My Lovely Vitamins SHAKLEE

JAMINAN HARGA TERBAIK! KESAN OPTIMUM DAN KONSULTASI BERTERUSAN.

Pages

  • Home
  • Produk
  • Sijil Halal
  • Daftar Ahli

Tuesday, April 15, 2014

Jangkitan Kuman pada paru-paru boleh membawa maut (pneumonia)

Terkejut dengan berita kawan yang kehilangan bayinya akibat jangkitan kuman pada paru-paru, teringat pula saat-saat getir waktu menjaga Raudhah yang juga mendapat pneumonia bulan lepas. Jangkitan kuman pada paru-paru boleh membawa maut apatah lagi jika pneumonia ini terkena pada bayi dan kanak2. Berikut saya kongsikan artikel bermanfaat dari majalah pa&ma


**************************************************
 AWAS, Pneumonia Membawa Maut

 

bayi2
Masih terbayang berita di dada akhbar pada pertengahan tahun lepas mengenai kematian
 bayi berusia empat bulan di sebuah taska. Kematiannya adalah berpunca daripada
 jangkitan kuman pada paru-paru dan bukan disebabkan tersedak susu. Tidak mahu pisang 
berbuah dua kali, berita ini membuatkan kita terfikir bagaimana perkara itu boleh berlaku. 
Memang benar, ajal maut semuanya di tangan-NYA. Namun sebagai hamba-Nya, kita boleh
 berikhtiar untuk mengelak daripada berlaku. 
Adakah anak kerap diserang batuk, demam dan selesema? Apabila ini berlaku, sudah tentu 
si kecil kurang selera makan dan enggan minum susu. Ada kalanya susu yang 
diminum tersedak disebabkan batuk. Ia mungkin situasi biasa, tetapi jika masalah kesihatan
 itu berlarutan lebih tiga hari, cepatlah bertindak! Ini kerana jika dibiarkan, paru-paru anak
 anda mungkin dijangkiti virus yang mengakibatkan anak anda mengalami pneumonia.
Secara umumnya jangkitan paru-paru adalah berkaitan penyakit pneumonia. Pneumonia 

merujuk kepada jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan seseorang itu 
sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah 
dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan mengakibatkan oksigen tidak sampai ke dalam 

darah dan sel tubuh. Ini akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan 
oksigen yang menyebabkan dia sukar bernafas yang membahayakan nyawa si manja anda.
Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara

 bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, 
‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ 
dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di 
hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru. 

Pencegahan Awal
Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang sangat biasa di kalangan 

kanak-kanak Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di
 bawah 5 tahun.
Kira-kira 60 peratus punca utama kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke wad 

di Malaysia. Pada awalnya kanak-kanak akan mengalami keradangan paru-paru 
(bronkitis) sebelum bertukar menjadi lebih kronik iaitu pneumonia. Pneumonia mungkin
 sukar dikesan pada kanak-kanak yang aktif, tetapi secara umum boleh dikesan menerusi 
perubahan sifat kanak-kanak itu iaitu meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.
Bagi kanak-kanak yang aktif, mungkin sedikit sukar mengesan gejala ini tetapi jika dia batuk

 berpanjangan selama tiga hari, lesu, muntah, nafas berbunyi dan mengalami kekurangan 
air (dehidrasi) segera dapatkan pemeriksaan lanjut dengan pegawai perubatan 
berdekatan. ibu bapa sepatutnya menyedari risiko pneumonia. Segera berjumpa 
doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kanak-kanak yang berisiko mendapat penyakit
 ini ialah mereka yang dijaga oleh pengasuh di taska, ‘day care’ iaitu dalam kelompok 
yang ramai dan keluarga yang besar dengan rumah yang sempit. Pada masa yang 
sama persekitaran dibiarkan tidak bersih dan perkongsian bekas makanan dan 
minuman yang menyebabkan penyakit disebar dengan mudah.
Dalam pada itu, bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat dan tidak 

ada sebab bayi ini mengalami demam. Namun jika tetap mengalami demam, bayi 
harus menjalani pemeriksaan imunisasinya.
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat 

terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan 
air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda
 berikut perlu dimasukkan ke hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas , bibir 
menjadi biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing. 
Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.

Simptom
♦ Demam panas
♦ Batuk dengan atau tanpa kahak
♦ Sakit dada
♦ Tiada selera makan, tidak mahu makan
♦ Rasa tidak sihat, sering merengek
♦ Pernafasan laju atau susah bernafas
♦ Muntah atau cirit-birit


Rawatan
Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik 

akan diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan
 atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen,
 antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.
Dalam pada itu, pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman boleh dilakukan 

seperti amalan kebersihan diri, persekitaran yang baik dan meneruskan penyusuan susu ibu.
 Alternatif lain pencegahan awal ibu bapa boleh mendapatkan vaksin melalui hospital 
swasta untuk meningkatkan imun anak anda. Vaksin seperti vaksin batuk kokol (pertussis)
 dan demam campak (measles), Vaksin influenza dan Vaksin pneumococcal merupakan
 pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. 

