyakit pneumonia. Pneumonia 

merujuk kepada jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan seseorang itu 
sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah 
dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan mengakibatkan oksigen tidak sampai ke dalam 

darah dan sel tubuh. Ini akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan 
oksigen yang menyebabkan dia sukar bernafas yang membahayakan nyawa si manja anda.
Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara

 bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, 
‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ 
dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di 
hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru. 

Pencegahan Awal
Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang sangat biasa di kalangan 

kanak-kanak Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di
 bawah 5 tahun.
Kira-kira 60 peratus punca utama kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke wad 

di Malaysia. Pada awalnya kanak-kanak akan mengalami keradangan paru-paru 
(bronkitis) sebelum bertukar menjadi lebih kronik iaitu pneumonia. Pneumonia mungkin
 sukar dikesan pada kanak-kanak yang aktif, tetapi secara umum boleh dikesan menerusi 
perubahan sifat kanak-kanak itu iaitu meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.
Bagi kanak-kanak yang aktif, mungkin sedikit sukar mengesan gejala ini tetapi jika dia batuk

 berpanjangan selama tiga hari, lesu, muntah, nafas berbunyi dan mengalami kekurangan 
air (dehidrasi) segera dapatkan pemeriksaan lanjut dengan pegawai perubatan 
berdekatan. ibu bapa sepatutnya menyedari risiko pneumonia. Segera berjumpa 
doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kanak-kanak yang berisiko mendapat penyakit
 ini ialah mereka yang dijaga oleh pengasuh di taska, ‘day care’ iaitu dalam kelompok 
yang ramai dan keluarga yang besar dengan rumah yang sempit. Pada masa yang 
sama persekitaran dibiarkan tidak bersih dan perkongsian bekas makanan dan 
minuman yang menyebabkan penyakit disebar dengan mudah.
Dalam pada itu, bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat dan tidak 

ada sebab bayi ini mengalami demam. Namun jika tetap mengalami demam, bayi 
harus menjalani pemeriksaan imunisasinya.
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat 

terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan 
air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda
 berikut perlu dimasukkan ke hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas , bibir 
menjadi biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing. 
Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.

Simptom
♦ Demam panas
♦ Batuk dengan atau tanpa kahak
♦ Sakit dada
♦ Tiada selera makan, tidak mahu makan
♦ Rasa tidak sihat, sering merengek
♦ Pernafasan laju atau susah bernafas
♦ Muntah atau cirit-birit


Rawatan
Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik 

akan diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan
 atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen,
 antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.
Dalam pada itu, pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman boleh dilakukan 

seperti amalan kebersihan diri, persekitaran yang baik dan meneruskan penyusuan susu ibu.
 Alternatif lain pencegahan awal ibu bapa boleh mendapatkan vaksin melalui hospital 
swasta untuk meningkatkan imun anak anda. Vaksin seperti vaksin batuk kokol (pertussis)
 dan demam campak (measles), Vaksin influenza dan Vaksin pneumococcal merupakan
 pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. 

♦ Beza batuk biasa dan batuk pneumonia
Batuk biasa Bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat pneumonia. 

♦ Batuk pneumoniaBunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam sehingga ke pagi. 

Kahak berhimpun kerana lebih kerap batuk di sebelah malam. 

5 Tip Mudah
1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap oleh anak 

kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.
3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.


Ceramah oleh Dr Nomee Ashikin tentang cara menangani batuk dan asthma di kalangan
 bayi dan kanak-kanak. Salah seorang peserta bertanyakan tentang minyak ikanatau
 omega untuk anak2 yang asma atau batuk. Menurut Dr Nomee, minyak ikan yang 
mengandungi DHA dan EPA membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan
 jangkitan kuman, Rasionalnya, pemberian minyak ikan sememangnya membantu anak2 
yang diserang batuk dan astma asalkan minyak ikan tadi mengandungi DHA dan EPA 
yang bersesuaian dan ianya dari sumber semulajadi. 

Kini, saya pastikan anak2 saya mendapat supplemen minyak ikan terbaik bagi mengelak 
sejarah berulang. Dikala malaysia dilanda jerebu minggu lepas dan ramai kanak2 dan 
dewasa diserang batuk, namun anak2 saya selamat dari gejala ini, alhamdulillah. 
Saya percaya pemberian OmegaGuard dan Mealshake amat membantu sistem daya
 tubuh anak2 saya melawan jangkitan kuman, dengan izin Allah. 




Posted by Aniesz Ceasar at 3:44 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Tips dan Kesihatan Kanak-Kanak

Monday, April 14, 2014

Koleksi Testimoni


Antara testimoni terkini untuk naikkan semangat kawan-kawan konsisten pengambilan suplimen untuk kesan lebih optimum. 









