Pages

Tuesday, February 11, 2014

Pening Kepala, Penglihatan dan Fakta Berkaitan

Sakit Kepala. Pening/sakit kepala ni selalu dikaitkan dengan masalah penglihatan... Kalau korang pegi klinik untuk mengadu pasal pening kepala, mesti doktor tuh akan suruh korang cek mata untuk pastikan mata korang ade 'power' atau 'degree' yang memerlukan korang untuk memakai cermin mata... 

Walaupun sakit kepala dianggap sinonim dengan pemakaian cermin mata, tidak semestinya korang akan end up dengan pemakaian cermin mata secara berterusan jika korang mengalami pening kepala yang kerap... Ada sebab atau faktor lain yang boleh menyebabkan korang sakit kepala atau migrain... Kali ni aku nak fokuskan masalah pening kepala secara umum supaya korang mendapat gambaran jelas tentang masalah ini....

Sakit Kepala (headache) adalah terma yang digunakan untuk menerangkan satu keadaan yang tidak selesa atau sakit yang dirasai di mana-mana bahagian kepala.

Berikut adalah jenis2 sakit kepala :

• Sakit kepala akut (tiba2)
• Sakit kepala kronik atau berulang2 serta berpanjangan
• Migrain
• Sakit kepala tegang ( Tension headache )

Sakit Kepala Akut

Sakit kepala kategori nih berlaku hanya sesekali dan tidaklah berpanjangan. Sakit kepala jenis ni mungkin disebabkan oleh:

.......Jangkitan virus ringan seperti selsema dan demam selsema, termasuk jangkitan
penyakit berjangkit yang serius seperti demam denggi, malaria dan demam kepialu.

.......Jangkitan otak yang akut. Kanak-kanak yang mengalami jangkitan di otak seperti meningitisatau encephalitis mengalami sakit kepala yang teruk serta rasa mengantuk, sawan dan muntah2

Masalah gangguan telinga tersumbat ( glue ears ) dan jangkitan telinga.

Masalah pada sinus iaitu laluan udara yang terdapat di antara tulang muka dan tulang tengkorak. Kanak2 akan mengadu sakit kepala apabila laluan udara ini dijangkiti dan
dipenuhi cecair atau lendir. Keadaan ini dikenali sebagai sinusitis (resdung)

Masalah penglihatan atau kesihatan mata. Sakit kepala boleh jugak terjadi bile otot2 di sekeliling mata menjadi penat. Keadaan ini mungkin berlaku apabila seseorang mengalami masalah rabun atau lapisan kornea yang tidak rata (astigmatism) menyebabkan mereka mengalami ketegangan semasa melihat. Glaucomapulak ialah satu keadaan apabila tekanan di bola mata meningkat dan keadaan ini sekali-sekala sebabkan sakit kepala

Masalah gigi dan gusi. Gigi bernanah atau jangkitan gusi boleh menyebabkan sakit kepala

Perhatian!!!!  : Semua kanak-kanak yang mengadu sakit kepala perlu diperiksa oleh doktor.


Sakit kepala kronik atau sakit kepala yang berulang-ulang

Sakit kepala yang berlaku berulang kali atau berterusan dalam jangkamasa yang panjang
dikenali sebagai sakit kepala kronik. Kanak-kanak yang mengalami sakit kepala kronik atau
sakit kepala yang berterusan jarang mendapat masalah gangguan otak yang serius seperti
ketumbuhan otak, pembesaran arteri secara berlebihan (aneurysms) atau kemerosotan fungsi
otak (degenerative brain disorders ). Gejala yang biasa berlaku ialah muntah, hilang
penglihatan, lemah anggota badan, sawan atau kemerosotan ingatan. Kebanyakan kanak2
yang mengalami sakit kepala kronik/berulang-ulang nih mempunyai migrain atau sakit
kepala disebabkan ketegangan.


Migrain

Migrain menyebabkan sakit seperti menyucuk2 sebelah kepala. Ianya bermula di
bahagian dahi dan tepi kepala atau kedua2 belah kiri dan kanan kepala. Kanak2 juga akan merasa loya dan muntah. Kanak2 mungkin mengadu matanya berpinar dan mengangu
ketenangan dan keselesaannya. Kanak-kanak yang mengalami migrain lebih selesa dengan
suasana yang senyap dan gelap untuk berehat kerana suasana bising dan terang menyebabkan
sakit kepalanya semakin teruk.

Sakit kepala tegang ( Tension headache )

Sakit kepala ini amat lazim terjadi di kalangan kanak2. Ia juga dikenali sebagai sakit
otot kepala dan disebabkan oleh ketengangan otot2 di bahagian dahi dan tepi kepala. Sakit
kepala ini selalunya disebabkan oleh perasaan bimbang, sebarang tekanan emosi atau situasi
yang tegang di sekolah atau di rumah....


Secara umumnya faktor seperti stress, cahaya terang, suasana persekitaran yang tidak tenang boleh menyebabkan pening kepala. Jika pemeriksaan mata oleh optometris mendapati korang tidak perlu memakai cermin mata, kesan lah sebab lain kenapa anda mengidap pening kepala... Jumpe kembali doktor untuk mengenal pasti sebab2 lain yang mengakibatkan sakit kepala korang... Terangkan pada doktor tentang status tekanan korang semasa di tempat kerja dan persekitaran hidup korang supaya doktor dapat membuat pemeriksaan lanjut...

Jika korang didapati memerlukan preskripsi cermin mata. kenela korang memakai cermin mata sepanjang masa untuk merelakskan mata yang stress akibat cuba melihat objek2 yang korang tak mampu lihat... Rabun Jauh dan Dekat serta astigmatism haruslah dibetulkan dengan cermin mata atau kanta sentuh.... Jika semua ukuran dan parameter cermin mata diukur dengan tepat, masalah sakit kepala akan hilang dengan sendirinya dengan syarat korang perlu memakai selalu cermin mata yang korang buat.... Jumpala Optometris supaya masalah sakit kepala akibat rabun dapat dirawat dengan sempurna... 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986

No comments:

Post a Comment