♦ Beza batuk biasa dan batuk pneumonia
Batuk biasa Bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat pneumonia. 

♦ Batuk pneumoniaBunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam sehingga ke pagi. 

Kahak berhimpun kerana lebih kerap batuk di sebelah malam. 

5 Tip Mudah
1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap oleh anak 

kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.
3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.


Ceramah oleh Dr Nomee Ashikin tentang cara menangani batuk dan asthma di kalangan
 bayi dan kanak-kanak. Salah seorang peserta bertanyakan tentang minyak ikanatau
 omega untuk anak2 yang asma atau batuk. Menurut Dr Nomee, minyak ikan yang 
mengandungi DHA dan EPA membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan
 jangkitan kuman, Rasionalnya, pemberian minyak ikan sememangnya membantu anak2 
yang diserang batuk dan astma asalkan minyak ikan tadi mengandungi DHA dan EPA 
yang bersesuaian dan ianya dari sumber semulajadi. 

Kini, saya pastikan anak2 saya mendapat supplemen minyak ikan terbaik bagi mengelak 
sejarah berulang. Dikala malaysia dilanda jerebu minggu lepas dan ramai kanak2 dan 
dewasa diserang batuk, namun anak2 saya selamat dari gejala ini, alhamdulillah. 
Saya percaya pemberian OmegaGuard dan Mealshake amat membantu sistem daya
 tubuh anak2 saya melawan jangkitan kuman, dengan izin Allah. 




Posted by Aniesz Ceasar at 3:44 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Tips dan Kesihatan Kanak-Kanak

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
View mobile version
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Search This Blog


About Me

My photo
Aniesz Ceasar
Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
Siapa saya? Saya Noranisa Md Ceasar full time bekerja di sektor swasta dan menjalankan BISNES Part Time sebagai pengedar Shaklee dan Firmax 3 di Taman Equine, Lestari Perdana, Bandar Kinrara, Puncak Jalil, Bukit Jalil, Seri kembangan Putrajaya, KL dan Seluruh Malaysia. Isteri kepada suami tercinta, Mohd Nafiezee Harun dan ibu kepada 2 orang puteri yang comel, Airish Faqihah dan Ayra Arissa.dan seorang putera ayden huzayl. Saya juga ada kawan-kawan COD area Batu Pahat, Parit Raja, Seri Kembangan, Equine dan Kajang. Berminat untuk konsultasi berterusan sms/wassup 0193878986 dan ingin sertai group biz saya amatlah dialu-alukan.
View my complete profile

Total Pageviews

Popular Posts

  • 10 Sebab Shaklee Vitamin Terbaik
    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ikutkan banyak je supplement atau ubat yang tersusun di rak farmasi. Tapi tak hairan bilamana sab...
  • Jangan Ambil Mudah Gejala Kencing Kotor Ketika Hamil
    Kencing kotor ketika hamil ini jangan kita ambil mudah. Jangan pandang enteng! Jangkitan kuman boleh merebak ke buah pinggang dan...
  • Tips Memgurus Kewangan Keluarga Dan Peribadi
    Assalamualaikum..arini nak share tips kewangan..anis bab-bab ni:) Mengurus kewangan? Memang saya sangat lemah part ni. Kadang-kadang bila ...
  • SET KURUS
    PILIHLAH LANGSING SECARA SIHAT DAN SELAMAT sebagai azam tahun baru 2013! Masih blm terlambat untk mencuba untuk menurunkan berat ba...

Blog Archive

  • ►  2020 (2)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2018 (19)
    • ►  October (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (16)
  • ►  2017 (21)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (14)
    • ►  January (2)
  • ►  2016 (8)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
  • ►  2015 (49)
    • ►  October (5)
    • ►  July (7)
    • ►  June (12)
    • ►  May (1)
    • ►  April (14)
    • ►  February (6)
    • ►  January (4)
  • ▼  2014 (192)
    • ►  October (5)
    • ►  September (28)
    • ►  August (31)
    • ►  July (36)
    • ►  June (24)
    • ►  May (7)
    • ▼  April (14)
      • 5 Tip Ibu Hamil Dijauhi Penyakit
      • Tips Mengetahui Tanda Awal Kehamilan
      • Apa khabar semua? Semoga sihat dan dipermudahkan ...
      • Kenapa suplemen ni perlu untuk ibu2 hamil ??? In...
      • Rmai yang dah cuba...ramai juga yang telah berja...
      • Vit E Compleks
      • Produk baru Shaklee, Phytocol-ST mampu turunkan ko...
      • Jangkitan Kuman pada paru-paru boleh membawa maut ...
      • Koleksi Testimoni
      • Rawatan Ekzema
      • Bagaimana ESP Shaklee mengekalkan tenaga?
      • Mata Bercahaya, Pipi Kemerahan Dengan Carotomax ...
      • Carotomax
      • Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Arini n...
    • ►  March (15)
    • ►  February (22)
    • ►  January (10)
  • ►  2013 (263)
    • ►  December (14)
    • ►  November (21)
    • ►  October (17)
    • ►  September (20)
    • ►  August (21)
    • ►  July (19)
    • ►  June (27)
    • ►  May (56)
    • ►  April (66)
    • ►  March (2)