Posted by Aniesz Ceasar at 2:08 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: koleksi testimoni

Wednesday, April 9, 2014

Rawatan Ekzema

Ekzema atau dermatitis adalah penyakit kulit yang dialami oleh semua peringkat umur. Tedapat rawatan ekzema bagi mengurangkan penyakit ini. Ekzema ini berperingkat, yang ringan hingga yang berat. Bagi ekzema ringan, kulit akan menjadi kering, rasa panas dan gatal-gatal.Ekzema yang agak berat pula, kulit menjadi pecah, retak dan juga berdarah. Walaupun nampak teruk, ekzema tak berjangkit. Dengan rawatan ekzema yang baik, sakit akan berkurangan. Tapi mesti berjaga-jaga kerana kulit pesakit ekzema agak sensitif. Perlu penjagaan yang lebih:4 Rawatan Ekzema (General)
  • Elakkan dari perkara yang merengsa seperti bahan kimia atau pakaian yang gatal.
  • Gunakan selalu 'emollients' bahan pencuci bukan sabun. Juga krim pelembap yang khas untuk ekzema.
  • Gunakan rawatan anti-radang sama ada berasaskan steroids atau yang semulajadi dan tiada kesan sampingan
  • Penggunaan sarung tangan juga disarankan. Bagi mengelak kulit tercedera apabila digaru kerana gatal.
Ya, ekzema bukan mudah hendak dihilangkan. Rawatan ekzema boleh jadi leceh dan memenatkan. Tapi bersabarlah, jika benar rawatan yang diambil, ekzema akan berkurangan.6 Cara Mencegah Ekzema Lebih Teruk

  • 5 Minutes Rule, sapakan emollient sekitar 5 minit selepas mandi. Masa ini, kulit akan kehilangan lembapan dan menjadi kering
  • Beli atau guna pakaian dan 'bedding' yang berasaskan cotton.
  • Pastikan kuku anak yang ada ekzema kekal pendek.
  • Sarungkan sarung tangan bagi anak yang kecil.
  • Elakkan apa juga yang boleh 'trigger ekzema'. Seperti makanan atau bahan kimia atau bahan sintetik.
  • Bagi punca ekzema yang disebabkan 'dust mites'. Jangan gunakan carpet. Basuh selalu pakaian, bedding dan  'soft toys' untuk elak ekzema menjadi parah.
  • Cari tempat yang sejuk elak kulit menjadi gatal.

Rawatan Ekzema: Dalaman Ekzema boleh dicegah menjadi lebih teruk dengan pengambilan makanan tambahan yang baik. Bahan semulajadi bagi mengawal kegatalan dan radang. Juga merawat luka-luka disebabkan ekzema. Set Ekzema Shaklee, insyaallah membantu mengurangkan ekzema yang teruk.Set ini terdiri dari Omega Guard, Energizing Soy Protein (ESP) dan GLA. Kebaikan bagi merawat ekzema:Omega Guard: Bersifat semulajadi anti radang. Juga memulihkan dan mengawal ekzema dari dari dalam. Pengambilan yang konsisten akan elakkan ekzema dari menyerang. ESP: Kaya dengan protein soya. Menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru dengan cepat. Memulihkan parut dan bekas ekzema.GLA: Bagus untuk hampir semua sakit kulit. Mengurangkan kegatalan. Melembapkan kulit yang kering disebabkan ekzema.
Posted by Aniesz Ceasar at 10:55 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Set Alahan/Resdung/Asma/Ekzema

Tuesday, April 8, 2014

Bagaimana ESP Shaklee mengekalkan tenaga?

Bagaimana ESP Shaklee mengekalkan tenaga?


Salah satu keistimewaan terbesar ESP adalah keupayaannya membantu pengguna 

berasa bertenaga walaupun selepas berjam-jam lamanya.

Graf menunjukkan paras gula dalam darah dengan pemberian diet protein yang berbeza






















Inilah yang dikatakan sebagai respon glisemik.

Anda boleh baca sini untuk maklumat lanjut berkenaan glisemik.

Dalam satu kajian, pengguna diberi karbohidrat sebagnyak 110 kalori dan paras gula 

dalam darah mereka diuji setiap setengah jam. Sebagaimana dijangka, gula dalam 
darah naik sebaik sahaja memakan karbohidtrat tersebut dan terus menyebabkan 
elemen kelaparan. Inilah yang dikatakan efek rollercoaster iaitu efek yang membuatkan 
seseorang merasa lapar, dll.

Sebaliknya berlaku apabila pengguna diberikan 110 kalori ESP. Hasil kajian yang 

didapati dalah berbeza. Paras gula dalam darah tidak naik mendadak atau tidak turun. 
Sebalinya ia kekal pada paras yang normal.

Hebat kan?

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana 

pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

PM/SMS/Watsapp 0193878986(Anis)
Facebook : Aniesz Ceasar
Konsultansi percuma
Posted by Aniesz Ceasar at 9:55 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Kelebihan dan Kebaikan ESP

Sunday, April 6, 2014

Mata Bercahaya, Pipi Kemerahan Dengan Carotomax

Haaaa...amacam, menarik dan tertarik x dengan tajuk entry saya ari ni....

Pada yang bercermin mata, yang bercontact lens, yang mata rabun ayam mahupun rabun malam, nilah produk yang pasti buat anda t tido malam memikirkannya...

Bagi yang nak cantik...(citer pasal cantik lagi..best kan...), yang teringin nak pipi nampak kemerah-merahan walaupun x pakai blusher n kulit x berapa nak cerah, ini jugakla produk  yang patut dan sangat perlu anda dapatkan sebaik saja anda habis baca entry ni.... ^__^

Memperkenalkan....

mata bersinar dengan carotomax shaklee
CAROTOMAX......si kecil yang comel lote, tapi kuasanya, setanding pembedahan laser mata....(exaggeration sikit ye di situ ya) dan sehebat blusher jenama-jenama make up yang hebat seperti MAC, Maybelline, SimplySiti dan sebagainya...(x berapa nak tau sangat brand make up sebab x guna hihihi)...

Apa yang best sangat Carotomax ni??? Untuk pengetahuan, carotomax ni lah produk Shaklee yang paling sikit kuantitinya dalam sebotol, hanya ada 30 biji je dalam setiap botol, malah botolnya kecik je, so sangat mudah nak dibawa ke mana-mana. Letak dalam handbag pun dia tak amik space yang besar...

Carotomax memberikan anda perlindungan antioksida yang sangat tinggi. Ini kerana, ianya mengandungi 6 jenis karotenoid yang sangat diperlukan oleh badan, yang TIDAK terdapat dalam produk-produk kesihatan yang lain, dalam hanya 1 kapsul sahaja. Kesemuakarotenoid  ini adalah diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang memang terkenal kaya dengan antioksida seperti rumpai laut, non-GMO tomato, biji anggur, brokoli, pot marigold, epal, kentang, minyak sawit, strawberi, karot dan sebagainya. Setiap buahan mahupun sayuran ini diekstrak khasiat anti-oksidanya melalui cara pengasingan dan disalurkan dalam bentuk flavanoid dan karotenoid yang semulajadi.

carotomax shaklee
Secara puratanya, manusia hanya mampu memperolehi sebanyak 8mg karotenoid lutein, likopena dan beta karotena dari sumber makanan, sebaliknya badan kita memerlukan lebih dari itu. Akan tetapi, dengan adanya Carotomax, badan kita mampu mendapatkan sehingga 15mgkarotenoid dari hanya sebiji kapsul sahaja!! hebat kan... ^__^

Manfaat utama Carotomax antaranya adalah :
  1. lebih selamat dari vitamin A : pengambilan vitamin A yang berlebihan boleh menyebabkan toksisiti, seperti yang ditemui oleh saintis pada tahun 1912.
  2. mempertingkatkan penglihatan : ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap. mempertingkatn masalah penglihatan seperti rabun malam, rabun dekat, mata kering, gegelung hitam di bawah mata dan sebagainya.
  3. meredakan penyakit kulit : pengambilan yang berterusan akan melegakan masalah kulit seperti kulit kering, kulit gugur, jerawat, acne dan lain-lain.
  4. melawan kanser dan oksidasi : pengambilan kerap beta karotena membantu mengukuhkan sistem imunisasi, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser serta menghalang pembentukan sel-sel kanser yang baru.
  5. menghalang infeksi : merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru seperti batuk, hepatitis, asma dan selsema.
 Setiap hidangan sebiji Carotomax adalah bersamaan dengan....
carotomax shaklee
Baguskan....adakalanya kita tak mampu nak makan kesemua ini setiap hari. Akan tetapi, hanya dengan sebiji Carotomax, kita mampu membekalkan nutrisi yang lengkap untuk badan kita...