Labels

  • 3 Gems Shaklee (1)
  • Advance Joint Health Tablet (3)
  • Alfafa Complex (8)
  • Amenorrhoea-Sukar hamil (1)
  • Anemia (1)
  • Autisme (1)
  • B COMPLEX (2)
  • Badan Letih (2)
  • Barang Rumah (1)
  • BASIC H (1)
  • Batu Karang (1)
  • Berpantang (2)
  • BINTIK/BINTIL KOLESTROL (2)
  • Bisul (2)
  • Buasir (4)
  • Carotomax (5)
  • Carpal Tunnel Syndrome (2)
  • Cinch Shake (3)
  • Cinch Tea Shaklee (1)
  • COD Equine (5)
  • COD Puncak Jalil (4)
  • Collagen Powder (10)
  • Coq Health Plus Shaklee (9)
  • Cyst dan Fibroid Shaklee (8)
  • Darah Tinggi dan Kencing Manis Shaklee (10)
  • Denggi (3)
  • Doa (1)
  • DTX Complex (5)
  • Garlic (7)
  • Gastrik (4)
  • Get Clean Water Pitcher (2)
  • GLA (8)
  • Gout (4)
  • Haid Tidak teratur (1)
  • HEPATITIS B (2)
  • Herbal Blend (1)
  • Herblax (7)
  • Hypocalcemia (1)
  • INFO KESIHATAN (1)
  • Jadi/ Joint Ahli dan Kelebihan (5)
  • Jadual Pengambilan dan Pantang Larang (3)
  • KANSER PAYUDARA (1)
  • Keguguran Berulang (Reccurent Misscarriage) (1)
  • Kelebihan dan Kebaikan ESP (11)
  • koleksi testimoni (22)
  • Kulat (3)
  • Lecthin (5)
  • Masalah Bau Badan (1)
  • Mealshake Shaklee (8)
  • Migrain Shaklee (5)
  • Nafas /Mulut Berbau (1)
  • Nutriferon (5)
  • Omega Guard (18)
  • Ostematrik (13)
  • Osteoarthritis (1)
  • Pantang Larang dan TIDAK BOLEH DIAMBIL (1)
  • Pedih Ulu Hati (1)
  • Penyakit Buah Pinggang (3)
  • Penyakit Tibi (1)
  • Peppermint Ginger Plus Shaklee (4)
  • Performance Drink (4)
  • PERIOD TIDAK TETAP (4)
  • PHYTOCOL-ST (3)
  • Produk Shaklee (1)
  • Rheumatoid arthritis (1)
  • Set Alahan/Resdung/Asma/Ekzema (6)
  • Set Budget Shaklee (3)
  • Set Ibu berpantang/ Selepas Pembedahan (11)
  • Set Kecantikan Kulit (15)
  • Set Keluarga (1)
  • Set Kesuburan (8)
  • Set Naikkan Berat Badan (1)
  • SET PAKEJ SHAKLEE (12)
  • Set Penjagaan Rambut / Hair Care - Pro Sante Shaklee (4)
  • Set Penyusuan (12)
  • Set Sakit Sendi dan Pinggang (4)
  • Set Slimming/Turun Berat (28)
  • Set Suami Isteri Shaklee (2)
  • Shaker Murah (1)
  • SHAKLEE Malaysia (17)
  • Simpul Biawak (1)
  • Skin Care Enfuselle (1)
  • Skin Care Nutriwhite (1)
  • Status Halal (2)
  • Talasemia (1)
  • Tips dan Kesihatan Kanak-Kanak (25)
  • Tips dan Petua Kesuburan (5)
  • Tips dan Petua Penyusuan (12)
  • Tips Kewangan (1)
  • TIPS MEMBELI PRODUK SHAKLEE PADA HARGA AHLI (1)
  • tips sebelum hamil (1)
  • Tips-Tips Kesihatan dan Kecantikan (43)
  • Tiroid dan Shaklee (2)
  • Tonsil (2)
  • ULSER (1)
  • Vit C Shaklee (12)
  • Vit E Compleks (10)
  • Vitalea atau Multivitamin Shaklee (5)
  • Vitalea For Children (3)
  • Vitamin dan Tips Ibu Hamil (40)
  • Vitamin Untuk Lelaki (2)
  • Vivix (17)
  • zinc Complex Shaklee (3)
Picture Window theme. Theme images by Juxtagirl. Powered by Blogger.