Seperti yang saya sebutkan di atas, tidak ada satu pun supplemen selain Shaklee yang mempunyai 6 jenis karotenoid dalam satu kapsul. Paling banyak pun, hanya setakat 5 jeniskarotenoid sahaja, akan tetapi, harganya sangat menakutkan. Malah anda perlu mengambil lebih dari 1 biji dalam sehari bagi mendapatkan kandungan nutrisi yang sama dengan sebiji Carotomax Shaklee.

Berikut adalah perbandingannya..


Cadangan pengambilan
  • untuk pemeliharaan kesihatan : 1 atau 2 kapsul, dimakan 2 kali sehari (selepas makan)
  • untuk penyakit mata, semas rawatan penyakit : 2 kapsul , 2 kali sehari (slepas makan)
Bagaimana??? Mahukah anda mata yang bebas cermin mata, bebas contact lens, mampu memandu malam tanpa risaukan silau lampu kereta lain, kulit pipi yang kemerah-merahan tanpa perlu bersusah-payah tepek make-up tebal??

Dapatkan segera untuk yang nak...Bagi yang tak nak, sila abaikan posting ini... ^__^ 


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986
Posted by Aniesz Ceasar at 8:30 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Carotomax
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Search This Blog


About Me

My photo
Aniesz Ceasar
Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
Siapa saya? Saya Noranisa Md Ceasar full time bekerja di sektor swasta dan menjalankan BISNES Part Time sebagai pengedar Shaklee dan Firmax 3 di Taman Equine, Lestari Perdana, Bandar Kinrara, Puncak Jalil, Bukit Jalil, Seri kembangan Putrajaya, KL dan Seluruh Malaysia. Isteri kepada suami tercinta, Mohd Nafiezee Harun dan ibu kepada 2 orang puteri yang comel, Airish Faqihah dan Ayra Arissa.dan seorang putera ayden huzayl. Saya juga ada kawan-kawan COD area Batu Pahat, Parit Raja, Seri Kembangan, Equine dan Kajang. Berminat untuk konsultasi berterusan sms/wassup 0193878986 dan ingin sertai group biz saya amatlah dialu-alukan.
View my complete profile

Total Pageviews

119257

Popular Posts

  • 24 Manfaat Omega Guard Shaklee
    ANDA OBES? PEROKOK TEGAR? KOLESTEROL TINGGI? SERING SAKIT ATAU DEMAM? MEMPUNYAI SEJARAH PESAKIT KANSER? ANDA HARUS BACA NI. ============...
  • Harga Ahli dan Bukan Ahli Set Jeragat Premium Shaklee
    Assalamualaikum Semua.... Kalini anis nak share tentang kebaikan produk set jeragat Shaklee dan perbezaan harga  jika anda memilih menj...
  • (no title)
    Jom Share Apa yang Tak Boleh dalam pengambilan Suplimen Shaklee [APA YANG TAK BOLEH..] 1. Ibu yang hamil dan menyusukan bayi tak boleh...
  • Hepatitis B dan Shaklee - Apa kaitannya?
    Kenapa entri ni keluar? Tadi dapat pertanyaan dari customer pasal supplement orang pesakit Hepatits B. Sebelum nak bagi supplement apa ya...

Blog Archive

  • ►  2020 (2)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2018 (19)
    • ►  October (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (16)
  • ►  2017 (21)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (14)
    • ►  January (2)
  • ►  2016 (8)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
  • ►  2015 (49)
    • ►  October (5)
    • ►  July (7)
    • ►  June (12)
    • ►  May (1)
    • ►  April (14)
    • ►  February (6)
    • ►  January (4)
  • ▼  2014 (192)
    • ►  October (5)
    • ►  September (28)
    • ►  August (31)
    • ►  July (36)
    • ►  June (24)
    • ►  May (7)
    • ▼  April (14)
      • 5 Tip Ibu Hamil Dijauhi Penyakit
      • Tips Mengetahui Tanda Awal Kehamilan
      • Apa khabar semua? Semoga sihat dan dipermudahkan ...
      • Kenapa suplemen ni perlu untuk ibu2 hamil ??? In...
      • Rmai yang dah cuba...ramai juga yang telah berja...
      • Vit E Compleks
      • Produk baru Shaklee, Phytocol-ST mampu turunkan ko...
      • Jangkitan Kuman pada paru-paru boleh membawa maut ...
      • Koleksi Testimoni
      • Rawatan Ekzema
      • Bagaimana ESP Shaklee mengekalkan tenaga?
      • Mata Bercahaya, Pipi Kemerahan Dengan Carotomax ...
      • Carotomax
      • Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Arini n...
    • ►  March (15)
    • ►  February (22)
    • ►  January (10)
  • ►  2013 (263)
    • ►  December (14)
    • ►  November (21)
    • ►  October (17)
    • ►  September (20)
    • ►  August (21)
    • ►  July (19)
    • ►  June (27)
    • ►  May (56)
    • ►  April (66)
    • ►  March (2)

Labels

  • 3 Gems Shaklee (1)
  • Advance Joint Health Tablet (3)
  • Alfafa Complex (8)
  • Amenorrhoea-Sukar hamil (1)
  • Anemia (1)
  • Autisme (1)
  • B COMPLEX (2)
  • Badan Letih (2)
  • Barang Rumah (1)
  • BASIC H (1)
  • Batu Karang (1)
  • Berpantang (2)
  • BINTIK/BINTIL KOLESTROL (2)
  • Bisul (2)
  • Buasir (4)
  • Carotomax (5)
  • Carpal Tunnel Syndrome (2)
  • Cinch Shake (3)
  • Cinch Tea Shaklee (1)
  • COD Equine (5)
  • COD Puncak Jalil (4)
  • Collagen Powder (10)
  • Coq Health Plus Shaklee (9)
  • Cyst dan Fibroid Shaklee (8)
  • Darah Tinggi dan Kencing Manis Shaklee (10)
  • Denggi (3)
  • Doa (1)
  • DTX Complex (5)
  • Garlic (7)
  • Gastrik (4)
  • Get Clean Water Pitcher (2)
  • GLA (8)
  • Gout (4)
  • Haid Tidak teratur (1)
  • HEPATITIS B (2)
  • Herbal Blend (1)
  • Herblax (7)
  • Hypocalcemia (1)
  • INFO KESIHATAN (1)
  • Jadi/ Joint Ahli dan Kelebihan (5)
  • Jadual Pengambilan dan Pantang Larang (3)
  • KANSER PAYUDARA (1)
  • Keguguran Berulang (Reccurent Misscarriage) (1)
  • Kelebihan dan Kebaikan ESP (11)
  • koleksi testimoni (22)
  • Kulat (3)
  • Lecthin (5)
  • Masalah Bau Badan (1)
  • Mealshake Shaklee (8)
  • Migrain Shaklee (5)
  • Nafas /Mulut Berbau (1)
  • Nutriferon (5)
  • Omega Guard (18)
  • Ostematrik (13)
  • Osteoarthritis (1)
  • Pantang Larang dan TIDAK BOLEH DIAMBIL (1)
  • Pedih Ulu Hati (1)
  • Penyakit Buah Pinggang (3)
  • Penyakit Tibi (1)
  • Peppermint Ginger Plus Shaklee (4)
  • Performance Drink (4)
  • PERIOD TIDAK TETAP (4)
  • PHYTOCOL-ST (3)
  • Produk Shaklee (1)
  • Rheumatoid arthritis (1)
  • Set Alahan/Resdung/Asma/Ekzema (6)
  • Set Budget Shaklee (3)
  • Set Ibu berpantang/ Selepas Pembedahan (11)
  • Set Kecantikan Kulit (15)
  • Set Keluarga (1)
  • Set Kesuburan (8)
  • Set Naikkan Berat Badan (1)
  • SET PAKEJ SHAKLEE (12)
  • Set Penjagaan Rambut / Hair Care - Pro Sante Shaklee (4)
  • Set Penyusuan (12)
  • Set Sakit Sendi dan Pinggang (4)
  • Set Slimming/Turun Berat (28)
  • Set Suami Isteri Shaklee (2)
  • Shaker Murah (1)
  • SHAKLEE Malaysia (17)
  • Simpul Biawak (1)
  • Skin Care Enfuselle (1)
  • Skin Care Nutriwhite (1)
  • Status Halal (2)
  • Talasemia (1)
  • Tips dan Kesihatan Kanak-Kanak (25)
  • Tips dan Petua Kesuburan (5)
  • Tips dan Petua Penyusuan (12)
  • Tips Kewangan (1)
  • TIPS MEMBELI PRODUK SHAKLEE PADA HARGA AHLI (1)
  • tips sebelum hamil (1)
  • Tips-Tips Kesihatan dan Kecantikan (43)
  • Tiroid dan Shaklee (2)
  • Tonsil (2)
  • ULSER (1)
  • Vit C Shaklee (12)
  • Vit E Compleks (10)
  • Vitalea atau Multivitamin Shaklee (5)
  • Vitalea For Children (3)
  • Vitamin dan Tips Ibu Hamil (40)
  • Vitamin Untuk Lelaki (2)
  • Vivix (17)
  • zinc Complex Shaklee (3)
Picture Window theme. Theme images by Juxtagirl. Powered by Blogger.